Kereta Kenari Masalah Lagi

By | February 16, 2011

Semenjak awal bulan Februari 2011, kereta kenari aku banyak masalah. Memang betul-betul menduga.  Tetapi nak buat macam mana, itulah satu-satunya kenderaan yang aku ada untuk pergi ke tempat kerja.

Dengan performance yang tip top setahun dua yang lalu, kini tiba masanya dia nak bermanja-manja dengan Tuannya. Bermula dengan masalah brek. Brek tidak berfungsi pada tahap biasa. Brek tangan (hand break) tak berfungsi langsung.  Aduh…memang bahaya ni.  Aku terus tukar brek drum, brek pump dan beberapa lagi barang-barang yang berkaitan dengan brek belakang. Terbang juga RM400 untuk masalah brek sahaja. Mahu atau tidak, MEMANG kena tukar. Sudah pun menjadi lumrah bila pakai kereta kan. Inilah penangannya.

Minggu ini pula, masalah Jerking pada perodua kenari aku datang lagi. Pada mulanya aku sekali lagi memohon bantuan  rakan baik yang merangkap Foreman kereta aku dari dulu lagi untuk membuat servis pada Throttle body. Dengan harapan, masalah jerking tu akan hilang. Tetapi sangkaan kami silap sama sekali. Setelah selesai servis, masalah jerking tidak juga hilang.

Arghhh..ini membuatkan aku semakin kusut kepala. Dia mencadangkan tukar terus Throttle Body tu. Aku terus menghubungi kawan-kawan yang ada tahu pasal mana-mana kedai yang jual Throttle Body. Ada satu kedai di Johor Jaya yang menjual Throttle Body. RM180. Dengan pantas aku terus tukar. Tambah lagi RM40 untuk siap pasang. Alhamdullilah, masalah jerking terus hilang. Harap ia berpanjangan. Insyallah.

Maklumlah, kereta pun dah lama kan. Setelah dia banyak berjasa pada aku, kini aku pula patut membalas jasanya. Apa-apa pun harap masalah jerking tidak berulang lagi :).

17 thoughts on “Kereta Kenari Masalah Lagi

  1. azhar

    Bro,

    Agak nya kenari ni memang masaalah handbrek adalah masaalah umum. Kenari Uncle pun cam tu . Handbrek tak berfungsi . tetapi ada masa berfungsi, so bila ke mekanik dia ok…

    Reply
    1. Shaffik

      Yer ker bang..Tapi hari tu yang punya break yang memang habis terus. Drum pun dah makan n tak boleh pakai lagi. Tu yang terus tukar tu.

      Reply
    1. Shaffik

      Betul tu bro. Kereta tak lama memang macam tu ragamnya. Mana nak sama dengan kereta baru kan. Bro Chamek Setia Tropika buka lagi?

      Reply
  2. abu

    salam..kete aku kenari jgk,,ade mslah skit.mslhny ble time corner,kat area blakang(area tayar belakang) bunyi dok dok dok.kenape ha?sape2 ade pengalamn share ngn aku la k..kalau tahu sbbny lg bgus..tolong2..

    Reply
    1. sukhri lokman

      saya ada sebiji kenari auto..msalah nyer…ketika sya memotong..biler sye tkar gear 3 @ 2…tiba2 bau hanget…knaper ek..da sesiapa bleh ban2 sayerrr…

      Reply
      1. joe87

        ABU: time memotong tu adnda rasa kelajuan macam mana?..kalau kelajuan kereta tidak seperti biasa bermakna masalah pada leening cluth..maybe dah haus sebab tu ada bau hanget macam terbakar..try cek..

        Reply
  3. andrew yunus

    bro boleh tak bagi alamat atau contact nombor kedai jual throttlebody tu d johor jaya

    Reply
    1. Amir

      Masallah ttol body ni taiming enjin x stabil ke..kete Aku ni bila taiming OK jln smove je…bila taiming rendah pekap pun x de..knari auto Aku Pkai..ace Komen skit..klu msllah enjin masak gak Aku..

      Reply
  4. wirawan

    halo semua…sya pengguna kereta perodua kenari…nak tanya ckit ya…enjin kereta sya semput so sya tukar spark plug yg baru(DENSO)…bila sya cuba nak hidupkan enjin…enjin x dapat dihidupkan…ada bunyi tak…tak…tak…apa masalahnya yer??ty

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge