Aku Tidak Akan Berubah Hati.

By | April 25, 2011

Aku baru sahaja selesai menyaksikan perlawanan Bolton vs Arsenal.  Mungkin entri ini penuh dengan kekecewaan. Menjelang pagi Isnin yang selalunya memberikan semangat yang baru bagi aku, tetapi tidak pada minggu ini. Ini semua gara-gara kekalahan Arsenal kepada Bolton 2-1. Arghhh kecewanya.

Dalam memburu kejuaraan EPL 2011, bagai nampak sudah tiba di penghujungnya. Bolton menghukum kealpaan Arsenal pada saat-sata akhir. Inilah yang perkara yang paling mendukacitakan. Sekali lagi Arsenal gagal mengucup sebarang piala pada tahun 2011. Ini memberikan tamparan yang hebat sekali lagi kepada Arsene Wenger.

Setiap tahun Arsenal berusaha keras untuk memburu kejuaraan. Namun sekali lagi kecewa. Begitu juga pada penyokong setia Arsenal seperti aku. Setiap tahun aku dan rakan-rakan penyokong The Gunners yang lain sentiasa mendambakan kejuaraan. Sekali lagi kecewa. Malah ada rakan-rakan yang memberikan nasihat supaya aku bertukar untuk menjadi penyokog pasukan lain. Ada juga yang menawarkan untuk membelikan jersey pasukan pilihan mereka. Arghh..adakah aku akan berubah hati.

Jawapan yang selalu aku jawab. Semestinya TIDAK sama sekali. TIDAK……. TIDAK  dan tidak. Walau kamu semua sanggup memberikan aku jersey yang tulen sekalipun, aku tidak akan sekali-kali berubah hati kepada pasukan lain selain Arsenal. Walau apa pun terjadi, aku akan tetap menjadi penyokong setia Arsenal. Walaupun tidak menang apa-apa kejuaraan sekalipun, aku akan tetap menyokong Arsenal.

Walaupun pagi Isnin ini akan menjadi permulaan minggu yang mendukacitakan, namun aku akan tetap menyokong Arsenal. OK. Janganlah kawan-kawan mempengaruhi aku untuk menyokong pasukan lain. Aku tetap pendirian yang sama. Walaupun EPL nampak seperti hiburan semata-mata, aku tetap dengan pendirian aku. Apapun aku mengharapkan Arsene Wenger perlu melakukan sesuatu untuk memburu Piala pada musim depan. Aku tetap menyokong Arsenal…….:(

16 thoughts on “Aku Tidak Akan Berubah Hati.

  1. Rhymee

    Don’t take it to your heart… It is all just an entertainment. Come support Man Utd and as usual they will not disappoint you and in return you’ll get …………… Berbatov!! Ha..ha..ha…

    Reply
  2. nuaeman

    Minggu lepas aku kecewa. Minggu ini aku lega. Pertengahan minggu ini aku tak tahu lagi apa pula perasaan yang akan tiba. Yang penting minggu depan kita buat perhitungan pula. hehehe…

    Reply
  3. mijie

    walaupun aku tak suka arsenal dan aku penyokong man u since 1997 tapi satu je aku respek iaitu game arsenal memang cun, control ball, passing memang respek, heheh

    apa2 pun sabar la yer, hehe

    Reply
    1. Shaffik

      Betul..aku dah send sms kat Arsene Wenger dah…Suruh dia buat rombakan terutama bahagian defence…

      Reply
      1. Shukor

        “However, the Frenchman said that he would not abandon his principles and spend a reported transfer budget of £40 million on marquee signings, but will instead look to add a few experienced players in the summer.”

        Bro, ko rekemen kat Wenger suruh beli Safee Sali. Mesti mantop. 🙂

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.