Masih ingat lagi 6 tahun dahulu sewaktu menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dengan Bas Ekspress. Hentian Pudu Rayalah tempat aku mula-mula menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. Ketika itu pertama kali naik Bas Ekspress untuk ke Ipoh Perak atas urusan kerja. Tak mahu naik bas terus dari JB ke Ipoh, singgah di KL sebentar sebelum ambil bas satu lagi ke Ipoh. Sebelum itu hanya naik kereta bersama rakan-rakan ke Kuala Lumpur. Tetapi kali ini naik Bas Ekspress. Journey laa katakan.
Memang sesak ketika itu. Ramai orang yang ada di Hentian Puduraya ketika itu. Ada yang sibuk dengan berlari untuk menaiki bas, ada yang menunggu bas dan ada juga ulat-ulat tiket yang menawarkan tiket-tiket untuk semua destinasi seluruh Malaysia. Memang bingit, tetapi nak buat macam mana. Itulah satu-satunya hentian bas di ibu kota Kuala Lumpur.
Memang terkenang kembali waktu itu. Ada juga beberapa kali aku ke Kuala Lumpur untuk bertemu rakan-rakan. Dari Hentian Puduraya segala langkah bermula untuk meneruskan destinasi seterusnya di Kuala Lumpur. Selepas itu, Hentian Puduraya di tutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Memang tepat keputusan kerajaan untuk membaiki Hentian Puduraya yang aku rasakan sudah terlalu uzur. Sesak, tidak teratur serta kotor sudah pasti membuatkan para penumpang berasa tidak selesa. Kerja-kerja menaik taraf Hentian Puduraya di mulakan pada 1 Mac 2010. Ditutup sepenuhnya untuk proses menaik taraf oleh Uda Holding.
Kini Hentian Puduraya akan beroperasi semula pada Sabtu ini bersamaan 16 April 2011. Semuanya berwajah baru. Nampak lebih teratur dan selesa. Satu pemandangan yang baru di Hentian Puduraya. Nampak lebih elegan dengan rekabentuk yang moden yang sudah pasti membuatkan semua pengguna bas ekspress, teksi dan kenderaan awan lain gembira. Harap dengan wajah yang baru ini, keindahan Hentian Puduraya ini dapat di jaga dengan baik dan sempurna untuk keselesaan semua orang.
Antara penambahan ruangan-ruangan lain di Hentian Puduraya :
- Surau yang lebih besar dan selesa
- Lif yang lebih efisien
- Tempat permainan kanak-kanak
- Sistem siar raya
- Tempat menunggu berhawa dingin
- Tandas yang lebih bersih dan pasti wangi. 🙂
Sumber dari :Â zikrihusaini.com dan dotdotjelly.com
bermalam kat Puduraya, adjust awek kat puduraya, layan mat saleh borak kat puduraya.. Fuh.. Kenangan, kenangan…
Memang kenangan bro. Masa tu lagi aku 1st time naik bas ekspress, turun di Puduraya. Tengok orang ramai pulak tu…hahahah…teringat masa tu..
A totally makeover!! So lepas ni dah tak payah panas2 kat Puduraya sbb dah ada aircond and no more bangla’s roaming around. I’m so excited to pay a visit to puduraya when I come back to Malaysia. I’d bring all my friend from London to show off bout our new Puduraya so they can ooh and ahhh about it. Well, before this I’m bragging to them about our beautiful KLIA. So proud when they say “This is very nice airport”. Of course! Compare to their poor Heathrow. Haha. I’m very proud of Malaysia. Thanks for the info yaw!
You kat maner sekarang..no more bangla..i suka statement tu…
I’m kat London. Studying.. Miss Malaysia damn much!!
Ok…tak apa…nanti balik malaysia singgah sebentar di Puduraya. Pasti terpegun punya..
KL dengan lebih jelas di http://www.klku.net.
wah..kilat2 lantai puduraya.teringat mase mula2 keje kat bsn puduraya…balik keje aku pening sbb tak tahan bau asap bas n rokok..tempat tu terlalu sesak.n senior2 aku slalu pesan kalo nak beli makanan pilih kedai yg tertentu shj…sbbnyer byk kedai indon…
Harap-harap lepas ni banyak kedai-kedai rakyat tempatan. Yang penting Puduraya ada Aircond..
huhuhu…paling tak boleh blah punyer kenangan time aku kejor bas yang dah bertolak sebab nak balik cuti semester. hahahaha, berpeluh habis spender aku 😀
hahaha…berkejaran dengan bas perkara biasa yang berlaku di mana-mana stesen bas..Confirm ko kelam kabut kan masa tu….
Lawanya Puduraya. Dah lama sangat tak sampai kat sana. Bila dah berkereta Puduraya hanya tinggal kenangan. Tapi kalau dah lawa tu.. mungkin juga la teringin nak buat lawatan..
Boleh sangat tu cikgu. Bawak anak-anak murid tu.
baru minggu lepas aku pi KL huhu! terpaksa turun kat DUTA sebab Pudu belum siap.. lepas ni kalo pi KL syok la sikit Pudu dah siap.. mak aiih cantek sungguh.. harap ada orng jaga.. tkut nanti pas 5 tahun kotor balik
Alamak..tak merasa laa Puduraya yang baru. Tapi lepas ni, mesti sampai punya.
Hmmm…aku dah bermain-main di Pudaraya sejak tahun 1987 lagi…memang berubah betui lah…la ni dah tak naik bas…asyik naik keta je…
Dulu kerja kat KL ker bro..Ya laa sekarang ni dah pun pakai kereta. Anak pun dah ramai..Susah sikit kalau naik bas.
Tak lah…time tu zaman aku belajar kat sana lah….
boleh jamin ke xdk ulat tiket nih…kaunter melambak,cantik & lawa2 tp kalo ulat tiket/agen tiket dok merayau kt depan kaunter wat aper kn??? nk buat pilihan pn x senang..harap kerajaan ambik berat!!
Harap Pihak yang berwajib, menguatkuasakan cara penjualan tiket ini. Pantau dan ambil tindakan sekeras-kerasnya bagi pihak yang tidak bertanggungjawab.