Lee Chong Wei Juara All England 2011.

By | March 14, 2011

Aku baru sahaja menyaksikan perlawanan akhir All England 2011 antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.  Satu perlawanan yang hebat apabila dua musuh tradisi bertemu di perlawanan akhir. Chong Wei mahu pertahankan kejuaraan, manakala Lin Dan pula mempunyai misi untuk merampas mahkota kejuaraan All England dari Chong Wei.

Sekali lagi, Datuk Lee Chong Wei menjuarai All England 2011 apabila menewaskan Lin Dan dengan straight set 21-17, 21-17. Satu permainan yang hebat dari Lee Chong Wei. Segala badi kekalahan Lee Chong Wei kepada Lin Dan di nafikan pada perlawanan akhir All England malam ini. Terbukti Lee Chong Wei sememang Nombor 1 Dunia.

Aku amat tertarik dengan fokus, disiplin dan kesungguhan Lee Chong Wei pada malam ini. Jika di lihat pada perlawanan yang lepas-lepas antara dua pemain ini, Lin Dan lebih menguasai gelanggang dan sering menewaskan Lee Chong Wei.  Nampak Lin Dan lebih angkuh dan yakin di gelanggang. Tetapi situasi agak berbeza pada malam ini. Dengan laungan “Malaysia Boleh” di Birmingham, segalanya musnah dan keangkuhna Lin Dan sebagai gergasi Badminton Dunia di nafikan oleh Lee Chong Wei. Tidak nampak lagi raut wajah keangkuhan Lin Dan setelah tewas kepada Lee Chong Wei pada malam ini.

Pasukan Malaysia bermula agak malang apabila pasangan beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas pada pasangan Mathias Boe dan Carsten Mogensen. Walaupun menang pada set yang pertama, namun tidak konsisten sehingga gagal untuk menjuarai kategori beregu All England 2011. Namun kedukaan ini di ubati dengan kemenangan bergaya oleh Datuk Lee Chong Wei.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dengan kejuaraan All England 2 tahun berturut-turut. Kamu sememangnya hebat. Tembok China kini sudah pun rebah. Teruskan usaha kamu untuk terus berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kamu. TAHNIAH….

10 thoughts on “Lee Chong Wei Juara All England 2011.

    1. Shaffik

      Sebenarnya aku geram betul dengan beregu semalam. Mula-mula mengganas..Tup-tup longlai kat hujung-hujung..

      Reply
  1. aimannajmy

    best seot game semalam..nmpknya maybe sakit belakang lin dan belum sembuh kot sejak tak dapat lawan LCW time terbuka malaysia aritu hehe
    aimannajmy recently posted..Mana salahnyaMy Profile

    Reply
  2. Pingback: Blog Shaffik » Apa Nak Jadi Dengan Sepak Takraw Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge