Berkongsi Pendapatan Blogging.

By | April 6, 2011

Dua minggu yang lepas, rezeki aku dalam dunia blogging semakin murah. Blog-blog yang aku bangunkan semakin mendapat perhatian daripada Advertiser. Inilah penangan blogging. Mungkin ramai yang tak percaya dengan menjana wang dengan blog. Tetapi inilah realitinya. Lihat sahaja entri-entri yang aku kongsikan bersama pengunjung Shaffik.com mengenai meraih pendapatan dari dunia blogging.

1)  RM9500 Dengan Berblogging
2) Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka
3) Semakin Hari Semakin Indah
4) RM647.50 hanya 10 minit sahaja.
5) Yahoooo..Dapat Duit Dari TNX
6) Akhirnya Adsense Membuahkan Hasil
7)  $50USD Pula Menerjah Ke Paypal Aku.

Inilah hasil usaha selama ini. Dua minggu lepas sekali lagi blog aku di lamar oleh advertiser. Dia meminta aku menghantarkan beberapa entri yang memenuhi kriterianya. Aku cuba propose. Alhamdullilah, dia sudi melamar ke semua entri-entri yang aku cuba propose.

Hi, thank you for the offer.
I would like to buy 10 permanent incontent links on your sites for the total price $xx.

Setelah pembayaran di buat, aku cuba propose lagi untuk entri-entri yang lain. Tetapi kali ini bukan dari  blog aku, blog rakan-rakan blogger yang lain. Aku cuba mencari rakan-rakan yang mempunya kriteria yang di perlukan. Rakan-rakan blogger lain memberikan aku entri-entri yang berkaitan.

Hasilnya, advertiser itu sekali lagi sudi melamar semua entri yang aku propose. Wow, banyak betul budget mamat ni. Tak apalah, inilah rezeki yang harus aku kongsikan bersama rakan-rakan lain. Sudah pasti mereka semua gembira dengan berita ini.

Ready to buy another 14 links. Please allow 24 hours to receive payment $xx

Bila sahaja dapat payment daripada advertiser berkenaan, aku terus sahaja membayar kepada 2 orang blogger yang memberikan aku kerjasama yang baik. Inilah satu kebaikkan apabila kita mempunyai talian persahabatan  yang baik dengan blogger-blogger lain.

Memang bukan semua kehendak advertiser mampu kita penuhi, tetapi setidak-tidaknya lebih baik kita berkongsi peluang yang ada dengan rakan-rakan lain kan. Mungkin telah di tentukan bukan semua milik kita, jadi berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan tamak dan berkongsilah dengan rakan-rakan lain. Lebih elok dan bukankah itu lebih afdal? 🙂

P/S:  Entri ini khas di tujukan kepada peserta Seminar Blogging Rohaizad supaya tidak putus asa untuk terus berusaha menjana wang dari blog. IANYA MASIH KUKUH DAN RELEVAN……


8 thoughts on “Berkongsi Pendapatan Blogging.

    1. Shaffik

      Tu laa pasal bro..takper..maner tau dia nak niche yang lain pulak…banyak budget mamat tu..

      Reply
  1. Pingback: Blog Shaffik » Duit Ini Bukan Milik Aku

    1. Shaffik Post author

      hehehe..lama tak buat backlink. pakai blog yang ada sahaj untuk earn money from blog

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge