Tips Untuk Membeli Kereta.

Kereta adalah satu keperluan pada masa kini. Boleh dikatakan, ramai penduduk Malaysia yang mempunyai sekurang-kurang sebuah kereta. Malah ada yang mempunyai lebih dari satu kereta di rumah.  Rata-rata, rakyat Malaysia kini sudah mampu membeli kereta jika bekerja.

Adalah yang memilih kereta sebagai kenderaan untuk mencari rezeki. Ada pula yang lebih selesa menggunakan kereta hanya untuk bercuti dan bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada juga yang kaki kereta. Beli kereta hanya kerana minat dan sanggup berhabis duit kerana kereta.

Tetapi hakikatnya, kereta sudah pasti ada susut nilainya. Beli hari ini, tahun depan sudah jatuh harganya. Jadi apakah tips yang terbaik untuk membeli kereta? Aku berkongsi sedikit pengalaman mengenai tips sebelum membeli kereta.

1) Beli kereta pada tahap kemampuan kewangan anda. Ikut kemampuan kewangan anda . Jangan ikut orang lain. Sebab, anda yang membayar duit ansuran kereta pada pihak bank. Bukan kawan-kawan anda atau keluarga anda. Sudah pasti beban itu pada diri anda. Bukan pada orang lain.

2) Berbelanja untuk kereta hanya 1/3 daripada gaji bulanan anda. Jangan lebih.  Ia akan menjadi beban pada anda kelak. Ini termasuk duit ansuran bulanan, duit minyak dan bersedia untuk segala kemungkinan yang akan berlaku pada kereta anda. Buat perancangan kewangan sebaik-baiknya sebelum membeli kereta.

3) Jangan hanya berfikir anda mampu untuk membayar deposit permulaan untuk membeli kereta. Fikirkan kemampuan kewangan anda untuk menampung perbelanjaan bulanan anda pada kereta. Sebabnya, bukan anda berkomitmen hanya dengan kereta. Pasti ada perkara-perkara lain yang perlu di bayar pada setiap bulan. Mungkin perkara lain yang lebih penting.

4) Jangan ambil ringan soal pinjaman kereta. Ambil tempoh pinjaman yang paling singkat. Contohnya 5 tahun. Lihat kiraan di bawah :

a) Jika Pinjaman kereta anda RM45000 dengan interetest 3% setahun. Anda memilih tempoh pinjaman 5 tahun. Bermakna jumlah pinjaman anda menjadi RM51750. (RM45000 – pinjaman + RM6750 Interest). Jumlah bayaran bulanan : RM862.50

b) Jika Pinjaman kereta anda RM45000 dengan interetest 3% setahun. Anda memilih tempoh pinjaman 9 tahun. Bermakna jumlah pinjaman anda menjadi RM57750. (RM45000 – pinjaman + RM12150 Interest). Jumlah bayaran bulanan : RM529.17

Sememangnya pilihan b akan membuka mata anda. Nilai bulanan b memang murah. Tetapi beban interest terlalu tinggi. Bukan setakat beban interest. Tetapi beban untuk menempuh bayaran bulanan selama 9 tahun. Aduh hai lamanya. Perlu di ingat, harga kereta ada susut nilainya. Berbanding dengan rumah, sedikit sebanyak mesti ada tambah nilainya selepas 5 atau 6 tahun akan datang.

5) Ambil kira aspek penjimatan minyak kereta. Belilah kereta yang jimat minyak. Lebih jimat penggunaan minyak sepanjang bulan, lebih banyak duit poket yang anda boleh simpan. Jangan gopoh membeli kereta yang mewah, sedangkan anda terseksa dek melayan bebanan duit minyak kereta setiap bulan.

6) Jangan terperdaya dengan pujukan rayu penjual kereta. Ambil sedikit masa melakukan survey sebelum memutuskan membeli dan membuat pinjaman kereta. Tak perlu gopoh dan ikut kehendak nafsu. Fikirkan perkara 1-5 sebaik-baik mungkin sebelum membeli kereta.

Gunakan tips-tips ini sebelum anda membeli kereta. Harap tips-tips ini dapat membantu anda semua untuk membeli kereta. Mana yang anda mahukan? Bergaya dengan kereta mewah, tetap tidak berpeluang untuk bersantai bersama keluaga dek kerana bebanan hutang pinjaman kereta. Tiada duit poket pada setiap pertengahan bulan.  Atau memakai kereta yang sempurna serta memadai untuk anda sekeluarga dan anda mempunyai lebihan wang untuk bersantai dan melakukan perkara-perkara yang lain dengan duit poket anda? Pilih, tanya dan rancanglah untuk diri anda sendiri.

Share it now!

Tagged: ,

Komen: 7

  1. khairolghani March 10, 2011 at 2:06 pm Reply

    beli kereta dulu sebab nak tolong sepupu,dia jurujual kereta..hehe..tapi tak pe la,mmg nak beli kereta pun masa tu..bincang baik punya,sepupu bagi harga best..Alhamdulillah,dekat 3 tahun dah pakai tak de masalah lagi..
    khairolghani recently posted..jangan la usik-nanti dia besarMy Profile

    • Shaffik March 14, 2011 at 9:16 am Reply

      Oo yer ker…sepupu ko kat maner tu…maner tau boleh survey ?

  2. titan March 11, 2011 at 5:48 am Reply

    aku beli kete sebab nak penat naik bas. Haha..
    titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan SaysmyMy Profile

    • Shaffik March 14, 2011 at 9:21 am Reply

      Hehehehe..Kete memang keperluan sekarang. Harap tips2 di atas dapat membantu kepada sesiapa yang nak beli kereta.

  3. [...] Salam semua. Harap hari Jumaat ini memberikan satu perasaan yang gembira untuk semua. Maklumlah bagi yang bekerja, ini adalah hari terakhir pada hari bekerja. Esok dan lusa sudah pun cuti.  Sebelum tibanya waktu hujung minggu, Shaffik.com ingin berkongsi satu lagi maklumat terkini mengenai kereta terpakai. Upsss..sebelum itu baca dulu tips untuk membeli kereta. [...]

  4. Rina As March 2, 2012 at 8:20 am Reply

    Kita perhitungkan pula pajak yang mesti dibayar tiap tahunnya, orang sering lupa kalau masalah pajak
    Rina As recently posted..Memahami Perbedaan Google Dance, Google Sandbox, Deindex dan BannedMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge