Blogging Dengan Cara Anda

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging

Blogging adalah satu perkara yang indah. Blogging adalah sesuatu perbuatan yang sememang memberikan kepuasan yang sebenar kepada pemiliknya. Perasaan yang di rasai didalam hati seorang blogger hanya dapat di rasai oleh empunya diri. Tidak kiranaya menulis blog sebagai hobi atau menulis blog untuk  menjana wang, kemanisan dan senyuman pasti terukir di setiap raut wajah blogger apabila sahaja selesai menulis sesebuah entri.

Inilah yang di katakan blogging. Mungkin ramai yang tidak tahu apakah perasaan yang tersemat di hati setiap blogger yang ada di dunia ini setiap kali mereka selesai menulis entri. Perasaan yang tidak akan di rasai oleh orang lain yang bukan blogger. Apakah perasaan itu?

Satu jawapan yang tepat untuk persoalan di atas adalah kepuasan. Kepuasan apabila selesai menyampaikan apa yang tersemat di dalam hati. Kepuasan akan menjadi lebih manis lagi jika setiap entri yang di hasil menjadi tatapan ramai pengunjung yang datang. Kepuasan yang di capai hasil daripada penulisan yang berkulaiti, mantap dengan isi kandunganya dan ada gaya yang tersendiri.

Setiap blogger yang menjiwai dunia blogging mempunyai cara penulisan yang tersendiri. Perkara ini amat penting sekali sekiranya ingin menjadikan entri yang dihasilkan mendapat perhatian. Bukan mudah untuk mengecapi dan merasai perasaan sebegini. Ini semua bergantung bagaimana kesungguhan seseorang blogger itu menyelami dunia blogging.

Satu tips yang paling utama apabila hendak menulis blog adalah “Tulislah Entri Dengan Gaya Anda Tersendiri”.  Jika anda sayangkan blog yang anda bangunkan, jangan meniru gaya penulisan orang lain. Jangan cuba untuk menjadi orang lain. Jangan sesekali menulis entri seperti blogger-blogger kegemaran anda. Jangan cuba memaksa diri anda untuk menulis seperti entri-entri mereka.

Minat yang tinggi pada blogger pilihan anda bukan satu kesalahan. Jadikan mereka sebagai sumber inspirasi anda. Jadikan mereka sebagai pencabar anda di dunia blogging. Selami bagaimana mereka boleh berdiri sehingga anda mengagumi mereka. Itu lebih penting. Bukan meniru gaya bahasa mereka. Mereka adalah mereka. Anda tetap anda. Bila mula menulis entri, tulislah dengan gaya anda tersendiri. Lengguk bahasa serta susuan ayat dan perenggan mengikut cara anda yang tersendiri. Pasti ia akan menjadi lebih menarik. Inilah yang dinamakan Identiti.

Setiap antara kamu mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi gunakanlah kelebihan yang ada pada diri kamu untuk membentuk satu gaya penulisan yang tersendiri dan unik. Inilah yang akan memancing pengunjung untuk terus melekat pada blog anda dan akan membuatkan mereka sentiasa menanti entri yang terbaru daripada anda. Sebagai bayarannya, hasilkan entri yang berkualiti dan tersendiri. Sudah pasti mereka akan tersenyum.  Insyallah pasti anda akan terus kekal di dunia blogging dan penulisan anda sentiasa di tagih oleh pengikut blog anda. :)

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Mengapa Bosan Berblogging?

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

11 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. titan says:

    Ya. Setuju.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks Titan…lama tak nampak Titan…

    [Balas Komen]

    titan Reply:

    ada je. Tak ke mana-mana. :)

    [Balas Komen]

  2. Nadri says:

    sebaiknya gaya penulis blog kita jgnlah terlalu dipengaruhi oleh gaya blogger yg lain..tulis ikut keselesaan & bukan paksaan…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Yup..ikut keselesaan dan gaya tang tersendiri. Ia lebih dihormati.

    [Balas Komen]

  3. Cyza says:

    Memang betul…lagi satu kepuasan is bila baca komen…haha

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bila orang membalas komen, ia terasa bagai di hargai…itulah blogging.

    [Balas Komen]

  4. hafidz says:

    caramu dan caraku berbeza ;)
    originality :D

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Alamak cam lirik lagu pulak..hhehe..Originality itu yang penting

    [Balas Komen]

  5. aimannajmy says:

    hamba setuju! huhu.. be yourself

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Jadilah diri anda sendiri.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge