Antara Blog dan Facebook.

By | February 11, 2011

Pernahkah anda membaca entri Mengapa Bosan Berblogging? Jika anda bukan seorang blogger ataupun ingin mengenali blogging, ini adalah satu entri yang patut di baca sehingga ke penghujungnya. Mungkin ada yang menganggap blogging itu menjengkelkan. Blogging itu membosankan. Blogging itu membuang masa dan sebagainya.  Mengapa nak susah-susah menulis blog. Facebook kan ada.

Memang Facebok dah ada, tetapi ada beberapa perkara yang harus di beritahu kepada anda semua. Banyak perbezaannya blogging dan facebook.

1) Idea di rumah sendiri. Dengan blog kita boleh menyuarakan idea, kritikan, ulasan atau pendapat di tempat kita sendiri. Bermaksud, kita berhak memberikan idea dan pendapat di tempat kita sendiri. Berbanding dengan Facebook. Apa-apa pun suara dan pendapat kita, itu di facebook. Bukan di rumah sendiri.

2) Nama Domain Sendiri. Dengan blog kita boleh bertapak dengan domain pilihan kita sendiri. Contohnya: Shaffik.com. Atau jika anda pengusaha Kek Lapis. Mungkin boleh gunakan Inakeklapis.com. Lebih gah bukan.  Nampak ianya lebih professional. Berbanding dengan facebook, semuanya ada nama facebook. Contohnya : http://www.facebook.com/#!/shaffik, http://www.facebook.com/#!/akuadablog, ataupun www.facebook.com/kanakukata…

3) Promosi. Dengan blog kita bukan sahaja boleh mempromosikan entri terkini atau produk terkini di facebook, malah kita juga boleh mempromosikan apa yang terkini di blog pada laman-laman sosial yang lain. Sebagai contoh di twitter, digg, stumble, gengblogger, innit.nuffnang.com, reddit. Bukan tuan punya blog sahaja boleh promosi, malah jika pengunjung suka dengan entri yang di terbitkan mereka juga boleh kongsikan entri berkenaan pada rakan-rakan sosial yang lain. Berbanding dengan Facebook, kita terhad untuk promosikan info terkini pada rakan-rakan facebook atau peminat-peminat sahaja. Maksudnya hanya satu sumber sahaja iaitu Facebook.

4) Rekabentuk. Tuan punya blog pastinya mempunyai citarasa yang tersendiri. Mereka juga juga inginkan rekabentuk paparan blog yang tersendiri. Dari segi warna, susunan header, footer, sidebar dan sebagainya. Jadi ianya terpulang kepada Tuan Punya blog. Rekabentuk serta konfigurasi semuanya mengikut selera Tuan punya blog sendiri. Tiada siapa pun yang menghalang. Kalau di Facebook, semua tertakluk kepada Mark Zuckerberg. Yang pastinya pasti ada warna biru dan logo facebook.

5) Jangka Hayat. Fakta ini ada nampak mengarut sikit. Tetapi fikir-fikirkan. Selagi kita membayar yuran tahunan dan mengupdate blog, selagi itulah blog kita terus bernyawa dan dikunjungi. Facebook? Kalaulah facebook tutup. Macam mana ya?

6) Buat Duit. Haa yang ini sudah pasti semua nak baca kan. Dengan blogging sudah pasti sedikit sebanyak menjana wang. Macam mana, letakkan sahaja iklan di ruangan blog anda. Insyallah adalah income yang datang. Dengan blog juga mampu menarik perhatian advertiser di luar sana untuk melabur mempromosikan barangan mereka di blog anda. Sebagai tuan punya blog, anda berhak menentukan berapa harga yang anda mahukan.  Pendek kata dapat juga pendapatan pasif. Aku pun merasainya.  Di Facebook, ianya agak terhad. Anda berpotensi mendapatkan pelanggan tetapi kurang untuk yang pasifnya.

7) Info mudah di capai. Di blog sudah pastinya mempunyai kategori, Archive (Entri Yang Lama), Related Post, Popular Post (Entri yang mendapat sambutan) dan sebagainya. Ini memudahkan para pengunjung mencari informasi yang berkaitan dengan carian mereka. Sebabnya ia mudah di capai.  Kalau di Facebook, ia agak terhad. Setiap post update atau status yang baru akan berada di atas. Status atau update yang lepas akan berada di bahagian bawah. Ia menyukarkan pengunjung mencari apa yang mereka ingin.  Sebab info berkenaan sudah jauh kebawah. Ermm…

Inilah perbezaanya blog dan facebook. Facebook sememangnya laman sosial. Blog pula lebih centralize (berpusat) dan teratur. Terpulanglah pada diri masing-masing. Nak pilih blog atau Facebook. Tepuk dada, fikir dan tanyalah diri masing-masing.

3 thoughts on “Antara Blog dan Facebook.

  1. poji

    kombinasi blog dengan FB adalah mesti he he he sebab trafik sosial je lah tu… tetapi entri ni.. saya sokong seratus peratus. dan tidak menolak kepentingan FB . pro dan kontra tetap wujud kerana ianya ciptaan tuhan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.