Beradab Sikit Semasa Majlis Akad Nikah

By | March 11, 2011

Pagi ini aku di panggil untuk shoot satu majlis pernikahan rakan sekerja. Majlis ini berlangsung di Pejabat Agama Islam Johor Bahru. Bermula jam 9.30 pagi aku sudah terpacak kat sana.  Suka atau tidak kena datang seawal pagi. Itulah tanggungjawab seorang wedding photographer macam aku ni. Nak buat macam mana, cari makan laa katakan.

Pagi ini, ada 7 pasangan kesemuanya. Dari yang pertama kali bernikah sehinggalah yang tua atau sudah berumur. Bila bernikah di pejabat agama, kebiasaannya Kadi akan melakukannya sekali gus. Maksudnya, kadi akan menikahkan seorang demi seorang. Kalau ada sepuluh pasangan, Kadi akan menikah 10 orang pengantin lelaki. Khutbah nikah dibaca sekali dan bacaan doa sekali. Jadi lebih cepat dan pantas.

Apa yang menarik perhatian aku sewaktu majlis pernikahan pagi tadi adalah perangai yang aku rasakan biadap. Biadap di sebabkan ada di kalangan mereka menganggap majlis penikahan itu satu permainan. Satu bahan gelak ketawa atau komedi bagi mereka. Aku pun tak faham mengapa ada orang-orang yang sebegitu.

Ada satu pasangan tua yang turut bernikah pagi ini. Mungkin perkahwinan kali kedua agaknya. Biasalah orang dah berumur, agak sukar bagi menghafal lafaz nikah. Jadi beberapa kali kadi terpaksa menikahkan pakcik ini.

Kadi  :  “Pakcik, boleh tak baca kertas yang ada tulis lafaz terima nikah.”

Pakcik :”Boleh.”

Kadi : “Ok cuba baca. Kita test dulu.’

Pakcik : “Aku menerima nikahnya…” , ” Aku terima menikahkan…”

Kadi   : ‘Aku terima nikah (Nama Isteri) dengan maskahwinnya RM22.50 tunai.”

Pakcik : “OK.”

Kadi : “Jadi saya mulakan. Aku nikahkan dan aku kahwinkan dikau (Nama Pakcik tu) dengan (Nama Isterinya) dengan berwakil walinya kepada aku dengan maskahwin RM22.50 Tunai.”

Pakcik  : “Aku terima menikahkan (nama Isteri)…”

Selepas itu aku terdengar beberapa orang ketawa terbahak-bahak di belakang Kadi. Yang ketawa bukan sahaja budak-budak tetapi orang tua yang mungkin sebaya dengan Pak Cik itu turut serta ketawa. Ermmm…seolah-olah kelakar sangat. Macam Pak Cik tu sengaja buat lawak..

Astagfirullahalazimm…Ya Allah…Pakcik tu dah laa tua, gugup dan mungkin kurang pandai. Janganlah di ketawakan orang tua itu. Ini semua perkara biasa. Kadang-kadang pengantin lelaki ada kegugupan untuk melontarkan lafaz terima nikah. Semua perasaan ini akan di rasai bila seorang lelaki yang ingin bernikah. Tapi yang lain tu jagalah adab. Janganlah berikan tekanan kepada pakcik itu . Bukankah lebih elok, senyap ataupun terus memberikan kata-kata perangsang pada Pak Cik itu.

Seperti cerita pakcik tadi, memang dia bukan bapa atau abang ataupun sedara mara mereka. Tidak elok di ketawakan pak cik itu. Beadab sikit semasa Majlis Akad Nikah. Jangan buat macam kat rumah pulak. Ini Majlis Akad Nikah. Bukan main-main ya. Jadi ingatlah kawan-kawan semua. Jaga ada semasa menghadiri Majlia Akad Nikah walau dimana sahaja sekalipun.

8 thoughts on “Beradab Sikit Semasa Majlis Akad Nikah

  1. azlan Q

    apsal ko tak sekeh je kepala sorang2 yang terbahak tu der??….

    Reply
  2. ayub

    sori to say la …selalu duk perati melayu memang suka gelakkan orang x kira patut atau x..opss pedasla pulak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge