Syarat Baru Untuk Jual Kereta Terpakai.

By | April 15, 2011

Salam semua. Harap hari Jumaat ini memberikan satu perasaan yang gembira untuk semua. Maklumlah bagi yang bekerja, ini adalah hari terakhir pada hari bekerja. Esok dan lusa sudah pun cuti.  Sebelum tibanya waktu hujung minggu, Shaffik.com ingin berkongsi satu lagi maklumat terkini mengenai kereta terpakai. Upsss..sebelum itu baca dulu tips untuk membeli kereta.


Ini amat berguna kepada rakan-rakan yang berhajat untuk membeli kereta atau kenderaan yang terpakai. Atau dengan kata yang lain, membeli kereta second hand. Memang sebelum ini perkara ini tidak pun di ambil kira. Ramai juga pengguna yang tertipu apabila membeli kereta terpakai. Bila berlaku sahaja kemalangan barulah tau, sebenarnya kereta yang di beli itu adalah kereta potong.

Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang. Mulai 1 Jun 2011, semua kenderaan terpakai (kereta atau motosikal) yang hendak di jual mestilah mempunyai satu laporan perakuan pemeriksaan daripada Puspakom. Salinan laporan ini akan diberikan kepada pengguna yang ingin membeli kereta terpakai sebagai bukti kenderaan itu selamat.  Ini bermakna, semua kenderaan terpakai atau di ubah suai mestilah atau WAJIB di hantar ke Puspakom untuk pemeriksaan keselamatan sebelum di jual kepada pengguna.

Peraturan ini bertepatan dan adil kepada pengguna dan pengusaha kedai kereta terpakai. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan kenderaan yang di jual dan dibeli mestilah selamat dipandu. Pengguna selamat, penjual pula senang hati menjual kenderaan terpakai mereka.  Semua peraturan ini termaktub di dalam Akta Sewa Beli 1967, Pindaan 2010. Antara lain Akta Sewa Beli juga turut di pinda seperti berikut :

  1. Wang tempahan untuk membeli kenderaan dimasukkan dalam wang pendahuluan sekiranya pembelian secara sewa beli diteruskan. Wang tempahan adalah sebanyak satu peratus daripada harga tunai kenderaan tersebut.
  2. Sekiranya pembelian secara sewa beli tidak dapat diteruskan kerana masalah kegagalan mendapatkan pembiayaan, wang tempahan akan dipulangkan sepenuhnya jika pembatalan dibuat oleh penjual, sebaliknya jika pembatalan dibuat oleh bakal pembeli, maka 90 peratus daripada wang tempahan akan dipulangkan.
  3. Proses pengambilan semula kenderaan (Repossession) hendaklah dilakukan oleh ejen perolehan semula yang mempunyai permit. Pengambilan semula kenderaan tidak boleh dilakukan secara kekerasan, dan penyewa diberikan tempoh masa secukupnya untuk mengeluarkan barang peribadi.
  4. Proses pengambilan semula perlu mendapat perintah mahkamah sekiranya penyewa telah membayar ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barang. Sebaliknya perolehan semula tanpa perintah mahkamah pula dibuat jika jumlah ansuran tidak melebihi 75% daripada harga tunai barang.

Di harap dengan pindaan Akta Sewa Beli 1967 Pindaan 2010 ini dapat memberikan lebih ruang kepada para pengguna di luar sana untuk membuat pilihan yang tepat. Dapatkan maklumat lanjut mengenai lain -lain perkara tentang kereta terpakai di Konsumerkini.net.my. Ingat jangan lupa dapat salinan laporan perakuan pemeriksaan daripada Puspakom sebelum membeli apa-apa kereta (kenderaan) yang terpakai. Jika curiga jangan beli atau dengan segera hubungi pihak yang berwajib untuk maklumat lajut.  Jangan biarkan diri anda di TIPU!!!…:)

 

 

One thought on “Syarat Baru Untuk Jual Kereta Terpakai.

  1. hafidz

    paling best dapat beli kereta terpakai yang rare!
    apapun kena check dulu dengan puspakom 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.