Isu Email 1 Malaysia

By | April 20, 2011

Semalam kecoh satu Malaysia memperdebatkan pasal email 1 Malaysia. Alamak..Shaffik.com cerita pasal politik lagi ke? Seperti entri yang berkaitan dengan politik sebelum ini hanyalah pandangan semata-mata. Sebabnya aku bukanlah orang yang gila kepada politik. Lebih elok aku fokus kepada pembangunan keluarga dan kerjaya.

Dalam isu email 1 Malaysia, aku dapati ramai yang mempersoalkan mengapa wujudnya email 1 Malaysia. Email 1 Malaysia adalah satu inisiatif kerajaan untuk membekalkan satu email rasmi kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Ia bertujuan untuk segala urusan rasmi dengan kerajaan.

Sejauh mana relevannya Email 1 Malaysia ini? Ini lebih suka berpandangan positif. Memang banyak blog sudah mempersoalkan kewujudan email rasmi ini. Ada yang mengatakan sudah tiada privasi lagi dengan menggunakan email 1 Malaysia. Kerajaan membazir melaburkan RM50 juta untuk pembangunan email 1 Malaysia. Ada juga yang mengatakan ianya memberikan keuntungan kepada syarikat yang di lantik kerajaan untuk membangunkan Email 1 Malaysia (Tricubes Berhad).

Macam-macam lagi kajian yang lebih mendalam telah di buat untuk tidak menyokong akan Email 1 Malaysia. Bagi aku yang tidak fanatik kepada politik, aku tidak kisah ada Email 1 Malaysia atau tidak. Kalaupun wajib kepada semua, mengapa aku perlu takut? Apa yang aku perlu takutkan?

Bila bercakap pada soal privasi, mengapa isu ini pula di timbulkan. Apakah perkara yang terlalu privasi yang perlu rahsiakan? Banyak sangat ke kesalahan yang telah di lakukan sehingga memerlukan privasi. Bukankan semua gerak geri kita sebagai rakyat Malaysia sudah pun di perhatikan? Polis ada pangkalan data rakyat dan Bank Negara juga ada pangkalan data rakyat. Jadi nak lari ke mana?

Jika kerajaan mengatakan, Email 1 Malaysia adalah untuk urusan rasmi kerajaan, jadi gunakan Email 1 Malaysia untuk tujuan rasmi sahaja. Perkara yang tidak berkaitan dengan tujuan rasmi jangan gunakan Email 1 Malaysia. Janganlah pulak daftar facebook menggunakan Email 1 Malaysia.  Dah di beritahu itu untuk tujuan rasmi, jadi gunakan untuk tujuan rasmi.

Bila bercakap mengenai email, semua orang ada email. Untuk medaftar online banking pun guna email kan. Mengapa tidak mahu persoalkan, Maybank, CIMB, Bank Islam atau bank-bank ada mempunyai pangkalan data (database) email pelanggannya akan mengeksploitasikan pangkalan data email yang mereka ada. Mengapa tidak mahu juga mempersoalkan nombor-nombor telefon pengguna yang sesuka hati di berikan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab?

Seperti Pulau Pinang yang memberikan akses WiFi percuma kepada rakyatnya. Minta maaf cakap, pasti sebelum mendaftar akses WIFI percuma, setiap pelanggan mesti memberikan email address mereka. Kenapa tidak mahu di persoalkan sejauh mana ISP yang bertanggungjawab tidak akan mengeksploitasikan pangkalan data email yang mereka terima?

Pada pendapat peribadi aku, jika kita semua selalu online kita semua terdedah kepada risiko ini. Sebabnya email yang di daftarkan di mana-mana portal akan menjadi pangkalan data (database) kepada pihak pengurusan portal. Apa jenis portal sekali pun. Jadi kita sudahpun terdedah kepada isu keselamatan email itu sendiri.  Jadi jika kita semua tiada masalah dengan sesiapa pun tidak perlu bimbang. Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau dah berslaha, tanpa email address pun kita boleh di jejaki. Yang paling mudah, profil di Facebook. Ianya sudah cukup maklumat Polis menjejaki kita. Kalau tak dapat hubungi kita, atau isteri. Rakan-rakan dalam Facebook juga mampu memberikan maklumat yang tepat.

Jadi tiada perkara yang perlu di takutkan dengan kewujudan Email 1 Malaysia. Itu adalah satu inisiatif kerajaan. Ia juga akan membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu untuk membina pangkalan data email yang tersendiri. Semuanya atas tangan sendiri kan. Bukankah itu yang harus dibanggakan? Maaf jika entri akan menyinggung perasaan anda semua. Tetapi ini hanyalah pendapat peribadi yang lahir dari hati. Tujuannya satu, untuk mendidik semua Rakyat Malaysia supaya terus berfikiran positif. Bukannya asyik menghentam usaha kerajaan tanpa memberikan pendapat yang lebih rasional dan membangun.

22 thoughts on “Isu Email 1 Malaysia

  1. mijie

    Ulasan yg menarik, cuma ada yg mempertikaikan kenapa projek ini mahu dilaksanakan, syarikat yg diberi tanggungjawab itu sdg bermasalah di bursa malaysia dr segi menguruskan kewangan mereka

    Lagi satu, tahap penembusan jaringan internet di malaysia pun belum mencapai tahap yg tinggi..tak semua org dpt menggunakan internet, yg ada pun banyak mslh

    Lepas tu..kenapa tidak menyediakan kemudahan internet kesemua kawasan..di pendalaman…terlebih dahulu..sebelum perlaksanaan email dibuat

    Sekian pendapat hamba

    Reply
    1. Shaffik

      Yup aku pun setuju. Kerajaan perlu memperluaskan jaringan internet ke semua kawasan luar bandar untuk menjayakan projek ini. 🙂

      Reply
        1. zam

          aku mempersoalkan duit rakyata yang digunakan? mcm mana org kampung yg takde internet nak guna email??

          ada benda lagi penting yang boleh diusahakan utk kesejahteraan rakyat dari membazir.. semua tu ada dalam blog aku aku kupaskan…

          dan tak bermakna aku anti kerajaan. Aku cuma menyatakan hak aku sebg tax payer…

          tq tuan tanah bg aku luah prasan..salah bahasa harap dimaafkan….tq..hehehehe

          Reply
          1. Shaffik

            Tak mengapa ZAM. Dah nama pun blogging. Memang untuk kelurakan pendapat kan. Aku pun berfikiran sedemikian. Apa yang perlu di dahulukan perlu di dahulukan. Jika perkara yang asas tidak di perkukuhkan, aku pasti Projek ini akan menemui kegagalan. Namun untuk perlaksanaan Email 1 Malaysia, aku tiada bantahan.

  2. farhan

    Maaf tuan… pandangan berbeza memohon tempat 🙂

    Isu utama: RM50 juta dapat dijimatkan jika guna email provider sedia ada.

    Tidak cukup lagikah email provider sedia ada? Gmail, Yahoo, MSN. Kenapa perlu ada 1Malaysia jika yang lain dah ada?

    Gmail tidak boleh diguna sebagai email rasmikah? Kenapa tidak boleh?

    Reply
  3. menj

    Cadangan pembinaan e-mel 1Malaysia sebenarnya adalah satu pembaziran, kerana sesuatu yang memerlukan kos 50 juta sepatutnya boleh dilaburkan ke saluran lain, seperti meningkatkan mutu kelajuan jalur lebar, memperluaskan kawasan internet dan sebagainya. Apa perlunya satu lagi akaun e-mel yang ramai rakyat Malaysia sudah ada? Hatta akaun e-mel Streamyx saya sendiri pun tidak diguna, inikan pula satu lagi akaun e-mel daripada kerajaan?

    Lebih-lebih lagi apabila syarikat yang dilantik oleh kerajaan, Tricubes Berhad, mempunyai masalah kewangan yang serius ketika ini. Ini pun boleh dipersoalkan sebenarnya…apakah tiada syarikat lain yang lebih layak daripada Tricubes untuk membangunkan inisiatif ini?

    Reply
    1. Shaffik

      Thanks bagi pendapat yang bernas. Pada pendapat aku simple jika itu semua kroni yang di berikan hak oelh kerajaan, Kerajaan harus menghadapi risiki menerima bahananya. Itu ini satu penipuan, bersedialah untuk menerima bahananya. Jika pun tersilap dengan pemilihan ini, tolong buat kenyataan untuk menerangkan kepada rakyat.

      Reply
  4. reezluv

    aku baca paper hari ni, katanya Singapore pun ada buat dulu,tapi sampai sekarang tak boleh digunakan..apa masalah tahle..dah tu katanya company tu ngah deal ngan Microsoft..

    apa pun tunggu Julai ni ape cite..nak try keberkesanannya selama 3 bulan..

    erm..katanya tak seperti MyEG..semuanya setempat..MyEg lebih kepada pembayaran bil…tapi lepas ni adakah MyEg tak relevan lagi digunakan sebab ada 1My ni? so MyEg tu akan ditinggalkan?bazir le gitu…

    Reply
    1. Shaffik

      Kita lihat sahaja apa kesudahan projek ini. Jika gagal, itulah masanya kita semua tanya balik kepada kerajaan. Tengok apa dia orang akan jawab nanti.

      Reply
      1. ayub

        ala,namapun kerajaan, apa yang kita tanya sudah pasti soalan itu akan ditujukan kepada syarikat yang dapat kontraktu

        Reply
  5. joev

    kelajuan internet kat malaysia pn masih tahap dunia ke 3, kat kampung pn bkan sume dpat line tenet…pentingkan yang pnting dahulu..

    Reply
  6. the bastard

    elok la tu…nanti boley la sumbat kabel internet dalam mulut orang susah miskin…

    Reply
  7. Pingback: Emel 1Malaysia: Buat Apa Kecoh « C i T R A W A N i 2

  8. awayzha

    Salam. Saya suka entri saudara dan komentar rakan blogger tentangnya. Mohon izin untuk saya pautkan di entri blog saya. Terima kasih.

    Reply
  9. cartoon

    kalau pendapat saya…..baik gunakan rm50 juta itu untuk rakyat didahulukan…..barulah pencapain diutamakan…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.