$210K Pendapatan Blogging pada 2010

By | February 1, 2011

Semalam aku ada sedikit masa untuk blogwalking. Bila ada masa terluang aku akan melayari blog David Risley. Bagi sesiapa yang tidak kenal dengan David Risley, dia adalah seorang pro blogger. Seorang blogger full time. Mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. David Risley sentiasa berkongsi pengalaman beliau dalam arena blogging dan bagaimana menjana pendapatan dari blogging. Dia juga selalu memberikan idea bagaimana dari blogging boleh di jadikan sebagai  perniagaan.

Itu yang membuatkan aku tertarik untuk sentiasa ke blog David Risley. Dia sentiasa memberikan inspirasi dan semangat untuk aku meneruskan perjuangan dalam dunia blogging. Pendek kata, banyak entri-entri dari David yang menyedarkan aku bahawa blogging juga mampu dijadikan sebagai satu pendapatan yang tetap. Yang paling penting jangan putus asa dan teruskan usaha.

Semalam aku membaca 2010 Annual Blogging Income Report dari David. Sungguh teruja betul dengan apa yang di lakukan. Wow, dia memang hebat. Sepanjang tahun 2010 sahaja di sudah menjana $ 210,284.60 (RM 630853.80).  Mak oi banyak gila. Percaya atau tidak inilah realitinya. Aku pasti ramai juga blogger-blogger (Full Time) dari Malaysia yang mampu menjana wang dari blogging seperti David. Mungkin cuma dia orang tak nak berkongsi  agaknya.

“In total, my business brought in $210,284.60 in the fiscal year 2010.”

Tetapi Davis Risley berkongsi info ini dengan pada pembacanya. Dari jumlah pendapatannya itu, David membelanjakan $11,620. 23 (hampir RM35K)  hanya untuk web hostingnya. Wow satu perbelanjaan yang besar tu.  Lihatlah mereka, sanggup membelanjakan beribu ringgit semata-mata untuk menjadi yang terbaik. Memang Salute….

“I paid about $7,700 in business-related travel, $11,620.23 in web hosting costs, $3,500 in education investment for myself, $6,900 in credit card and merchant fees. I also had some utility charges that I pay out of the business, postage, equipment purchases, development services, etc. I also, privately, paid out $3,400 from the business to a charity of my choice (which will remain private).”

Untuk blogger-blogger Malaysia, ini adalah satu entri yang sedikit sebanyak memberikan Inspirasi kepada anda semua. Percaya bahawa blogging juga mampu menjana wang. Contohnya Davis Risley. Lihatlah bagaimana dia boleh menjana hampir RM640K sepanjang tahun 2010.  Dan anda juga semua mampu melakukannya. 🙂

Maaf jika tajuk menyangkakan ini adalah pendapatan Shaffik.com. Masih jauh lagi untuk angka itu. Tetapi masih berada di landasan yang betul. 🙂


22 thoughts on “$210K Pendapatan Blogging pada 2010

  1. Nasrul Hanis

    Hebat. Memang hebat!

    Ya.. untuk dapat hasil.. mesti ada juga modal yang perlu dikeluarkan.. tak boleh semuanya free.. hosting fee.. domain renewal.. dan juga servis2 lain..

    Perkara yang plaing penting ialah kita mesti berusaha untuk jadi lebih baik dari hari ke hari jadi tambahkan ilmu pengetahuan sedia ada dan praktikkan untuk terus maju ke hadapan!

    * juga salah seorang penggemar david risley =)

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Memang hebat dah patut di contohi. Dr selalu memberikan aku semangat utuk terus berblogging.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Thanks bro. Aku selalu berkongsi pengalaman dan info dengan pembaca. Pasal DR tu, memang best. Aku setuju dengan pendapat ko, yang penting minat.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Betul tu semangat yang perlu di contohi. Sebab tu entri ni di terbitkan. Untuk membakar semangat kepada semua blogger.

      Reply

Leave a Reply to siTokei Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge