Mengatasi Masalah Laptop Lembab Gila

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Komputer

Lama juga aku tidak memberikan tips pasal komputer kan. Padahal itulah kerja-kerja harian aku. Ok hari ini aku dengan berbesar hatinya ingin memberikan satu tips bagaimana menanggani masalah kelembapan komputer anda semua. Aku pasti semua orang pernah menghadapai masalah yang sama. Tip ini bukan untuk mengatasi masalah kelembapan Internet tetapi tips bagaimana menangani masalah kelembapan komputer atau laptop anda semua.

Anda semua sudah sedia maklum jika komputer lambat atau lembab sudah pasti masalah dengan Memory. Mungkin masalah dengan processor yang tak cukup power. Memang betul semua kemungkinan di atas memang boleh berlaku. Tetapi bagaimana jika RAM dah di tambah sehingga 4GB, Processor memang yang latest, tidak melayari Internet dan komputer atau laptop anda masih lembab? Kenapa ya?

Buka internet komputer hang. Buka Microsoft Office pun Hang. Buka My Computer pun hang? Wah ni masalah besar ni. Nak kena tukar komputer ke? Jangan cepat melatah.  Ada satu lagi sebab mengapa komputer anda lembab dan selalu hang. Bukan sebab RAM ataupun processor yang tak cukup power. Sebabnya adalah Local Disk untuk C DRIVE anda sudah penuh. Ataupun Local Disk Drive yang di installkan bersama dengan WINDOWS itu sudah penuh. Ia akan berlaku pada komputer yang ada membuat Partition dan kapasit di C drive itu sedikit.

Memang tak ramai perasan akan hal ini. Lebih-lebih lagi pengguna Windows XP. Dalam masa yang sama anda mungkin menerima error ” Low Disk Space”. Ini bermaksud Windows tidak boleh melakukan kerja-kerja lagi jika local disk drive yang ada bersama Windows sudah penuh.

Kenapa Local Disk C Driver tu boleh penuh ya? Ok macam ni. Setiap user yang login masuk ke dalam sistem Windows mempunyai Profil tersendiri. Di situlah users akan menyimpan semua fail-fail mereka di dalam My Documents, Desktop ataupun Local Disk C tu sendiri. Jadi bagaimana untuk memberikan ruang untuk Local Disk C Drive tu ya?

Ok. Ikut langkah-langkah di bawah :

1) Empty kan Recycle BIN Anda

2) Pindahkan semua fail-fail dan folder  anda dari My Documents ke Partition yang lain.

3) Pindahkan semua fail dan folder di desktop anda ke partition yang lain.

4) Buangkan semua Temporary Internet Files.

5) Buangkan semua fail-fail yang tidak di gunakan lagi. Backup pada external hard disk ataupun pen drive.

5) Restart komputer anda dan nikmatilah kelajuan yang baru di komputer anda.

Senang kan. Tak susah mana pun. Tak perlu membeli PC atau laptop yang baru. Tak pelu upahkan orang untuk membetulkan komputer anda. Mudah dan boleh buat sendiri. Ok semua Selamat Mencuba.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Dilema Seorang Suami (Bahagian 2)
  • Kad Pengenalan berharga RM500
  • When you buy a computer…
  • Minyak Petrol RON95 Masih Kekal.
  • Semalam Baik..Harap Ianya Akan Terus Baik.
  • Renungan Takbir Ultraman di Pagi Jumaat
  • Muhasabah Diri Untuk Menjadi Lebih Baik.
  • Sebelah Tangan pun Boleh.
  • Satu Perak Untuk Kontinjen Malaysia
  • Halim Othman Kembali.

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

45 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. ulik says:

    bila laptop aku nak wat?….
    dah tahap cipan dah ni…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Next week aku buat..Kita tukar hard disk ko tu…
    Shaffik recently posted..Mengatasi Masalah Laptop Lembab Gila

    [Balas Komen]

    zaki Reply:

    kalau delete temp files ade effect takk ?

    [Balas Komen]

  2. Nasrul Hanis says:

    hehe.. masalah laptop lembab ni memang masalah yang menyakitkan hati.. btw saya setuju dengan tips dari bro.. memang selalunya yang memberatkan memory laptop/pc ialah temp files yang lama.. kadang2 kita tak pernah perasan pun.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Yup. Kadang-kadang temp file tu dah bertahun kat dalam folder tu. Tu wat PC lambat tu.
    Shaffik recently posted..Mengatasi Masalah Laptop Lembab Gila

    [Balas Komen]

  3. sangilapi says:

    kalau laptop panas dan mati sendiri[off sendiri],apa pulak penyakitnya tu,bro ?

    tapi kalau dah sejuk boleh guna macam biasa .
    sangilapi recently posted..PR 2011 dah update

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bo kalau macam tu maybe ada masalah dengan FAN CPU tu…better check kadang-kadang kejap pusing kejap tak pusing.

    [Balas Komen]

  4. boss says:

    tips yang bagus tu…

    aku nak tambah sedikit, uninstall program yang dah lama tak digunakan.. boleh juga membantu..
    boss recently posted..Boss masuk drifting competition!

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks boss for the additional tips.

    [Balas Komen]

  5. decrewz says:

    Kadang2 PC jadi lembab ada kemungkinan ke kena virus.. CP Jai dah semakin lembap, bukan pada sistem tapi bila buka internet..
    decrewz recently posted..Kering Idea Nak Buat Entry

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Mungkin kena clearkan Temporary Internet File tu…

    [Balas Komen]

    deCrewz Reply:

    Kalau banyak bookmark effect jugak ke?
    deCrewz recently posted..7 Perkara Jangan Diamalkan Selepas Makan

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bookmark tak effect…sebab dia hanya menyimpan sedikit sahaja info pada website tu. Yang menyebabkan lambat, cache file, temp internet file while you browsing any website on internet.
    Itu yang menyebabkan masa browsing tu lambat.
    Shaffik recently posted..Saya Fedup!! – N Gobalakrishnan

    [Balas Komen]

    decrewz Reply:

    Owh.. Nampaknya kena clerakan dululah semua…
    decrewz recently posted..Panduan Perjalanan Cuti Tahun Baru Cina 2011

    [Balas Komen]

  6. neo says:

    salam..

    just nak share.. last month sy drop by satu kedai komputer kat taiping.. lam dok belek2 komputer..tokey kedai dtg sapa.. n introduce software baru dia.. gile powerr.. nama speedboaster… dia yg design sendiri n tgh nak paternkan.. korang bayangkan.. dengan menggunakan komputer cap ayam..recon.. memory bawah 1G, disk space yg 98% full.. dia boleh bukak beratus2 file at one go.. play movie at same time n bukak few items lagi yg mmg kalau kat komputer biasa.. mmg terang2 dok hang.. dia caj 100 kalau x silap aku.. ini utk program yg speed up sume process n internet sekali.. kalau aku dgr cite org..maybe x pecaya.. tapi bila dah tgk ngan mata kepala sendiri.. aku memang geleng kepala.. x sangka komputer yg mmg dah tahap cipan boleh wat camtu bila dia install program dia..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ye ker..wah ni satu informasi bagus ni…ada website dia?

    [Balas Komen]

    ISHAK Reply:

    KT MANA ORG 2 JUAL SOFWARE

    [Balas Komen]

  7. mycy says:

    Jika pakai Window 7 OS,macam mana nak clearkan Temporary Internet files?
    mycy recently posted..Penghijrahan Saltmine

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Mungkin boleh ambik info kat sini :

    http://windows.microsoft.com/en-US/windows-vista/Delete-temporary-Internet-files

    http://support.microsoft.com/kb/260897

    [Balas Komen]

    mycy Reply:

    thanks bro…
    mycy recently posted..Penghijrahan Saltmine

    [Balas Komen]

  8. akuhann says:

    salam bro.. sy baru je jumpe blog ni.. so ade sedikit soalan.. sy guna laptop dell xps m1330 yg dah berusia.. guna windows 7 home basic je.. utk buat kerja2 pejabat mmg xde hal.. tp bab utk layan game mmg sudah x sepower mcm mula2 beli dulu.. game uk truck simulator (mmg suka layan game simulator).. padahal spec game tu mmg boleh layan kat dell xps sy ni.. tp bila main je dia lagging.. ape yg patut sy buat ye? utk info.. dell xps sy ni processor dia 2.4ghz.. ram 4gb.. kusut pun ade.. harap bro dpt tlg la.. sampai tahap main game ukts tu sy kene support dgn software gamebooster premium..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    OK…Mungkin guide di bawah boleh membantu .

    1) Ada install Antivirus tak kat laptop tu. Pastikan jangan lebih dari satu antivirus install kat laptop tu. Kalau tak ada, cari antivirus yang free, install dan buat full scan kat pc tu. Takut ada virus. Dah selalu update antivirus.

    2) Jika selalu melayari Internet, buangkan semua Internet Temporary files..sebab, kadang-kala itu membantu meringankan pc anda.

    3) Uninstall game tu dan gamebooster premium tu. Then hanya install game tu sahaja. Sebab pernah ada pengalaman mengenai booster2 ni. Itu yang menyebabkan pc jadi lambat. Bukak software tu baru ok. So root die Software tu yang jadi lambat bila di install.

    4) Buang software -software yang tidak selalu pakai kat komputer. Ini menyebabkan komputer startup jadi lambat. So kalau banyak software yang tak pakai, uninstall sahaja.

    5) Main game tu pakai network atau internet tak. Kalau tak pakai, unplugged network connection. Takut game tu terus direct connect to internet untuk update or everything. Kalau memang kena pakai Internet, Sudah pasti kelajuan internet tidak dapat menampung performance game tu sendiri. So ambil kira hal ini.

    Harap guide di atas dapat membantu. Kalau ada apa2 inform kat sini ya..

    [Balas Komen]

    akuhann Reply:

    terima kasih bro sebab sudi membantu.. antivirus mmg ade.. gamebooster dgn game tu sy dah uninstall.. lepas tu install semula gamenye.. sudah ok sikit performance dia (kurang lag.. tp still ada sikit2).. utk info laptop sy ni dah lama x format.. last format tahun 2010 bulan 3.. adekah itu jugak boleh jadi punca masalah? lagi 1.. masa beli dulu processor dia hanya 2.0Ghz.. tp jurujual tu ckp kasik upgrade processor jadi 2.4Ghz.. ram pun sama.. asal 2gb je.. tp dah tambah jadi 4gb.. bila sy cerita kat kawan2 pasal tukar processor laptop ni semua jadi pelik.. diaorg kata laptop tak boleh tukar processor.. tp laptop sy mmg dah tukar.. 2.0 ke 2.4..

    [Balas Komen]

  9. Nad says:

    Assalam..sy de mslah ckit ngn laptop sy, ble ukak internet j die scroll down sndiri..bile scroll up die scroll down alik..tension gk kekdg, menyakitkn ati j…leh kc tau pe problem ngan solution die..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Salam Nad,
    Kalau macam tu, saya nampak ada 3 kemungkinan.

    1) Periks Mouse yang Nad pakai tu. Mungkin conditionya sudah tidak berapa bagus. Cuba tukar pada USB port yang lain.

    2) Masalah Internet Explorer ataupun browser yang Nad gunakan untuk surfing Internet. Delete semua Temporary Internet File. Jika hanya menggunakan Internet Explorer, sila cuba gunakan Mozilla Firefox untuk browse Internet.

    3) Komputer sudah di serang Spyware atau Virus. Pastikan ada Antivirus di Install dan di update setiap masa.

    Periksa dahulu semua kemungkinan di atas.

    [Balas Komen]

  10. pohhang says:

    (www.ccleaner.com)
    download software ini dan install.
    baiki kesemua registry dlm pc, dan buang temporary files, cache, history files. memastikan pc anda berjalan lancar.

    (http://www.revouninstaller.com)
    download software ini dan install.
    uninstaller yang terbaik.

    antivirus akan menyebabkan pc anda ‘lag’ atau lembap.
    (www.drivevaccine.com)
    download software ini dan install “drive vaccine pc restore plus”.
    software ini dapat mengelakkan pc anda drpd dijangkiti KESEMUA VIRUS yang ada. Anda tak perlukan antivirus lagi jika mempunyai software ini.

    untuk bantuan, email pohhang@yahoo.com

    [Balas Komen]

    mimie Reply:

    ok ker software nih bro?

    [Balas Komen]

    pohhang Reply:

    saya dah lama gunakan software ni, pc saya lancar hingga skarang, x penah format pc saya pun…
    drive vaccine biasanya digunakan oleh pusat siber kafe…mereka x gunakan antivirus sebab pc akan jadi lembab…

    [Balas Komen]

  11. mimie says:

    salam bro..
    mimie nk tnya…mcmna nk cri drivers bluetooth for netbook model Acer AO Happy?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Salam.
    Cuba cari di sini : http://us.acer.com/ac/en/US/content/drivers

    [Balas Komen]

  12. mimie says:

    ble ker kita gunakan themes utk notebook? @ mana2 pc?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Salam Mimieu. Guna themes tak ada masalah. Cuma pastu theme file yang di download itu tidak mempunyai virus. Dan kurangkan theme-theme yang ada banyak animasi, sebab biasa animasi memerlukan special software untuk running. So tengok-tengok laa ya…

    [Balas Komen]

  13. noody says:

    salam bro…
    baru jumpa blog kamoo :)

    nk tnye skit…..kenapa ye laptop sy hang pastu was unable to start.pastu skrin jd cm tv yang siarannya tamat…berbelang2 warna-warni kot skrin dye….amat susah bg student cm sy nak wat esemen….asyik kne on off je laptop….laptop acer dah 3 taun pakai…aspire 2920

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Itu nampak gayanya macam display driver ada masalah.
    Pertama sekali, cuba update display driver.
    Kalau tak jalan juga, cuba format laptop tu. Insyall Windows yang baru. Bukan apa takut banyak file windows dah corrupted.
    Shaffik recently posted..Perisian AutoCAD Percuma

    [Balas Komen]

    noody Reply:

    macam 2 ye…:)

    thanks bro….saya akan cube…..

    takut gak…habis semua esemen yg dah disave hilang!hehehhe

    [Balas Komen]

  14. Lan says:

    bro,bleh ke ye kte tukar processor utk laptop compaq 435..klu bleh,pe jenis processor yg ok ngn laptop ni…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Untuk laptop ini ada complicated sikit untuk tukar Processor. Sebab kena tgk betul-betul spec motherboard laptop tu. Boleh atau tidak untuk upgrade Processor. Biasa motherboard ikut version. Takut motherboard yang awak ada tu tak boleh support processor yang terkini. Biasa macam tu. Even saya pun tak pernah cuba lagi sebelum ini. Biasanya upgrade RAM sahaja.
    Better rujuk kepada kedai yang awak beli tu.
    Shaffik recently posted..Subjek Pengurusan Kewangan Di Sekolah.

    [Balas Komen]

  15. man says:

    salam..ap mslh laptop sy. bler bkk google chrome,x ley.. bukak firefox, xley gak..bukak intnt browser, sama… bler pakai opera, br ley connect intnt.. tp sblm ni xde mslh pon.. sy pakai dell

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ok. Biasanya masalah ini adalah masalah brwoser.
    Apa yang saya boleh cadangkan ada, cuba remove semua chrome and mozilla tu. Then cuba install balik.
    Kalau awak boleh berikan error di chrome and mozilla tu lagi baik. Senang sikit nak trace apakah masalahnya.

    Thanks.

    [Balas Komen]

  16. adam says:

    salam,saya dah format lptop acer aspire4551series saya dan laptop saya lmbab sngt sehingga on pn kna tnggu 15mnit. On je dan kena tnggu 10mnit bgi screen starting up jer,,da mmber kata hrdisk@RAM or mtherboard yg rosak. btul ka,,???

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ok,
    Apa windows awak pakai ya? Mungking itu ada masalh dengan kekurangan RAM.
    Sebagai contohnya, jika awk menggunakan windows vista atau windows 7 RAM mestilah lebih daripada 3GB atau 4GB. Sebab kedua-dua windows itu memerlukan RAM yang tinggi.

    [Balas Komen]

  17. marvien says:

    Apa masalahnya? Laptop saya kadang-kadang skrin bertukar jadi warna hijau,tapi masih boleh diguna.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Biasa masalah macam tu ada kaittannya dengan LCD. LCD awak mungkin dah nak rosak. Kalau laptop ada warranty lagi, cepat2 beritahu Vendor berkenaan. Kalau x ada warranty, carilah kedai komputer yang sesuai untuk tukar lcd monitor tu ya.
    Shaffik recently posted..Lamanyer…..

    [Balas Komen]

  18. sham says:

    nak tanya pasal anti virus. masa saya beli laptop saya beli sekali anti virus kaspersky, dia ada bagi cd, saya dah guna setahun sekaran masuk tahun ke2, masalah sekarang bila bukak laptop je dia akan kuar anti virus expired, macam mana nak selelesaikan masalah ini? kena beli baru atau boleh update yang sedia ada?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Salam Sham,
    Mmg komputer baru biasanya akan di installkan antivirus…Tetapi biasanya antivirus itu ada period timenye..MMG kena upgrade atau kena bayar untuk tahun seterusnya…dan ini biasanay kedai komputer x cakap…:)
    better call kapersky untuk tanyerkan akan hal ini…
    Ataupun pakai sahaja Antivirus yg Free..

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge