Perbezaan Virus, Spyware, Worm, Trojan dan Malware

By | April 26, 2011

Istilah-istilah di atas sememangnya tidak asing lagi pada kita semua. Aku pasti semua orang sudah mendengar akan istilah ini. Pada permulaan komputer dan Internet di perkenalkan kepada kita, kita hanya tahu akan kewujudan Virus. Malah sehingga kini, jika komputer lambat atau tidak beroperasi dengan baik, terus terpancul di mulut kamu semua itu adalah virus :). Tak mengapa, aku tidak salahkan kamu. Itu semua normal. Tetapi kini ancaman komputer di perhebatkan lagi dengan kemunculan istilah-istilah yang lain.

Mungkin ada rakan-rakan yang sudah tahu akan maksud semua istilah diatas. Tetapi aku pasti ramai lagi yang tidak tahu akan apa yang di maksudkan dengan virus, spyware, worm, trojan dan juga malware.  Semua kategori di atas adalah seperti aplikasi biasa. Yang membezakannya, aplikasi ini amat merbahaya dan mengancam kestabilan komputer.

Semua aplikasi di atas beroperasi tanpa pengetahuan tuan punya komputer ataupun laptop. Ia boleh disebarkan dengan pelbagai cara. Ada melalui sistem rangkaian (network), emel, sebaran iklan, pen drive, disket dan pelbagai cara lagi. Jadi Shaffik.com ingin berkongsi informasi mengenai aplikasi-aplikasi yang merbahaya di atas.

Apa itu Virus?

Virus adalah satu program yang di tulis atau di reka khas untuk menyerang sistem rangkaian (network) dan juga komputer peribadi ataupun laptop. Kebiasaanya virus sebarkan melalui fail .exe (executable). Tujuan utamanya adalah untuk menghancurkan sistem komputer dan mencuri segala data-data yang ada di dalam komputer. Ia akan menyebabkan pemilik komputer kerugian beribu atau berjuta ringgit untuk memulihkan kembali sistem komputer mereka. Ini yang menyebakan ramai Network Administrator atau IT Engineer pening kepala. Banyak masa dan wang di habiskan untuk mencegah masalah ini.

Apa itu Worm?

Perbezaan yang ketara antara worm dan virus adalah, virus memerlukan satu program yang boleh di lihat untuk menyerang sistem komputer. Manakala worm tidak memerlukan apa-apa program di dalam host untuk menyerang komputer. Analisis yang di lakukan, kebiasaanya worm beroperasi melalui fail yang tersembunyi yang sukar di kesan oleh pengguna komputer. Lebih hebat lagi, ia di sebarkan tanpa pengetahuan pengguna. Memang bahaya!!!.

Apa itu Trojan?

Trojan pula adalah satu program atau aplikasi yang di cipta untuk mengakses komputer mangsa tanpa memerlukan kebenaran pengguna komputer. Komputer yang sudah dijangkiti Trojan akan membuka jalan kepada penyerang atau orang yang tidak dikenali mencuri data yang berada di dalam komputer. Sekali lagi, ianya berlaku tanpa di sedari.

Apa itu Spyware?

Spyware pula adalah satu program atau aplikasi yang dicipta untuk mencuri segala maklumat di dalam komputer. Ia akan mengumpul dan mencuri seberapa banyak maklumat yang boleh di gunakan untuk kegunaan mereka yang tidak bertanggungjawab. Perkara yang sering menjadi sasaran adalan username dan password untuk web banking, email, portal dan sebagainya. Selain daripada itu, spyware juga berfungsi untuk memantau segala gerak geri pengguna komputer seperti website yang di layari oleh pengguna. Ia juga berupaya mengalih arah kepada website yang selalu di gunakan oleh pengguna. Sebagai contoh : pengguna mahu ke www.google.com, tiba-tiba website yang di buka adalah website porno. Ini salah satu jangkitan Spyware.

Apa itu Adware?

Adware adalah satu program yang membawa banyak iklan di dalam komputer kita. Risiko terdedahnya kepada adware adalah pengguna yang selalu menggunakan Internet. Adware akan membuka banyak popup windows yang boleh membawa kepada komputer menjadi perlahan dan seterusnya mengganggu pengguna untuk menggunakan Internet. Dan yang paling utama, pengguna akan menggunakan bandwidth yang banyak semasa menggunakan Internet. Ini juga menjadi salah satu sebab mengapa anda rasa terlalu lambat jika melayari Internet.

Apa itu Malware?

Malware adalah satu program yang paling jahat. Kesemua kategori di atas termasuk di dalam Malware. Ia bertindak untuk menyerang, mencuri data dan berupaya menyebarkan aplikasi-aplikasi di atas kepada komputer yang lain di dalam rangkaian komputer.

Jadi untuk mencegah segala kemungkinan serangan aplikasi atau program di atas, install AntiVirus di dalam komputer anda. Update setiap masa. Kadang kala Antivirus yang percuma tidak berupaya menjejak aplikasi-aplikasi di atas. Jadi belilah Antivirus yang tulen. Untuk melindungi aplikasi spyware saya mencadangkan guna MalwareBytes atau banyak lagi di Internet. Lindungilah data anda semua sebaik-baiknya. Berhati-hati jika anda selalu melayari Internet kerana anda semua terdedah akan bahaya ini. 🙂

7 thoughts on “Perbezaan Virus, Spyware, Worm, Trojan dan Malware

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.