Akhirnya Pejabat Imigresen Johor Bahru di Wisma Persekutuan telah pun di tutup. Pejabat Imigresen Johor Bahru akan berpindah di pejabat yang baru. Ia telah pun memulakan operasi di pejabat baru pada hari Isnin, 31 Januari 2011 (semalam) di :
Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Setia Tropika,
Taman Setia Tropika, Kempas
81200 Johor Bahru.
No Telefon : 07-2344290.
Teringat lagi dulu-dulu buat Passport Terhad ke Singapura, pagi-pagi dah kena beratur ambil nombor. Tup – tup sampai depan nombor dah habis. Kena datang ulang besok harinya. Erm…nak buat macam manakan. Tetapi kini segalanya bertambah baik. Segalanya mudah. RM100 pun dah boleh buat passport.
Ada juga rakan-rakan yang bertanya, boleh ke buat passport hari Sabtu atau Ahad (Weekend). Sudah tentu boleh. Ini Infonya :
Betul tu…aku pertama kali buat passport terhad Singapore pada tahun 2000.Pergi ke Wisma Persekutuan pukul 6 am.Bukan main panjang beratur nak ambik nombor.
Ada jugak pilihan lain kalau nak buat passport time tu.Kena pergi ke Kukup.
Sekarang,dekat Kompleks Pekan Rabu Batu 6,Jalan Skudai pun boleh buat passport.
mycy recently posted..Convert Blogspot ke Domain dot com
Kalau aku dulu, nak cepat buat passport pergi ke Mersing. Tetapi kini tidak lagi. Terus sahaja ke Pekan Rabu. Kini lagi dekat kat Setia Tropika.
pasti parking lebih senang di Setia Tropika berbanding di Menara TJB…last sekali aku pergi Immigresen tahun 2009 masa uruskan permit maid..mmg servis dah semakin baik skrg…
Nadri recently posted..Aktiviti 2 1 di Hard Rock Penang
Yang pastinya bro dekat nga Chamek Kopitiam Setia Tropika…lepas ni boleh bukak balik sebelah malam…
aku ada pengalaman buruk buat pasport nie..huhu, pagi g isi borang, petang baru dapat giliran, esoknya baru siap passport…3 kali jugak berulang pergi ke pejabat imegresen, (georgetown)
Dulu memang macam ni…tapi sekarang semuanya pantas.
ok mmg ok suami dan saya pergi kul 3.30 ptg tapi kul 5.45 dah siap kat setia tropika tumpang suami nye lorong warga emas settle
Pingback: Blog Shaffik » Jangan Panik Jika Kehilangan Surat Beranak
Assalamualaikum.
Encik Shaffik, nombor telefon Pejabat Imigresen, Taman Setia Tropika, Kempas terkini adalah 07-2338400. Wassalam.