Menulis Blog Juga Seni.

By | March 28, 2011

Jika bercakap pada soal seni, memang banyak maksud tentang seni. Pelbagai pendapat dan pandangan tentang seni. Setiap orang di muka bumi ini mempunyai kelebihan masing-masing. Begitu juga jiwa seni yang lahir dalam dirinya. Seni bukan sahaja tertakluk kepada muzik, penulisan, syair, lakonan, atau pun drama. Pelbagai perkara yang di lakukan oleh manusia di muka bumi ini boleh di panggil sebagai seni.

Mengapa? Kerana seni adalah sesuatu yang subjektif. Bila dikaji dengan sehalus-halusnya kita semua sememangnya ada nilai seni yang tersendiri. Cumanya mungkin kita sendiri tidak sedar apa seni yang hadir dalam diri kita. Ermm nampaknya kena Muhasabah Diri tu. Atau pun kena buat SWOT analisis tu. Ingat lagi entri ini ?

Muhasabah Diri Untuk Menjadi Lebih Baik.

Apa yang pastinya kita semua ada seni masing-masing. Masakan tidak kehidupan kita seharian pun di kelilingi dengan seni. Susun atur meja kerja adalah seni. Susur atur perabot di rumah adalah seni. Cawan yang digunakan untuk minum adalah seni. Pakaian yang dipilih ke tempat kerja adalah seni. Menghidang makanan adalah seni. Muzik adalah seni. Semuanya berkait rapat dengan seni. Perasan atau tidak apa yang kita suka itulah seni yang sebenarnya ada dalam diri kita.

Jadi menulis blog juga adalah seni. Mengapa aku berkata sedemikian?. Sebabnya, setiap blogger mempunyai cara penulisan yang tersendiri. Tidak kiralah blogger itu baru atau pun lama. Tidak kiralah bahasa apa yang di gunakan. Aku percaya menulis blog sama seperti penulis buku atau pun novel. Apa yang di sampaikan itu adalah sesuatu yang unik dan halus.

Tidak kiralah apa jenis blog yang di terbitkan. Peribadi, niche blog, blog politik atau sebagainya. Semuanya mempunyai nilai seni yang tersendiri. Baik dari segi paparan utama blog, gaya penulisan blog, idea yang di lontarkan dalam setiap entrinya, cara mereka menarik perhatian pengunjung ataupun cara menempatkan entrinya di carian google, itu semuanya seni. Seni halus yang pastinye memerlukan fokus yang tinggi.

Aku tertarik untuk menulis entri ini selepas membaca sebuah blog yang sungguh menarik. Blog ini adalah sebuah blog milik rakan sekerja aku di kilang. Dia bukan sahaja teman berbicara malah aku anggap dia sebagai mentor aku dalam membina kerjaya dan mengharungi kehidupan seharian. Walaupun baru tiga entri yang di hasilkan, tetapi ia sudah cukup meyakinkan aku bahawa ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh pemiliknya.

Ini sedikit perenggan yang di ambil dari rhymeecartel.blogspot.com.

“I also believe that it ain’t necessary for a writer to be extremely rich with bombastic vocabulary or superior in conducting language and if he or she wishes to write, go on with it.  So, it is up to the writer what he or she wishes to express. It is a masterpiece anyway and no matter how people look at it, dare yourself to write!”

Lihat pada perenggan di atas, ini lebih meyakinkan aku bahawa menulis blog itu adalah seni. Penulisan blog tidak semestinya mempunyai penulisan yang bermadah-madah. Berpuisi pujangga atau seangkatan dengannya. Tidak semestinya tiada elelemen berkenaan seorang blogger itu tidak ada seni. Sebabnya setiap blogger mempunyai penulisan yang masing-masing. Gaya penulisan yang berbeza. Ada yang lebih suka tersirat, ada yang suka secara terus ataupun ada yang suka menimbulkan tanda tanya.

Cuma yang membezakannya adalah bagaimana idea mereka itu semua dilontarkan secara kreatif. Itulah seni dalam penulisan blog. Kalau tidak masakan blog yang mendapat traffik yang tinggi itu disukai oleh pengunjung yang sering mendambakan entri-entri yang terkini. Inilah yang dinamakan seni di dalam penulisan blog.

Jadi kepada semua para blogger yang ada di Malaysia dan seluruh dunia, anda juga penggiat seni. Anda juga boleh digelarkan sebagai “seniman”. Kerana apa? Kerana setiap apa yang anda ungkapkan itu pasti mempunyai nilai seni yang tersendiri. Walaupun tidak menjadi seorang artis popular, anda juga sudah boleh berbangga kerana anda mempunyai seni di dalam penulisan blog yang mungkin tidak ramai orang yang mampu melakukannya. Anda tidak boleh diperlekehkan lagi. Yang pasti anda semua sememangnya hebat!!!…:)

15 thoughts on “Menulis Blog Juga Seni.

  1. Rhymee

    Thank you Shaffik for inserting an excerpt from my article and very well elaborated.

    I guess the equation is : Blogging = Art and Art = Life.

    Therefore, bloggers are the artists in everybody’s life.

    Read : rhymeecartel.blogspot.com

    Reply
  2. Shaffik

    I like you quote : Blogging is art , art is life…Erm…So blogger also a Artist Right? Mee tooo 🙂

    Reply
  3. Nasrul Hanis

    setuju!

    dari penulisan itulah tercetus bermacam idea2 yang hebat dan menarik! oh. sebab tu i love blogging so much! hehe *feeling*

    Reply
    1. Shaffik

      Feel and soul tu yang penting..Bila kedua-dua perkara ini ada, insyallah Entri yang di hasilkan menusuk kalbu.

      Reply
  4. ReGreat

    yer semua benda kalau dibuat dengan betul sememangnya akan menjadi berseni,,,buat sesuatu itu biarlah datang dari hati,,barulah apa yang kita lakukan itu mempunyai nilai estetika tersendiri…Saya sokong bila awak kata apabila menulis blog tidak perlulah sampai bermadah melainkan blog itu ditulis untuk tujuan itu..kita menulis untuk diri kita dan juga orng lain agar membawa manfaat.senang cerita bagi saya menjadi blogger seharusnya mengikut stail sendiri….

    Feel With Art 🙂

    Reply
  5. Pingback: Blog Shaffik » Blogging Terbuka Untuk Semua.

  6. Pingback: Blog Shaffik » Penulisan Blog – Kualiti Atau Kuantiti?

  7. STISI Telkom

    Wah tulisannya bagus sekali. Mohon ijin share http://www.stisitelkom.ac.id

    Sekolah Tinggi Seni Rupa dan Desain Indonesia Telkom (STISI Telkom) merupakan salah satu perguruan tinggi pelopor khusus di bidang Seni Rupa dan Desain, dengan program studi terlengkap. STISI Telkom memfokuskan lulusannya untuk dapat menjadi tenaga ahli di bidang Seni Rupa dan Desain yang terampil, memiliki wawasan luas, serta memaksimalkan potensi berwirausaha, sebagai jawaban atas tuntutan perkembangan kebutuhan masyarakat serta Indrustri Kreatif Indonesia dan Dunia saat ini yang sangat pesat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge