Pesanan Untuk Adik-adik Lepasan SPM.

By | March 23, 2011

Pagi ini sudah pastinya saat yang mendebarkan untuk adik-adik kita yang mengambil keputusan SPM 2010.  Bila sahaja menjelangnya keputusan SPM, semua calon-calon akan merasakan getarannya. Gundah gulana dan keresahan semestinya bermain di fikiran. Macam manalah keputusan SPM aku? Berapa A yang aku dapat? Matapelajaran teras lulus ke tidak?

Inilah persoalan yang bermain di fikiran adik-adik yang mengambil keputusan SPM 2010 pagi ini. Dan perasaan inilah yang bermain di fikiran aku semasa mengambil keputusan SPM 1998 dahulu. Memang tak keruan jadi. Sampai sahaja di kawasan sekolah, sudah ramai rakan-rakan seperjuangan beratur mengambil keputusan.

Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang menangis dan ada juga yang selamber . Wajah-wajah inilah yang menghiasi suasana kawasan sekolah semasa mengambil keputusan SPM. Aku pasti suasananya sama sahaja setiap tahun. Tetapi bagaimana pula pada adik-adik yang tidak sempat untuk menghadirkan diri ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM?

Jangan risau, kini keputusan SPM boleh di semak melalui SMS. Pantas dan mudah. Semua calon boleh menyemak keputusan SPM masing-masing menerusi khidmat pesanan ringkas ini.

  • Taip SPM SEMAK [NO KAD PENGENALAN] [ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh :  SPM SEMAK 920318015957 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

Ini adalah satu cara yang paling mudah. Bagi adik-adik yang tiada masa ke sekolah atau malas nak ke sekolah atau malas nak berjumpa dengan guru-guru, semak sahaja keputusan SPM malaui SMS. Lebih cepat.

Lepas sahaja keputusan SPM keluar, langkah seterusnya memilih hala tuju. Samaada meneruskan belajar di Universiti, Politeknik, Kolej ataupun terus bekerja. Itu pilihan adik-adik sendiri. Lebih baik terus belajar untuk menambah ilmu. Tak kiralah belajar di mana, yang penting teruskan belajar untuk menjamin masa hadapan.Lagi banyak ilmu yang di timba, lebih banyak perkara yang kita tahu, lebih tinggi orang lain memandang kapada kita.

Semak kemasukkan ke IPTA di sini. Klik di sini : Kemasukkan IPTA

Jadi pilihlah hala tuju masing-masing. Jangan tersilap membuat keputusan. Jangan leka dengan apa yang ada di depan mata. Jangan ikut kawan. Minta pandangan ibu bapa dan adik beradik.  Kerana Ilmu adalah segalanya. Jadikan diri adik-adik semua sebagai seorang yang di pandang tinggi dengan Ilmu di dada dan berjaya di masa hadapan. Insyallah.

One thought on “Pesanan Untuk Adik-adik Lepasan SPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge