Aku baru sahaja menyaksikan siaran secara langsung Anugerah Juara Lagu ke 25. Malam ini memang aku peruntukkan masa aku untuk menyaksikan Anugerah yang berprestij ini. Sebab apa? Sebabnya aku sememangnya minat dengan muzik. 14 lagu di pertandingkan. Black, Yuna, Ana Rafali, Meet Uncle Hussin, Hujan, Faizal Tahir, Stacy, Shahir dan Adira masing-masing mempersembahkan lagu hits mereka.
Aku sempat berbual dengan isteri aku sebelum berlangsungnya Anugerah Juara lagu. Pada mulanya aku menjangkakan Black akan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25 kali ini. Tetapi ternyata salah sangkaan aku. Ana Rafali telah menjuarai Anugerah Juara lagu ke-25 pada malam ini.
Ana Rafali yang pertama kali memasuki Anugerah Juara Lagu telah mengejutkan orang ramai pada malam ini. Bukan setakat itu sahaja, malah Ana Rafali juga telah menewaskan beberapa nama besar di industri muzik tanahair. Wow, ini sungguh menakjubkan.
Pada mula pembabitan Ana Rafali bermula dengan penulisan lirik lagu sekadar mengisi masa lapang. Pendek katanya sekadar suka-suka. Dengan menggunakan pengaruh internet, Ana Rafali mengupload lagu-lagu ciptaannya di Youtube. Di sinilah segalanya bermula.
Bakat Ana Rafali di hidu oleh Aidit Alfian seorang lagu komposer terkenal. Siapa yang tak kenal dengan Aidit Alfian kan? Yang lebih meyakinkan lagi, Ana Rafali di sunting oleh Aidit untuk bernaung di bawah labelnya Aidit Alfian Record. Bermulalah titik tolak Ana Rafali meneruskan karya seninya dalam industri muzik.
Yang unik Ana Rafali adalah dia membuat persembahan dengan baju kurungnya. Ini yang menambahkan lagi seri Ana Rafali sebagai artis melayu. Bukan calang-calang, dia bukan perempuan melayu biasa, tetapi dia berupaya mengubah lagu dan menulis lirik lagunya sendiri. Sememangnya dia sungguh hebat dan berbakat.
Dia membuktikannya pada malam ini. Lagu ciptaannya sendiri mengangkat Ana Rafali ke satu lagi tahap yang boleh di banggakan. Lagu “Tolong Ingatkan Aku” di angkat sebagai Anugerah Juara Lagu ke-25 malam ini. Terkejut? Tetapi itulah realitinya. Itulah kehebatan Ana Rafali.
Apa yang aku perhatikan di sini, betapa besarnya kuasa atau penangan internet pada masa ini. Pelbagai sumber yang boleh kita rujuk dan jadikan sebagai medium untuk terus berkarya. Ingat lagi bagaimana Justin Bieber di kesan oleh Scoot Braun melalui You Tube? Inilah yang berlaku juga pada Ana Rafali. Jadi mereka setanding kan. Cuma Ana Rafali belum lagi ke seluruh dunia.
Lihatlah betapa hebatnya penangan Youtube pada kita semua pada masa kini. Jadi kalau ada kawan-kawan yang berbakat mengubah lagu, jangan sengan silu uploadkan di Youtube. Manalah tau, Justin Timberlake lihat dan sukakan anda kan? 🙂
Lihat Video Ana Rafali “Tolong Ingatkan Aku”.
Kalau dia benar2 jaga imej dia…Msia mungkin ada penganti Dato Siti….
mankuchai recently posted..Adakah kita bersyukur
Itu yang kita mahukan. Walaupun berbaji kurung tetapi tetap boleh berkarya kan.
Shaffik recently posted..Ana Rafali Setaraf Dengan Justin Bieber
lepas kemunculan yuna,ana pulak muncul,lepas ni kalau minah sorang ni habis study maka akan muncul seorang lagi penyanyi wanita bertemankan gitar – mahir main alat muzik dan berbakat menghasilkan lagu dan lirik 🙂
apa yang menarik ketiga-tiga wanita ni sering berkongsi pentas seketika dulu termasuklah fynnjamal 🙂
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
Wei bro yer ka…aku masih igt lagi pasal fynn jamal tu..kalau tak silap dia yang datang kelas ijat dulu kan..aper blog dia bro?
Shaffik recently posted..Ana Rafali Setaraf Dengan Justin Bieber
fynn semakin malas untuk menulis atas beberapa sebab 🙁 [puisitepijalan,dia guna blogspot]
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
ana ni memg berbakat,cuma kat luar sne still rmai lg org yg xnmpk bakat dia.sbb tu rmai x puas hati ana ni memg smlam.papehal pun,ana ni memg best 😉
Memang dia hebat. Malam Anugerah Juara Lagu membuktikan dia sememangnya unik.
Aku semakin meminati pulak Ana Rafali. Bila aku tahu dia selalu pakai baju kurung even masa perform…lagi sweet…buat aku lagi minat…huhu…
ShahAlamDude recently posted..Will There Ever Be A Public Hospital In Shah Alam
Itulah keunikkan Ana Rafali. Walaupun berbaju kurung, tetapi telah boleh berkarya kan.
Shaffik recently posted..Waktu Sesuai Update Blog
sekarang af pun nak kutip artis dr youtube la..
Ujibakat Akademi Fantasia Secara Online Menerusi Youtube
ecah recently posted..Download Tiramisu Slot Akasia TV3
Heheheh..biasa laa persaingan sengit sekarang ni…
anna rafali sama mcm taylor swift
taylor swift buat persembhan pakai dress & gitar
anna rafali pkai bju kurung & gitar
satu satunya artis melayu pertama yg aku minat . hha
Sebab baju kurung tulah yang menampilkan Anna Rafali sebagai anak melayu. Itu yang salute tu.