Blogging Terbuka Untuk Semua.

By | April 14, 2011

Dua hari lalu aku menerima satu email dari seorang pengunjung blog Shaffik.com. Dalam email itu, dia bertanya adakah menulis blog ini untuk mereka-mereka yang mahir dengan IT sahaja. Dia mahukan maklumat lanjut tentang blogging. Mungkin dia sudah jatuh hati agaknya dengan blogging. Agaknya lah. Ini kandungan emailnya :

Lina

to me

Message body:
Saya berminat utk tahu lanjut.. adakah blog ini hanya utt mereka2 yg mahir IT..


Mesej Dari Shaffik.com



Mesej ini telah di hantar melalui ruangan “Hubungi Saya”. Inilah salah satunya kelebihan ruangan contact di dalam blog. Ia memberikan ruang kepada para pengunjung bertanyakan soalan jika ada sebarang kemusykilan. Jadi jangan lupa letakkan ruanagn contact pada blog anda ya.

Ok berbalik kepada soalan yang di ajukan oleh Lina. Sebenarnya, blogging ini tidak tertakluk kepada orang-orang IT atau orang yang berpengetahuan dengan IT ataupun pakar IT. Tiada syarat-syarat yang penting untuk menulis blog ataupun menjadi seorang blogger. Ramai blogger yang hebat sudah membuktikannya. Sedangkan mereka tiada asas IT sekalipun. Seperti :

1) rohaizad.com

2) rezekimurah.com

3) blog.nuaeman.com

4) rhymeecartell.blogspot.com

5) Thoyibah.com

6) kujie2.com

Apa yang penting adalah keinginan yang tinggi untuk menulis blog. Penulisan blog tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dalam dunia IT. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja. Yang paling penting adalah minat untuk menghasilkan satu blog sendiri untuk berkongsi pengalaman, kemahiran dan informasi kepada para pengunjung. Itu yang lebih utamanya. Sebabnya setiap orang mampu menghasilkan penulisan yang kreatif. Menulis juga salah satu cabang seni. Ingat lagi entri : Menulis Blog Juga Seni.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana Shaffik.com ini boleh terhasil. Mungkin Shaffik seorang pakar IT. Memang aku berkerja dalam dunia IT. Tetapi jika tiada keinginan dan minat yang mendalam mungkin Shaffik.com tak akan wujud. Mungkin aku tiada pengenalan diri di dunia Internet.

Itu yang paling utama. Bila minat untuk menulis blog itu ada, perkara-perkara yang lain akan menyusul kemudian. Jangan risau. Banyak informasi tentang dunia blog di Internet. Jangan kata Internet, Shaffik.com sendiri menyediakan satu ruangan tentang Dunia Blogging. Macam-macam cerita tentang blogging telah di kongsikan. Ada yang berbentuk teknikal dan motivasi diri untuk menjadi seorang blogger. Ini antara entri mengenai dunia blogging :

Apa Yang Penting Dalam Berblogging?

Tips Untuk Part Time Blogger.

Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?

Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?

Jadi, usah takut untuk menghasilkan blog. Usah gusar jika anda tidakย  mahir dengan IT. Banyak informasi tentang blogging di Internet. Malah aku juga ada menganjurkan Bengkel Blogging untuk mereka yang berminat. Bengkel ini sememangnya 100% hands on. Jadi tidak perlu risau. Semuanya akan di ajar di sana nanti.

Pucuk pangkalnya kalau dah minat dengan blogging, segeralah melayan apa yang anda minati. Belajar bagaimana untuk menjadikan hobi anda itu sebagai sesuatu yang baik, sesuatu yang “fun” serta di samping itu boleh menyampaikan apa yang anda rasakan perlu untuk di kongsi sebagai ilmu yang berguna kepada orang lain. Itulah blogging.

Jadi di harap entri ini sudah boleh menjawab persoalan dari pada Lina. Insyallah. ๐Ÿ™‚

5 thoughts on “Blogging Terbuka Untuk Semua.

  1. cyza

    Wah…entry ini membuktikan beberapa perkara:

    1. Zaman sekarang byk orang ada blog.
    2. Zaman sekarang dah ramai yang minat ada blog.
    3. Jangan ingat bila ramai yang dah ada blog, semua orang di dunia ada blog, sebab hakikatnya, ramai lagi yang masih belum ada blog dan mau ada blog.
    4. Masih ada demand kepada pegajar buat blog dan penulis panduan buat blog.

    Ni kira niche baru gaks..

    Reply
  2. hafidz

    mungkin pada mulanya blogging ni dimulakan oleh orang IT ๐Ÿ˜€
    tapi sekarang ni sesiapa sahaja boleh blogging ๐Ÿ˜‰

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.