Bersikap Telus Dalam Rumahtangga.

By | April 22, 2011

Lama juga aku tidak menulis mengenai tips berumahtangga. Mungkin ada yang mengatakan aku tidak layak menasihatkan pasangan yang sudah berumahtangga sedangkan perkahwinan aku baru sahaja mencecah 4 tahun. Tetapi perkongsian ini amat penting kerana aku merasakan tidak ramai yang melakukan perkara ini.

Telus atau transperant. Inilah perkara yang selalu aku lakukan sepanjang meniti kehidupan bersuami isteri. Telus bermaksud, sebagai seorang suami atau isteri seharusnya berkongsi segala-galanya bersama-sama. Termasuklah dalam soal kewangan. Mengapa perlu telus?

Aku merasakan sebagai pasangan yang duduk serumah, tidur sekatil, membesarkan anak bersama, makan semeja, pergi kerja bersama dan lain-lain seharusnya berkongsi segalanya bersama. Yang paling kritikal adalah berkongsi masalah bersama.

Tidak ramai pasangan yang sanggup berkongsi masalah bersama-sama. Mungkin ego sebagai seorang suami atau isteri yang menjadi penghalang kepada masalah ini. Mereka merasakan tidak perlu berkongsi segalanya dengan pasangan masing-masing. Mereka merasakan beban yang dipikul tidak perlu di kongsikan bersama-sama pasangan. Dan mungkinmereka merasakan masalah yang timbul boleh di selesaikan seorang diri. Lebih-lebih lagi dalam soal kewangan.

Jika semuanya boleh di selesaikan seorang diri, apa gunanya ada pasangan? Mungkin terlalu berat masalah yang di hadapi. Tetapi apa salahnya diluah dan di kongsikan bersama-sama pasangan. Sekurang-kurangnya beban yang bersarang dan serabut di kepala itu akan berkurangan. Atau lebih elok lagi, pasangan boleh memberikan idea atau buah fikiran yang mungkin boleh mengurangkan masalah yang di hadapai.

Inilah yang di namakan hidup berumahtangga. Aku berkata sedemikian kerana inilah perkara asas yang aku lakukan semenjak mula hidup berumahtangga. Memang betul, sebagai suami semua kita harus bertanggungjawab sepenuhnya kepada rumahtangga. Itu tidak bermakna, si isteri tidak perlu tahu apa masalah ataupun perancangan yang ingin kita lakukan untuk keluarga.

Bila semuanya telus, segala masalah yang timbul boleh di selesaikan dengan cara yang terbaik. Terutamanya dalam soal kewangan. Mengapa sukar untuk berkongsi apa yang kita dapat (wang) dengan pasangan? Mengapa? Takut pasangan ambil duit kita ke? Takut pasangan sentiasa mengawal perbelanjaan kita ke? Takut pasangan sentiasa menjejak kita ke mana sahaja ke?

Bukankah perkara yang menjadi igauan di atas itu adalah keperluan dalam rumahtangga? Contohnya, jika kita dapat duit bonus dari majikan, mengapa kegembiraan ini tidak di kongsi bersama pasangan? Kalaupun pasangan meminta untuk membelikan sesuatu, salahkah kita memberikan apa yang mereka mahukan sebagai hadiah atau ganjaran. Bukankah mereka semua adalah orang paling kita sayang? Bukankah mereka semua orang yang paling dekat dan paling utama dalam hiudp kita? Lebih elok duit yang kita ada itu diberikan kepada isteri atau suami. Percayalah kita akan lebih dihargai oleh pasangan kita.

Itu adalah salah satu contoh yang paling mudah. Contoh yang aku nampak, tidak ramai yang melakukannya lebih-lebih lagi jika si Isteri tidak bekerja. Dah la si Isteri tidak bekerja, menjaga segala hal rumahtangga, jaga anak dan segalanya.  Mengapa si suami tidak boleh mengucapkan rasa terima kasih dengan memberikan sesuatu hadiah yang istimewa kepada si Isteri? Bukankah itu salah satu cara anda menghargai jasa isteri (suri rumah) yang segala ini bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan rumahtangga?

Pada aku tiada perkara yang perlu di rahsiakan dengan pasangan masing-masing. Tidak perlu menyembunyikan sesuatu perkara kepada pasangan. Lebih elok bersikap telus supaya tidak timbul perasaan curiga dan tanda tanya dari pasangan. Sikap telus dan berterus terang adalah kata kunci yang paling utama untuk terus bahagia dalam rumah tangga. Bukan sahaja mengurangkan beban, mungkin pasangan juga boleh menjadi penasihat yang pertama sebelum semua perkara di lakukan. Bukankah itu lebih indah dan itulah yang dinamakan hidup bersama di alam rumahtangga. Fikir-fikirkanlah….

3 thoughts on “Bersikap Telus Dalam Rumahtangga.

  1. Pingback: Blog Shaffik » 5 Tips Dalam Perancangan Kewangan Keluarga.

  2. mankuchai

    Memang betul kita kena berkongsi segala-galanya dengan pasangan….ada juga kes2…yang melibatkan soal kewangan contohnya..duit gaji suami isteri kawal dan duit gaji isteri,isteri yang punya he3..selalunya isteri yang kuat cemburu selalu macam ni hehehe…habih tu macam mana suami nak minum teh tarik dengan kawan2 he3…

    Kalau saya…saya ambik duit poket saya jer untuk belanja rokok,minyak dll…selebihnya bagi isteri semua untuk perbelanjaan dapur,sewa dll…tapi kalau hari2 belanja kawan makan alamatnya tak cukuplah sampai hujung bulan….he3

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge