Wah ini menjadi satu lagi persoalan kepada semua. Lebih -lebih lagi orang-ornag yang bukan menulis blog. Sesekali mesti mereka terfikir bila lah masanya penulis-penulis blog ini mengupdate blog? Macam manalah blogger semua mengarang ayat untuk menghasil sesuatu entri?
Macam-macam soalan yang bermain di fikiran mereka semua. Usah risau atau gundah gulana. Shaffik.com akan memberitahu jawapannya. Jika ada yang bertanyakan soalan diatas jawapan nya hanya satu. Setiap masa atau bila-bila masa sahaja seorang blogger itu boleh mengupdate blog. Ia tidak tertakluk pada mana-mana syarat yang khusus.
Semua blogger-blogger kental berkeupayaan mengupdate blog pada bila-bila masa. Cuma mereka ada jadual atau masa mereka sendiri. Ada yang memilih sebelah malam, ada yang memilih selepas subuh, ada yang memilih sebelah pagi, ada juga petang malah ada juga setiap satu jam. Haa? Kenapa tak percaya?
Bagi shaffik.com, proses mengupdate blog lebih sesuai di pilih pada waktu malam. Bukan apa, aku penulis blog sambilan buat masa ini. Masa yang terluang adalah sebelah malam. Kadang-kadang ada juga sebelah pagi. Tetapi tengok keadaan. Kiranya 80% dari kesemua entri di Shaffiki.com di tulis pada waktu malam.
Bukan setakat ada masa pada waktu malam sahaja, malah aku memilih sebelah malam sebab ianya lebih tenang dan lebih sunyi. Ya la, bila anak dan isteri dan masuk tidur, masa itulah proses-proses update blog di lakukan. Ketenangan pada sebelah malam juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan entri tau. Maksudnya suasana yang lebih tenang, lebih hebatlah entri yang di hasilkan. Insyallah. Aku tak pernah pulak jumpa orang boleh berkarya di suasana bingit. Tapi tak tau laa kalau ada orang yang boleh buat macam tu kan. Sememangnya dia hebat.
Sebenarnya, setiap blogger ada masa-masa tersendiri untuk mengupdate blog. Sama ada mematuhi disiplin diri sendiri untuk mengupdate blog, mengelakkan blog bersarang begitu lama ataupun mengejar waktu-waktu puncak untuk menarik perhatian pengunjung. Itu terpulanglah pada diri blogger masing-masing. Yang pentingnya, blog itu tidak mati dan terus menerima pengunjung kan.
Jadi kawan-kawan semua macam mana? Bilakah waktu yang sesuai bagi anda untuk mengupdate blog?











Twitter Updates

Bagi aku, tiada waktu-waktu yang khusus bila aku update blog. Asal ada idea dan tidak menggangu aku untuk menulis, bila-bila masa pun boleh. Waktu aku post entri pun tak tentu. Kadang-kadang sebelah malam, kadang-kadang petang.
RedBoys recently posted..Adab Sebelum Menunaikan Fardhu Jumaat
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 17th, 2011 at 10:51 am
Maksudnya, apa sahaj yang terlintas, ada masa terus tulis ya bro..Wah ini memang hardocre berblogging nie…
[Balas Komen]
RedBoys Reply:
January 17th, 2011 at 8:56 pm
ye, betul tu bro. apa sahaja yang terlintas. kadang2 idea datang sendiri, serta merta akan tulis. agar tidak lupa terus. kadang2 terus tulis sampai habis jika ada banyak waktu ketika itu.
RedBoys recently posted..Bagaimana Menarik Pengunjung Ke Blog Anda
[Balas Komen]
lebih suka setelah melepasi tengah malam sebab cuaca ketika itu begitu nyaman !
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 14th, 2011 at 9:05 am
Betu tu bro..malam-malam nyaman sikit. Di tambah pula dengan air kopi atau teh kat sebelah…ermmm…
[Balas Komen]
ada yang diupdate tak kira masa – tiba2 dapat idea
entri suka suka ringan dan simple
ada yang diupdate sikit2 – contoh untuk tutorial/ isu lebih berat – kadang2 berhari2
Kujie recently posted..Keluarga Saya Bela Anjing
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 14th, 2011 at 9:48 am
Kalau kak jie yang saya tengok, macam tak kira masa. Mungkin bila ada idea Kak Jie terus tulis. Betul ke kak?
Shaffik recently posted..Waktu Sesuai Update Blog
[Balas Komen]
dulu aku suka waktu malam (sebenarnya dah pagi sebab selepas jam 12 mlm). tenang dan damai, idea seperti mencurah-curah.
tapi kini, aku memilih waktu pagi antara subuh hingga jam 11. ini semua berkaitan dengan waktu tidur dan suasana kampung yang sangat sunyi ditambah bunyi-bunyian cengkerik yang sebabkan mengantuk.
pagi di kampung pun sunyi.
megat recently posted..Gejala buli- masa depan yang gelap
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 14th, 2011 at 9:49 am
Ooo macam tu pulak eh bro. Eh bro duduk mana sekarang? Kat Kota Tinggi ker?
Shaffik recently posted..Waktu Sesuai Update Blog
[Balas Komen]
aku baru saje nak idupkan kembali tip berblog kat blog aku yang sudah lama ditinggalkan….
dulu masa kali pertama atau pun orang kata 1st entri nak publish ke dunia maya ni aku tulis kat kertas kemudian salin balik….pergh lama gila ambil masa…hahaha
sekarang paling best menulis blog time xde keje la….disbabkan aku masih belajar ad 3 subjek lagi untuk dihabiskan aku dah ala-ala full time blogger belajarnya pulak jadi part time…
malam ke siang ke seme aku bantai aje…tapi untuk entri yang mengenai idea sendiri aku lebih suka macam abg megat…selapas kul 12 ketika keadaan tenang
mazuki memang hensem recently posted..Kesan Terbakar Badan Pelakon Filem Bara Jiwa – Raffi Husin
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 17th, 2011 at 10:44 am
Betul tu bro…lepas pukul 12 memang lebih tenang.
[Balas Komen]
setiap waktu adalah bernilai…malam lebih indah…siang lebih hangat…
princeduyong recently posted..KAU YANG BERNAMA ANJING
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 17th, 2011 at 10:45 am
Malam dingin. Sebab tu ianya lebih tenang kan. Siang hari bukan setakat hangat dengan cuaca. Malah hangat dengan kerja-kerja yang banyak kan.
[Balas Komen]
kepada shaffik.com mungkin plugin ini boleh membantu anda untuk selasaikan masalah realted post thumbnail anda yang tak kua itu
http://wordpress.org/extend/plugins/related-posts-thumbnails/
dan tak perlu lagi menggunakan LinkWithin…
selamat mencuba
mazuki memang hensem recently posted..Kesan Terbakar Badan Pelakon Filem Bara Jiwa – Raffi Husin
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 17th, 2011 at 10:45 am
Thanks bro..Nanti aku try masukkan.
[Balas Komen]
Jai xde tetap bila nak update.. DIsebabkan masa kje yang ketat & ikut syif, terpaksala update bila rasa senang..he3
deCrewz recently posted..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 17th, 2011 at 10:47 am
Erm…susah bro kalau blogging part time macam bro. Lebih-lebih lagi kerja ikut shift. Tak mengapa, yang penting semangat untuk mengupdate blog tak akan pudar.
[Balas Komen]
decrewz Reply:
January 18th, 2011 at 5:34 pm
Itulah.. Pasal tu la entry kdg2 3 hari baru update sekali je..he3.
decrewz recently posted..Tips Kecilkan Saiz Blog
[Balas Komen]
Kalau saya,biasanya sama dgn Shafik..waktu malam,lebih tenang..kadang2 tu bila mood dan otak dalam keadaan fresh saya update juga…
mankuchai recently posted..Derma darah – Tip untuk derma darah
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 17th, 2011 at 10:48 am
Malam juga ye bro..Sama lah kita.
[Balas Komen]
sebenarnya ada masa-masa kritikal yg membolehkan kita update blog.law kita taw masa-masa tu.mmg senang ar nak up trafik =)
Faisal recently posted..Buat Duit Dengan BlogBenar atau Rekaan
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 17th, 2011 at 10:49 am
Haa..Faisal sememangnya tahu bilakah masa-masa yang sesuai untuk update blog. Erm….kena korek rahsia ni.
[Balas Komen]
aku tak der khusus untuk update blog ni, kalau sempat malam aku buat, pagi petang semuanya
tetapi waktu paling ideal untuk aku ialah waktu malam lepas wife ngan anak tidur
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 17th, 2011 at 10:50 am
Hahahaha..sama lah kita..bila anak dan isteris dah tidur..baru lah kita bekerja untuk mengupdate blog kan…
[Balas Komen]
bagus entri ni. waktu tenang lebih mudah untuk tulis entri.
ummuuswah recently posted..Dapatkan RM500 Anda Di sini !
[Balas Komen]
aku tulis bila ada idea jer..hehehe
[Balas Komen]