Kereta Kenari Masalah Lagi

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Informasi

Semenjak awal bulan Februari 2011, kereta kenari aku banyak masalah. Memang betul-betul menduga.  Tetapi nak buat macam mana, itulah satu-satunya kenderaan yang aku ada untuk pergi ke tempat kerja.

Dengan performance yang tip top setahun dua yang lalu, kini tiba masanya dia nak bermanja-manja dengan Tuannya. Bermula dengan masalah brek. Brek tidak berfungsi pada tahap biasa. Brek tangan (hand break) tak berfungsi langsung.  Aduh…memang bahaya ni.  Aku terus tukar brek drum, brek pump dan beberapa lagi barang-barang yang berkaitan dengan brek belakang. Terbang juga RM400 untuk masalah brek sahaja. Mahu atau tidak, MEMANG kena tukar. Sudah pun menjadi lumrah bila pakai kereta kan. Inilah penangannya.

Minggu ini pula, masalah Jerking pada perodua kenari aku datang lagi. Pada mulanya aku sekali lagi memohon bantuan  rakan baik yang merangkap Foreman kereta aku dari dulu lagi untuk membuat servis pada Throttle body. Dengan harapan, masalah jerking tu akan hilang. Tetapi sangkaan kami silap sama sekali. Setelah selesai servis, masalah jerking tidak juga hilang.

Arghhh..ini membuatkan aku semakin kusut kepala. Dia mencadangkan tukar terus Throttle Body tu. Aku terus menghubungi kawan-kawan yang ada tahu pasal mana-mana kedai yang jual Throttle Body. Ada satu kedai di Johor Jaya yang menjual Throttle Body. RM180. Dengan pantas aku terus tukar. Tambah lagi RM40 untuk siap pasang. Alhamdullilah, masalah jerking terus hilang. Harap ia berpanjangan. Insyallah.

Maklumlah, kereta pun dah lama kan. Setelah dia banyak berjasa pada aku, kini aku pula patut membalas jasanya. Apa-apa pun harap masalah jerking tidak berulang lagi :) .

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Nama Cantik, Tapi Hati Busuk..(Aduka Teruna)
  • Kenapa Mat Rempit Popular..
  • Jualan Gudang Kembali.
  • Kena Tindih Masa Tidur. Mitos atau Realiti?
  • Tips Untuk Lebih Fokus.
  • Seni Seorang Blogger.
  • Renungan Takbir Ultraman di Pagi Jumaat
  • Buat Passport Di KulaiJaya
  • Perogol Ke Tali Gantung.
  • Satu Perak Untuk Kontinjen Malaysia

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

12 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. azhar says:

    Bro,

    Agak nya kenari ni memang masaalah handbrek adalah masaalah umum. Kenari Uncle pun cam tu . Handbrek tak berfungsi . tetapi ada masa berfungsi, so bila ke mekanik dia ok…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Yer ker bang..Tapi hari tu yang punya break yang memang habis terus. Drum pun dah makan n tak boleh pakai lagi. Tu yang terus tukar tu.

    [Balas Komen]

  2. Nadri says:

    kereta dah lama mgkn mcm tu karenahnya bro..so, kena rajin2 hantar ke workshop buat regular service & maintenance apa yg perlu…
    Nadri recently posted..Ronaldo Bersara Dari Arena Bolasepak Antarabangsa

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betul tu bro. Kereta tak lama memang macam tu ragamnya. Mana nak sama dengan kereta baru kan. Bro Chamek Setia Tropika buka lagi?

    [Balas Komen]

  3. madlut says:

    sekali sekala, dia pun nak spare part baru tue..haha:)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Biasalah nak bermanja-manja..

    [Balas Komen]

  4. cyza says:

    Ala bro…cadangan aku…repair kenari ko…at the same time beli viva juga…baru depa kena bersaing untuk di pandu…
    Ala..macam main bola…kena perform…baru manager pilih utk main bola….
    Good luck FA cup…
    cyza recently posted..The Malay Chronicles – Bloodlines Review – Review Hikayat Merong Mahawangsa

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Dah repair dah bro. Kadang peformance tak baik …huhuhu cam Man U…

    [Balas Komen]

  5. hafidz says:

    biasalah.
    semakin lama usia kereta kita.
    semakin banyak la yang kena tukar.
    bersabar sajalah
    fuh~
    hafidz recently posted..Lama Bukan

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Sabra memang sabar…itulah kereta susah dan senang…

    [Balas Komen]

  6. abu says:

    salam..kete aku kenari jgk,,ade mslah skit.mslhny ble time corner,kat area blakang(area tayar belakang) bunyi dok dok dok.kenape ha?sape2 ade pengalamn share ngn aku la k..kalau tahu sbbny lg bgus..tolong2..

    [Balas Komen]

    sukhri lokman Reply:

    saya ada sebiji kenari auto..msalah nyer…ketika sya memotong..biler sye tkar gear 3 @ 2…tiba2 bau hanget…knaper ek..da sesiapa bleh ban2 sayerrr…

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge