Matangkan Diri Di Dalam Pekerjaan Anda.

By | January 26, 2011

Bila sahaja bercerita pasal soal kerja, pasti semua malas nak bercerita. Malas nak bercerita perkara yang sama setiap hari. Balik-balik cerita pasal perangai bos, rakan sekerja, soal gaji, bonus dan macam-macam lagi. Semua ada pendapat masing-masing mengenai hal ehwal di tempat kerja. Macam-macam ragam bila bercerita tentang kerja kan.

Tetapi bila menjadi seorang pekerja dan makan gaji, kita tidak terlepas daripada menghadapi situasi tegang bersama bos ataupun rakan sekerja. Lebih-lebih lagi bila berada di organisasi yang besar. Maklumlah, dah nama pun pekerja, sudah semestinya pelbagai cabaran dan dugaan yang harus di lalui.

Hari ini Shaffik.com akan berkongsi satu pengalaman yang ramai orang yang tak perasan. Aku akan berkongsi sedikit pengalaman bagaimanakah caranya untuk di senangi oleh Bos dan rakan sekerja. Ia amat penting untuk mendapat mood kerja yang baik di tempat kerja setiap hari. Pendek kata, ia juga membantu kita berasa selesa dan bahagia di tempat kita mencari rezeki. Bila selesa, barulah semangat untuk mencari rezeki kan.

Apakah perkara yang paling penting dalam mencari kebahagiaan dan di senangi oleh orang lain di tempat kerja? Satu jawapan yang paling tepat adalah kematangan. Nampak macam remeh. Tetapi inilah hakikatnya. Kematangan di dalam pekerjaan dan melakukan kerja-kerja harian amatlah penting. Ia bukan sahaja memberi kebaikkan pada diri sendiri, malah ianya juga memudahkan kerja-kerja harian kita.

Apa itu kematangan dalam kerja. ? Kematangan dalam kerja bermaksud sejauh mana kita menyelesaikan masalah-masalah di tempat kerja secara matang dan professional. Sejauh mana kita mampu untuk menjalankan tugas dengan sikap yang tenang dan matang.  Ianya bermula daripada kotak pemikiran kita semua. Jika kita selalu melatih minda untuk sentiasa berfikiran matang, segala kerja akan dapat di selesaikan dengan baik dan sempurna. Bukan itu sahaja, malah semua orang akan senang dengan kita.

Percaya atau tidak, dengan adanya kematangan dalam diri, segalanya akan menjadi lebih baik. Ia meliputi, kematangan berfikir, kematangan bersuara, kematangan memberikan pendapat, kematangan mematuhi undang-undang tempat kerja, kematangan dalam pergaulan sesama rakan sekerja, kematangan melakukan kerja dan sebagainya. Ada seorang rakan memberitahu aku,” jika seseorang itu berkerja dengan pemikiran yang matang, dia akan boleh pergi jauh. Tak semua orang-orang muda yang mempunyai kualiti pemikiran yang matang.”

Jadi bagaimana caranya untuk bermula dengan berfikir secara matang? Mudah sahaja. Latih minda untuk sentiasa berfikirah dengan positif. Jangan sekat minda dan pemikiran anda semua dengan perkara-perkara yang negatif. Sebab selalunya orang yang sentiasa berfikiran negatif itu lambat mencapai kematangan di dalam perkerjaan. Mereka sentiasa berfikiran negatif dan sentiasa mengeluh dengan kerja-kerja mereka. Sedangkan itu adalah tanggugjawab mereka sebagai seorang pekerja.  Ini adalah satu sikap yang tidak elok bila bekerja dalam satu organisasi. Dan kebiasaanya orang-orang macam inilah lebih menjurus kepada ego yang tinggi dan tidak di senangi oleh rakan-rakan sekerja yang lain.  Inilah hakikatnya.

Jadi untuk lebih di senangi oleh majikan dan rakan-rakan sekerja yang lain, terapkan dalam diri anda semua bahawa sentiasa berfikir, bertindak dan melakukan kerja dengan pemikiran yang matang. Insyallah segalanya akan menjadi lebih baik dalam melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pekerja.:)

5 thoughts on “Matangkan Diri Di Dalam Pekerjaan Anda.

  1. sangilapi

    kalaulah dalam kepala manusia itu ada menimbangkan akan perkara begini memang aman dunia setidak-tidaknya di alam pekerjaan itu sendiri 🙂

    selalu terdengar keluhan member yang makan gaji,bila rajin menyelesaikan tanggungjawab yang diberi,ada suara sumbang berbunyi “mau bodek pihak atasan ke ?” 🙁
    sangilapi recently posted..PR 2011 dah updateMy Profile

    Reply
  2. deCrewz

    Bdah berfikiran negative 2 yang sussah, kje pun x tentu hala, nak kje pun xde modd.. Kadang2 bila kita berfikiran positif, ada pulak member2 yang berfikiran negative, itu yang menghasut dan kadang2 buatkan kita pun skali terjerumus..
    deCrewz recently posted..Kering Idea Nak Buat EntryMy Profile

    Reply
    1. Shaffik

      Memang ramai lagi member yang masih berfikiran negatif. Macam mana nak tanggani masalah tu? Senang je, kalau di ajak berfikiran negatif, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
      Sebab dia tak membantu. Bukan sombong tetapi itu untuk kebaikan.
      Shaffik recently posted..Matangkan Diri Di Dalam Pekerjaan AndaMy Profile

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge