Kesan Radiasi Nuklear Pada Manusia

By | March 17, 2011

Semua sudah tahu akan letupan loji nuklear di Jepun. Itu berikutan badai tsunami yang melanda Fukushima Jepun pada 11 Mac lalu. Kini heboh pula pasal radiasi nuklear yang menakutkan semua penduduk dunia. Banyak juga sms yang di terima yang mengatakan bahawa bahayanya kesan radiasi kepada tubuh badan manusia.

Tetapi, itu hanya berita yang menyatakan bahayanya radiasi nuklear pada manusia. Tetapi apakah kesan radiasi nuklear kepada manusia. Apa penyakit yang terkena pada manusia akibat penyebaran radiasi Nuklear? Ok aku berkongsi sedikit info mengenai kesan daripada radiasi nuklear. (Sumber Berita Harian)

1) Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems (ukuran dalam bahasa nuklear)  akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awalnya adalah SELSEMA.

2) Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

3) Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian. Ini yang bahaya ni.

4) Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

5) Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

6) Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

Buat masa ini Kerajaan Malaysia memantau rapi akan penyebaran radiasi nuklear. Jadi berhati-hati dengan radiasi nuklear. Jagalah keselamatan dan kesihatan anda semua. Jika menerima simptom yang dinyatakan diatas, segeralah berjumpa dengan Doktor. Insyallah Shaffik.com akan setiasa memberikan info berkenaan radiasi nuklear. Kementrian Kesihatan juga telah menetapkan semua makanan yang di import dari Jepun mestilah bebas dari radiasi nuklear. Harap banyak lagi pemantauan di lakukan oleh Kerajaan mengenai Radiasi Nuklear.

3 thoughts on “Kesan Radiasi Nuklear Pada Manusia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge