Hadiah Untuk Diri Sendiri

By | March 4, 2011

Dua hari aku menerima satu panggilan satu adik kesayangan. Fikri namanya. Dia adalah anak bongsu yang semsetinya menjadi perhatian pada semua keluarga. Aku puas melihat dia membesar dari bayi hingga saat ini. Alhamdullilah, dia menjadi seorang manusia yang berguna. Walaupun tidak belajar tinggi, tetapi sekurang-kurangnya dia mengerti erti kehidupan sekarang.

Aku dan Fikri memang rapat. Banyak persamaan aku dan dia. Bila melihat perangai Fikri, masih teringat sewaktu aku zaman remaja dulu. Cuma yang bezanya, Fikri memilih untuk terus bekerja selepas sahaja habis sekolah. Mungkin dia tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa aku agaknya.

Tak apalah, walau tidak belajar tinggi tetapi aku harap dia cepat matang dalam meniti kehidupan seharian. Dua hari lepas dia call aku. Apabila telefon bimbit aku berdering, terpampang nama Adik Fikri. Terus aku angkat . Ini perbualan kan.

Aku : Hello, Assalamualaikum. Haa Adik …

Fikri : Waalaikumsalam. Bang, adik nak tanya ni.

Aku  : Tanya apa?

Fikri : Adik nak beli handphone ni.

Aku  : Ooo nak beli handphone. Nak beli Handphone brand apa?

Fikri : Adik nak beli handphone macam abang. Nokia E71 atau E 72.

Aku  : Nak beli handphone Nokia macam abang ke Blackberry.

Fikri : Abang rasa mana bagus.

Aku  : Semua bagus. Cuma kalau Blackberry kena ada komitmen BIS kat bill telefon nanti.

Fikri : Oooo. Adik nak ambik handphone macam abang laa.

Aku : OK. Tapi handphone cam Abang dah murah. Baik ambik Nokia E5.

Fikri  : Haa ni Adik tengah pengang Nokia E5 laa ni.

Aku  : Wah..mahal sikit tu..Banyak betul duit kau ya..

Fikri  : Tak adik memang dah kumpul nak beli handphone ni. Macam mana OK tak?

Aku  : Oooo macam tu. Beli laa.  Kau pun dah nak tukar handphone sangat. Lagipun anggaplah itu satu hadiah untuk diri sendiri. Penat kau kerja hari-hari. Ad least hadiahkan lah sesuatu untuk diri sendiri.

Fikri : Ok bang. Thanks. Kompom Adik ambik Nokia E5. Bye.

Fikri terus letak telefon. Aku terus tersenyum bila teringat perbualan kami. Sememangnya dia patut beli. Mungkin sebab sudah lama dia inginkan handphone yang baru. Pada aku itu adalah hadiah untuk dirinya sendiri. Pasti ia amat berharga untuk Fikri. Kepada Fikri, semoga bahagia dengan telefon bimbit yang baru. Bolehlah tukar pakai nanti 🙂

4 thoughts on “Hadiah Untuk Diri Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.