Salam semua. Entri ini di tujukan kepada semua pasangan yang baru berkahwin dan ianya juga amat berguna kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Kebiasaannya bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin sudah pasti agak lambat mendapatkan rentak dalam perbelanjaan kewangan dalam keluarga.
Memang sudah tertulis, rezeki pasangan yang sudah berkahwin pasti lebih. Samaada sedar atau tidak, rezeki itu ada untuk setiap pasangan yang bahagia dan tidak mempunyai masalah semasa berumahtangga. Tetapi jika tidak di kawal dengan baik, masalah akan muncul dalam kehidupan rumahtangga. Bila bercakap dengan pada soal kewangan dalam keluarga ianya tidak hanya tertakluk kepada mereka yang baru berkahwin sahaja. Malah ia juga di rasai bagi pasangan yang sudah bertahun-tahun berkahwin.
Kali ini, Shaffik.com ingin berkongsi bersama-sama bagaimana untuk mengawal kewangan di dalam keluarga. Mungkin entri ini memberikan satu tip penyelesaian bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan di dalam keluarga. Di bawah adalah tips yang boleh diguna pakai untuk mengawal kewangan di dalam keluarga.
1) Telus atau Tranperant.
– Aku pernah berkongsi pada entri yang lepas bagaimana mengecapi kebahagiaan dan keharmonian dalam hidup berpasangan. Yang paling penting setiap pasangan perlu “Bersikap Telus Dalam Rumahtangga”. Entri ini sedikit sebanyak boleh di gunakan dalam kewangan keluarga.
Setiap pasangn perlukan bersikap telus dalam soal kewangan. Jika suami dan isteri bekerja, TOLONG kongsikan pendapatan anda bersama-sama. Ia amat penting untuk saling membantu dalam perbelanjaan keluarga. Walau gaji isteri atau suami kecil, ia patut di kongsikan bersama.
2) Budget
– Setelah melakukan perkara yang pertama, buat budget kewangan untuk keluarga. Buka satu File Microsoft Excel atau satu buku dan tuliskan segala hutang-hutang, bil dan perbelanjaan yang perlu di keluarkan setiap bulan. Jangan tinggal walau satu pun hutang dan bil yang perlu anda langsaikan setiap bulan.
Ianya termasuk perbelanjaan harian yang perlu anda belanjakan untuk ke tempat kerja, minyak kereta, makan minum, kelengkapan anak dan sebagainya. Jumlahkan semua hutang-butang, bil dan perbelanjaan harian anda. Bandingkan dengan jumlah pendapatan yang anda dapat bersama-sama. Jika masih positif anda masih berada dalam keadaan selamat. Jika Negatif? Kurang perkara-perkara yang tidak perlu.
3) Belanja
– Perbelanjaan bulanan amat penting bagi menjamin keselesaan kewangan dan makan minum anda sekeluarga. Aku mencadangkan agar segala perbelanjaan anak dan isi rumah (termasuk lauk-lauk harian) di lakukan oleh ISTERI. Contoh: Setelah di hitung semua perbelanjaan anak dan isi rumah adalah RM500. Berikan kuasa perbelanjaan ini kepada Isteri. Biarkan ISTERI yang berbelanja. Berikan kuasa ini kepada Isteri. Kredit kepada En. Rhymee yang telah memberi tips terbaik ini.
Mengapa? Percaya atau tidak orang perempuan biasanya bijak untuk berbelanja untuk semua ini. Mereka sememangnya sentiasa peka dan bijak menggunakan wang yang di berikan. Pasti mereka akan sentiasa membuat perbandingan harga untuk mendapat harga yang terbaik.
Bagi isteri pula, jika anda bijak menggunakan wang yang di berikan ini, pasti anda juga boleh mengambil kesempatan atas kepekaan dan kebijaksanaan dalam perbelanjaan. Bagi Suami, berikanlah sedikit kuasa agar Isteri juga bijak berbelanja dan dia juga menyumbang sesuatu kepada pengawalan kewangan keluarga.
4) Persefahaman
– Persefahaman dan hidup berumahtangga amat penting sekali. Dari tips pertama hingga ketiga, segalanya akan berjalan lancar jika adanya persefahaman sesama pasangan. Jika sudah di hitung semuanya, berpijaklah di bumi yang nya. Setiap pasangan perlu faham akan kedudukan kewangan semasa keluarga. Sama-sama berbelanja mengikut kemampuan kewangan keluarga. Jangan ikut kawan-kawan atau jiran-jiran. Sebabnya sengsara yang akan dipukil adalah pasanagn suami isteri itu sendiri. Bukan orang lain.
5) Disiplin.
– Setelah mengikut tip nombor satu hingga empat, sematkan dalam hati untuk sentiasa berdisiplin dalam perbelanjaan kewangan. Hormatilah apa yang anda rancangkan. Jangan sesekali “break the rule” perancangan kewangan yang anda ciptakan untuk keselesaan kewangan anda. Ia amat memerlukan komitmen yang tinggi. Sebab Disiplin tertakluk pada soal hati. Jadi hormati dan hargailah ia untuk keselesaan dalam rumahtangga.
5 tips diatas adalah perkara yang mudah untuk di lakukan. Tidaklah sesusah mana. Susah jika anda sendiri yang fikirkan susah dan tidak mahu mulakan. Jika anda belum melakukan perkara-perkara di atas, duduk berbincang baik-baik bersama pasangan anda dan cuba ikuti tips di atas. Pasti ianya untuk kebaikkan keluarga anda sendiri. Ingat, bernikah, berkahwin dan hidup berpasangan bukan untuk satu dua hari sahaja. Ianya sepanjang hayat. Jadi rancang dan laksakan dengan baik. Insyallah anda akan menemui kebahagian yang di cari jika kukuhnya kewangan dalam keluarga. 🙂
setuju dengan point2 di atas.. huuu.. rasa macam banyak lagi yang tak prepare untuk ke alam rumahtangga ni..
haa..kena prepare awal2 bro..
setuju banget tw ma kata2 d ats,,,
setuju dgn point2 di atas. mmg penting khususnya disiplin. kalau xde disiplin, mmg payah utk nk rancang kewangan
Bab perancangan kewangan ni, kalau x der disiplin tu yang susah. Dan kebanyakkannya gagal bila tidak berdisiplin dalam pengurusan perancangan kewangan…
Salam Perkenalan,
Sebuah artikel yang sangat baik. Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini 😉
Amir Azros
Ingin Mengetahui Lebih Lanjut Berkenaan Dengan Pengurusan Kewangan? Anda Dijemput Untuk Ke Blog Saya Di Blog Pakar Kewangan
amirazros recently posted..Ketahui 7 cara untuk mempengaruhi anak anda untuk berubah dari jahat kepada baik
Terima Kasih kerana mengunjungi Shaffik.com. Insyallah saya adakan ke blog awak.
Terima kasih 😉
amirazros recently posted..Aktiviti Playgroup Kanak-Kanak Bersama Excel Qhalif & AlimKids
Pingback: Blog Shaffik » Subjek Pengurusan Kewangan Di Sekolah.
Bagus tips diatas, ianye membantu, tetapi perlu diaplikasikan kaedah perbelanjaan sebagai sebuah keluarga islam. Pastikan perbelanjaan yang menjadi kewajipan suami di tanggung oleh suami sepenuhnya jika mampu…terutama makan minum kerana ia akan mempengaruhi akhlak dan sikap isteri dan anak-anak dlm pergaulan kekeluargaan. Sumbangan isteri pula perlu ada hadnye. Jika 100% gaji isteri nak disumbangkan, adakah 100% kerja rumah telah dikongsi bersama suami?. Hakikatnya seorang isteri pasti tetap lebih banyak melakukan kerja rumah walaupun telah menghabiskan tempoh masa sama dengan suami untuk bekerja makan gaji.