Waktu Sesuai Update Blog.

By | January 13, 2011

Wah ini menjadi satu lagi persoalan kepada semua. Lebih -lebih lagi orang-ornag yang bukan menulis blog. Sesekali mesti mereka terfikir bila lah masanya penulis-penulis blog ini mengupdate blog? Macam manalah blogger semua mengarang ayat untuk menghasil sesuatu entri?

Macam-macam soalan yang bermain di fikiran mereka semua. Usah risau atau gundah gulana. Shaffik.com  akan memberitahu jawapannya. Jika ada yang bertanyakan soalan diatas jawapan nya hanya satu. Setiap masa atau bila-bila masa sahaja seorang blogger itu boleh mengupdate blog. Ia tidak tertakluk pada mana-mana syarat yang khusus.

Semua blogger-blogger kental berkeupayaan mengupdate blog pada bila-bila masa. Cuma mereka ada jadual atau masa mereka sendiri. Ada yang memilih sebelah malam, ada yang memilih selepas subuh, ada yang memilih sebelah pagi, ada juga petang malah ada juga setiap satu jam. Haa? Kenapa tak percaya?

Bagi shaffik.com, proses mengupdate blog lebih sesuai di pilih pada waktu malam. Bukan apa, aku penulis blog sambilan buat masa ini. Masa yang terluang adalah sebelah malam. Kadang-kadang ada juga sebelah pagi. Tetapi tengok keadaan. Kiranya 80% dari kesemua entri di Shaffiki.com di tulis pada waktu malam.

Bukan setakat ada masa pada waktu malam sahaja, malah aku memilih sebelah malam sebab ianya lebih tenang dan lebih sunyi. Ya la, bila anak dan isteri dan masuk tidur, masa itulah proses-proses update blog di lakukan. Ketenangan pada sebelah malam juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan entri tau. Maksudnya suasana yang lebih tenang, lebih hebatlah entri yang di hasilkan. Insyallah. Aku tak pernah pulak jumpa orang boleh berkarya di suasana bingit. Tapi tak tau laa kalau ada orang yang boleh buat macam tu kan. Sememangnya dia hebat.

Sebenarnya, setiap blogger ada masa-masa tersendiri untuk mengupdate blog. Sama ada mematuhi disiplin diri sendiri untuk mengupdate blog, mengelakkan blog bersarang begitu lama ataupun mengejar waktu-waktu puncak untuk menarik perhatian pengunjung. Itu terpulanglah pada diri blogger masing-masing. Yang pentingnya, blog itu tidak mati dan terus menerima pengunjung kan.

Jadi kawan-kawan semua macam mana? Bilakah waktu yang sesuai bagi anda untuk mengupdate blog?

26 thoughts on “Waktu Sesuai Update Blog.

  1. RedBoys

    Bagi aku, tiada waktu-waktu yang khusus bila aku update blog. Asal ada idea dan tidak menggangu aku untuk menulis, bila-bila masa pun boleh. Waktu aku post entri pun tak tentu. Kadang-kadang sebelah malam, kadang-kadang petang.
    RedBoys recently posted..Adab Sebelum Menunaikan Fardhu JumaatMy Profile

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Maksudnya, apa sahaj yang terlintas, ada masa terus tulis ya bro..Wah ini memang hardocre berblogging nie…

      Reply
  2. Kujie

    ada yang diupdate tak kira masa – tiba2 dapat idea
    entri suka suka ringan dan simple

    ada yang diupdate sikit2 – contoh untuk tutorial/ isu lebih berat – kadang2 berhari2
    Kujie recently posted..Keluarga Saya Bela AnjingMy Profile

    Reply
  3. megat

    dulu aku suka waktu malam (sebenarnya dah pagi sebab selepas jam 12 mlm). tenang dan damai, idea seperti mencurah-curah.

    tapi kini, aku memilih waktu pagi antara subuh hingga jam 11. ini semua berkaitan dengan waktu tidur dan suasana kampung yang sangat sunyi ditambah bunyi-bunyian cengkerik yang sebabkan mengantuk.

    pagi di kampung pun sunyi.
    megat recently posted..Gejala buli- masa depan yang gelapMy Profile

    Reply
  4. mazuki memang hensem

    aku baru saje nak idupkan kembali tip berblog kat blog aku yang sudah lama ditinggalkan….

    dulu masa kali pertama atau pun orang kata 1st entri nak publish ke dunia maya ni aku tulis kat kertas kemudian salin balik….pergh lama gila ambil masa…hahaha

    sekarang paling best menulis blog time xde keje la….disbabkan aku masih belajar ad 3 subjek lagi untuk dihabiskan aku dah ala-ala full time blogger belajarnya pulak jadi part time…

    malam ke siang ke seme aku bantai aje…tapi untuk entri yang mengenai idea sendiri aku lebih suka macam abg megat…selapas kul 12 ketika keadaan tenang
    mazuki memang hensem recently posted..Kesan Terbakar Badan Pelakon Filem Bara Jiwa – Raffi HusinMy Profile

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Malam dingin. Sebab tu ianya lebih tenang kan. Siang hari bukan setakat hangat dengan cuaca. Malah hangat dengan kerja-kerja yang banyak kan.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Erm…susah bro kalau blogging part time macam bro. Lebih-lebih lagi kerja ikut shift. Tak mengapa, yang penting semangat untuk mengupdate blog tak akan pudar.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Haa..Faisal sememangnya tahu bilakah masa-masa yang sesuai untuk update blog. Erm….kena korek rahsia ni.

      Reply
  5. mijie

    aku tak der khusus untuk update blog ni, kalau sempat malam aku buat, pagi petang semuanya

    tetapi waktu paling ideal untuk aku ialah waktu malam lepas wife ngan anak tidur

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Hahahaha..sama lah kita..bila anak dan isteris dah tidur..baru lah kita bekerja untuk mengupdate blog kan…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.