Malam tadi baru sahaja berahkirnya Raja Lawak 5. Man telah menjuarai Raja Lawak 5. R2 di tempat yang kedua dan Balas di tempat yang ketiga. Memang sudah dijangka, Man akan menjuarai Raja Lawak 5. Walaupun pilihan aku adalah R2 tetapi Man lebih layak dengan persembahan yang pastinya membuat semua penonton tergelak dan terhibur.
Tetapi ada sedikit perasaan kurang senang pada Final Raja Lawak kali ini. Apa yang aku rasa kurang senang adalah masa yang diberikan kepada para peserta. 3 minit masa yang diberikan tidak cukup untuk peserta. Ini adalah gelanggang akhir. Para peserta sepatutnya diberikan lebih masa untuk membuat persembahan dan menonjolkan idea serta bakat mereka semua pada pentas final.
Jika diberikan ruang masa yang lebih lagi, mungkin lebih banyak idea lawak yang boleh di tonjolkan. Aku rasa tak puas apabila menonton Final Raja Lawak ke 5. Aku mengharapkan Final kali ini lebih hebat. Lebih banyak isu dan idea yang boleh di lontarkan dari semua peserta kepada penonton. Aku lebih puas menonton separuh akhir Raja Lawak 5 tetapi bukan pada pentas Final. Semua macam rushing nak habiskan Final Raja Lawak 5.
Entah mana silapnya sehingga aku merasakan tak puas menonton Raja Lawak 5. Ini adalah hanya pendapat peribadi aku peminat Raja Lawak. Harap ia tidak akan berlaku pada Maharajalawak nanti. Nantikan Maharajalawak pada bulan April nanti. Saksikan Video untuk Gelanggang Akhir Raja Lawak 5.
Keputusan Final Raja Lawak 5
Persembahan Balas : Bebas
Persembahan Man : Bebas
Persembahan R2 : Bebas
Persembahan Balas : Muzikal Komedi
Persembahan Man : Muzikal Komedi
Persembahan R2 : Muzikal Komedi
mak aiih cepatnya dah ada orang upload videonya..ahh sokong pa yg bro cakap…3 minit sikt sangat..dah tu nmpk tergesa-gesa kejar time nak abih cepat.. pe salah abihkan sampai kul sebelas huhu
aimannajmy recently posted..Jalan-jalan Jeti Semeling Part 1
hehehe..kena pantas..tu laa pasal 3 minit kejap sangat…
Menonton pun sudah sekerat mungkin peserta Raja Lawak kurang menyengat kali ini. Walau bagaimanapun tanniah kepada Man kerana ditabalkan sebagai juara Raja Lawak
akubiomed recently posted..Buat projek dalam gelap
Ooo mula menonton lambat eh bro..Tak per..man memang layak.
Salam bro…saya pun perasan final raja lawak 5 hari tu macam sekejap je…tak tahu la nape macam nak rush je…saya rasa pihak raja lawak kena baiki kesilapan ini supaya tidak terjadi lagi…