Amaran Kepada Pemandu Bas

By | March 8, 2011

Pagi ini aku ada mendengar satu berita mengenai pemandu bas. Pengusaha Syarikat bas akan mengemukakan cadangan untuk memotong gaji kepada para pemandu bas yang melakukan kesalahan jalanraya. Ini sudah semestinya menjadi tamparan dan cabaran kepada pemandu bas. Sebelum ini pihak syarikat bas yang akan menanggung saman pemandu bas yang melakukan pelbagai kesalahan di jalan raya. Ianya sudah di praktikkan sejak sekian lama.

Kini pihak syarikat bas akan berbincang dengan Kementrian Sumber Manusia untuk memotong gaji pemandu bas jika mereka di saman di jalan raya. Ini adalah satu langkah yang baik. Adil bagi kedua-dua belah pihak.  Ia juga mampu mendidik segelintir pemandu bas untuk lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan di jalan raya.  Pemandu menjadi lebih berhemah dan penumpang selamat sampai ke destinasi. Itu yang paling penting . Aku menyokong 100% cadangan ini walaupun aku tidak selalu naik bas. 🙂

4 thoughts on “Amaran Kepada Pemandu Bas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.