Ana Rafali Setaraf Dengan Justin Bieber.

By | January 10, 2011

Aku baru sahaja menyaksikan siaran secara langsung Anugerah Juara Lagu ke 25. Malam ini memang aku peruntukkan masa aku untuk menyaksikan Anugerah yang berprestij ini.  Sebab apa? Sebabnya aku sememangnya minat dengan muzik. 14 lagu di pertandingkan. Black, Yuna, Ana Rafali, Meet Uncle Hussin, Hujan, Faizal Tahir, Stacy, Shahir dan Adira masing-masing mempersembahkan lagu hits mereka.

Aku sempat berbual dengan isteri aku sebelum berlangsungnya Anugerah Juara lagu. Pada mulanya aku menjangkakan Black akan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25 kali ini.  Tetapi ternyata salah sangkaan aku. Ana Rafali telah menjuarai Anugerah Juara lagu ke-25 pada malam ini.

Ana Rafali yang pertama kali memasuki Anugerah Juara Lagu telah mengejutkan orang ramai pada malam ini. Bukan setakat itu sahaja, malah Ana Rafali juga telah menewaskan beberapa nama besar di industri muzik tanahair. Wow, ini sungguh menakjubkan.

Pada mula pembabitan Ana Rafali bermula dengan penulisan lirik lagu sekadar mengisi masa lapang. Pendek katanya sekadar suka-suka. Dengan menggunakan pengaruh internet, Ana Rafali mengupload lagu-lagu ciptaannya di Youtube. Di sinilah segalanya bermula.

Bakat Ana Rafali di hidu oleh Aidit Alfian seorang lagu komposer terkenal. Siapa yang tak kenal dengan Aidit Alfian kan? Yang lebih meyakinkan lagi, Ana Rafali di sunting oleh Aidit untuk bernaung di bawah labelnya Aidit Alfian Record. Bermulalah titik tolak Ana Rafali meneruskan karya seninya dalam industri muzik.

Yang unik Ana Rafali adalah dia membuat persembahan dengan baju kurungnya. Ini yang menambahkan lagi seri Ana Rafali sebagai artis melayu. Bukan calang-calang, dia bukan perempuan melayu biasa, tetapi dia berupaya mengubah lagu dan menulis lirik lagunya sendiri.  Sememangnya dia sungguh hebat dan berbakat.

Dia membuktikannya pada malam ini. Lagu ciptaannya sendiri mengangkat Ana Rafali ke satu lagi tahap yang boleh di banggakan. Lagu “Tolong Ingatkan Aku” di angkat sebagai Anugerah Juara Lagu ke-25 malam ini.  Terkejut? Tetapi itulah realitinya. Itulah kehebatan Ana Rafali.

Apa yang aku perhatikan di sini, betapa besarnya kuasa atau penangan internet pada masa ini. Pelbagai sumber yang boleh kita rujuk dan jadikan sebagai medium untuk terus berkarya.  Ingat lagi bagaimana Justin Bieber di kesan oleh Scoot Braun melalui You Tube? Inilah yang berlaku juga pada Ana Rafali.  Jadi mereka setanding kan. Cuma Ana Rafali belum lagi ke seluruh dunia.

Lihatlah betapa hebatnya penangan Youtube pada kita semua pada masa kini. Jadi kalau ada kawan-kawan yang berbakat mengubah lagu, jangan sengan silu uploadkan di Youtube. Manalah tau, Justin Timberlake lihat dan sukakan anda kan? 🙂

Lihat Video Ana Rafali “Tolong Ingatkan Aku”.

13 thoughts on “Ana Rafali Setaraf Dengan Justin Bieber.

  1. sangilapi

    lepas kemunculan yuna,ana pulak muncul,lepas ni kalau minah sorang ni habis study maka akan muncul seorang lagi penyanyi wanita bertemankan gitar – mahir main alat muzik dan berbakat menghasilkan lagu dan lirik 🙂

    apa yang menarik ketiga-tiga wanita ni sering berkongsi pentas seketika dulu termasuklah fynnjamal 🙂
    sangilapi recently posted..bengkel blackberryMy Profile

    Reply
  2. cik shabah

    ana ni memg berbakat,cuma kat luar sne still rmai lg org yg xnmpk bakat dia.sbb tu rmai x puas hati ana ni memg smlam.papehal pun,ana ni memg best 😉

    Reply
  3. lisa

    anna rafali sama mcm taylor swift

    taylor swift buat persembhan pakai dress & gitar
    anna rafali pkai bju kurung & gitar
    satu satunya artis melayu pertama yg aku minat . hha

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Sebab baju kurung tulah yang menampilkan Anna Rafali sebagai anak melayu. Itu yang salute tu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.