Tips Untuk Lebih Fokus.

By | March 15, 2011

Fokus, fokus, fokus.  Fokus adalah satu perkara yang subjektif.  Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk lebih fokus pada perkara-pekara yang di lakukan.  Bila bercakap tentang fokus, aku pasti ramai yang menghadapi masalah untuk fokus lebih-lebih lagi apabila bekerja dengan komputer. Memang banyak dugaan.

Kebanyakkan antara kamu yang berkerja dengan komputer. Inilah zaman era digital. Segalanya memerlukan komputer. Tidak kiralah berniaga, berkarya, perkhidmatan, menulis blog, menulis kertas kerja atau sebagainya. Boleh dikatakan semuanya menggunakan komputer.

Jadi apakah cabaran yang utama apabila bekerja dengan komputer? Cabaran yang paling utama adalah untuk Fokus. Memang ini satu masalah pada semua orang lebih-lebih lagi yang bekerja dengan komputer. Kalau yang tidak menggunakan komputer telefon bimbit pula yang menjadi cabaran yang utama. Sedar atau tidak elemen-elemen yang melibatkan digital inilah yang kadang kala mengganggu kita untuk lebih fokus dalam tugas harian.

Tambahan pula pengaruh Internet yang semakin lama sudah sebati dalam jiwa kita. Mengapa tidaknya, kerana Internetlah adanya Email, kerana Internet adanya Facebook dan Twitter, kerana Internet adanya game dan aplikasi-aplikasi yang menggangu dalam kerja harian kita. Inilah yang menjadi kekangan yang paling utama untuk FOKUS.

Ok, Aku berkongsi sedikit tips bagaimana untuk lebih fokus dengan kerja harian kita? Mungkin tips di bawah boleh membantu anda untuk lebih fokus.

1) Tutup Facebook atau Twitter seketika. Tinggalkan status kepada kawan-kawan atau peminat anda semua bahawa ada perkara yang perlu anda selesaikan. Mereka akan faham. Bila dan tinggal status, jangan pula layankan komen-komen kawan anda tu. Memang tak buat kerja. Letak status dan terus tutup Facebook ataupun Twitter atau yang seangkatan dengannya.

2) Tutup Internet Browser anda. Jika anda masih lagi perlukan Internet Browser, pastikan anda tidak membuka tab yang lain selain website yang anda perlukan.

3) Tutup semua notifikasi. Ia bermaksud tutup semua notifikasi yang melibatkan email dan telefon bimbit anda. Sudah pasti facebook atau Twitter akan menghantar notifikasi bagi apa sahaja yang berlaku pasa akaun Facebook anda. Biarkan sementara dan fokus pada kerja anda.

4) Matikan sementara modem atau router atau mana-mana sambungan Internet jika kerja anda tidak memerlukan Talian Internet. Lebih elok lagi pergi ke tempat yang tiada talian Internet. Ia lebih berkesan daripada membiarkan diri anda terus terpengaruh dengan talian Internet.

5) Bersihkan meja-meja anda dari barang-barang yang boleh menghilangkan kosentrasi dan fokus anda terhadap kerja anda. Ataupun makanan-makanan ringan yang boleh mengganggu anda. Simpan semua barang-barang dan makanan jauh dari meja kerja anda.

6) Jika anda sukar untuk fokus pada waktu yang panjang, cuba disiplinkan diri pada waktu yang singkat dahulu. Mungkin mulakan dengan 100% fokus untuk 15 minutes yang pertama. Tambah masa untuk fokus sedikit demi sedikit dan latih diri anda lebih fokus dalam tempoh waktu yang lama.

Tips di atas adalah cara yang paling efisyen untuk lebih fokus. Latih diri anda semua untuk mendapatkan 100% fokus dengan tips-tips yang diberikan di atas. Hindarkan sementara perkara-perkara yang boleh menjejaskan fokus anda. Yang paling penting tingkatkan fokus untuk lebih produktif. Selamat Mencuba…:)

5 thoughts on “Tips Untuk Lebih Fokus.

  1. zam

    Mmg focus adalah penting bila duduk dihadapan komputer sbb banyak dugaan… thanks 4 the tips

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.