Duit Ini Bukan Milik Aku

By | April 11, 2011

Minggu lepas adalah minggu yang sungguh bahagia untuk aku. Beberapa niche blog aku di lamar oleh advertiser. Memang, teruja dan syukur Alhamdullilah. Usaha untuk meraih pendapatan dari blog sekali lagi membuatkan hasil. Aku ada berkongsi berita gembira ini pada entri yang lepas :

Berkongsi Pendapatan Blogging.

Memang betul, selepas sahaja aku menerbitkan entri berkenaan, advertiser berkenaan sudi sekali lagi membeli entri yang memenuhi kehendaknya. Kali ini lebih banyak lagi. Alhamdullilah. Setelah memberikan segala keperluan yang dikehendaki, dia terus sahaja membayarnya ke dalam Akaun Paypal aku.

Kerja belum buat lagi, tapi payment dah pun masuk. Inilah dia kepercayaan yang diberikan kepada aku. Tetapi yang lebih hebat lagi, advertiser ini membuat pembayaran dua kali berturut-turut dengan jumlah yang sama. Wah baik betul. Dah laa, kerja belum buat. Pembayaran sekali ganda pulak tu. Kayo pakcik.

Lihat bulatan yang pertama, itulah pembayaran yang di bayar berturut-turut ke dalam Akaun Paypal aku. Rambang biji mata. Dekat RM600 leih tu.  Tetapi ini bukan milik aku. Memang masuk dalam akaun aku. Tetapi ia bukan milik aku. Mungkin Advertiser ini tersilap. Aku harus membalas kepercayaan advertiser ini kepada aku. Dengan segera aku pulangkan kembali duit itu. Lihat pada bulatan yang kedua. Sebabnya itu bukan milik aku.

Inilah dugaannya bila berkecipung dalam dunia blogging. Lebih-lebih lagi dalam usaha menjana wang dengan blogging. Pelbagai dugaan yang di terima. Ada yang membayar lebih, ada juga yang menawarkan habuan yang besar tetapi ia bertentangan dengan agama islam. Ermm, jika tidak di halusi sebaik-baiknya tergugat juga iman kita. Hasutan Syaitan pasti berpusu-pusu menghasut.

Jadi, pandai-pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Prinsip aku mudah, aku boleh menerima seberapa banyak tawaran dan bayaran dari Advertiser selagi ianya halal, sah di sisi agama Islam dan tidak membuatkan aku serba salah. Mudah. Sebabnya aku ingin lama dalam industri ini. Aku tidak mahu sikap tidak jujur berlaku dalam diri aku. Biarlah aku tak kaya raya, yang penting aku bahagia. Insyallah. Jadi rakan-rakan blogger semua, tepuk dada tanya diri masing-masing ya. Jumpa lagi di entri yang akan datang. 🙂

8 thoughts on “Duit Ini Bukan Milik Aku

  1. azlan Q

    double thumb up untuk ko der… amanah itu penting!!… syabas…

    Reply
  2. aimannajmy

    wahhh blog aku belum pecah telur lagi..hhuhu..selagi tak naik PR selagi tu lah tak pernah try cuba2 riki peluang huhu.. tak terdesak sangat lagi nk cari duit hehe

    Reply
  3. titan

    Yap. Pernah gak kena macam ni. Pulang balik aje. Esoknya, dapat job baru. Haha..memang best dapat job dari luar nih. Kekadang, banyak sampai pening nak tulis artikel yang diorang nak tu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.