Sedapnya Otak-Otak

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Informasi

Otak-otak adalah makanan yang kegemaran bagi orang Malaysia.  Pernah sekali aku membawa Boss dan rakan sekerja dari German makan di Restoran Singgah Selalu Danga Bay. Duduk sahaja di meja makan,  pelayan restoran terus mengambil tempahan makanan kami dan meninggalkan Otak-Otak di atas meja.

Kedua-dua mereka pelik bila melihat Otak-Otak di atas meja.

Boss  : “What is this?”

Aku   : ” Its call Otak-otak. It mix fish and some Malay ingredients.  You should try it “

Boss  : “Ok, i’ll take one 1st. Erm..it nice but little bit spicy”.

Aku   : ” So, you know how the taste of Otak-Otak right”. :)


Itulah sedikit perbualan dan penerangan aku mengenai Otak-Otak. Otak-otak ini kebiasaannya akan di hidangkan ketika kita berada di restoran melayu. Kebanyakkan restoran akan meletakkan sebakul otak-otak (5 atau 6 keping) di atas meja. Hagranya lebih kurang Rm0.50 sekeping.  Ia sebagai makanan ringan sebelum, semasa atau selepas makan.

Jadi macam mana otak-otak di hasilkan? Otak-otak di hasilkan daripada isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan bersama campuran rempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Kemudian, ianya akan dibungkus dengan daun kelapa dan akan dibakar di atas bara api. Seperti sate. Cuma bezanya Otak-Otak tidak ada kuah.

Kalau di Johor, otak-otak yang paling popular adalah otak-otak kempas dan otak-otak gelang patah. Kedua jenama otak-otak ini sering menjadi sebutan orang ramai dan sering digunakan untuk sajian di restoran makanan melayu.  Aku tak pasti tempat lain, tetapi bila di Johor otak-otak adalah makanan yang popular. Bila duduk sahaja di meja makan, anda akan di hidangkan dengan otak-otak terutamanya di restoran-restoran milik orang melayu.

Jadi jika anda semua masih mencari alamat otak-otak kempas atau no telefon otak-otak kempas. Sila lihat di bawah :

PERUSAHAAN OTAK – OTAK KEMPAS SDN. BHD

Siti Nor Aishah Bte Samad

Tel: 012-707 2802

Tel: 07-238 3317

Beralamat :  3326 A, B&C, Jalan Denai Utama, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.

P/S : Kenapalah Otak-otak kempas tak boleh buat tempahan online? Ermmm..mungkin boleh di cadangkan…

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Bermulanya era baru…
  • Error Semasa Mengupload / Memuat Naik Imej.
  • Matangkan Diri Di Dalam Pekerjaan Anda.
  •  Memancing Bukan Sekadar Hobi Remeh, Tapi….(Bahagian 2)
  • Pengkritik Juga Satu Kerjaya.
  • ERA FM vs Hot FM
  • Apa Itu Leptospirosis?
  • Dulu Adsense, Kini Nuffnang Pula.
  • Kelab Jiwa-Jiwa Juara Futsal
  • Video Yang Bakal Hits Lebih 4 Juta.

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

6 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Been here before and another place at JB which also serves delicious mee rebus, its awesome, especially the grilled otak-otak.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Mee Rebus also one of the Favourite food in JB. You might be one of Mee Rebus and Otak-otak fans rite?

    [Balas Komen]

  2. Rhymee says:

    Kalau sushi boleh diglobalkan, kenapa tidak otak-otak? “Re-design” makanan ini dari tipikal ke sesuatu dengan ditambahnilai. Mungkin otak-otak berinti udang atau ayam atau sebagainya akan dapat mempelbagaikan produk negara kita ini.
    Rhymee recently posted..Free

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Memang boleh di globalkan. Mungkin ownernye sendiri sudah ada plan untuk ke arah itu agaknya. Apapun inilah satu produk kebanggaan kita rakyat Malaysia.

    [Balas Komen]

  3. titan says:

    hoho..rasanya cam dah lama tak makan otak-otak nih..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Haaa…bro….sedap oo Otak-Otak…meh turun JB. Aku tunjukkan kilang otak-otak kempas…

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge