Asam Garam Seorang Photographer.

By | January 7, 2011

Entri ini terhasil apabila sudah tidak tahan lagi menanggung kepedihan dan kemarahan dalam hati. Sudah lama aku pendamkan. Mulanya berat untuk bercerita, tetapi ia seolah menjadi tanggungjawab untuk aku menyampaikannya. Ia bukan sekadar satu cerita, tetapi ia juga satu peringatan pada semua.

Mungkin ada yang perasan, aku telah nyatakan di facebook dua tiga hari yang lalu. Perasaan marah yang tak terkira timbul bila ada rasa teraniaya dalam hati. Arghh…geram pun ada. Ini adalah berkisar dengan satu lagi kerja sambilan aku di hujung minggu. Apa lagi kalau bukan Wedding Photographer.

Bila sebut sahaja pasal wedding photographer, sudah pasti pelanggan yang paling sinonim dengannya adalah juru andam ataupun mak andam ataupun pak andam. Pada awal bulan Disember lalu, aku diberikan satu tugas oleh seorang juruandam yang bertapak di Kota Tinggi.

Aku pun baru sahaja kenal dengan juru andam ni. Ini adalah tugasan atau job yang ke-3 aku dengan dia. 2 tugasan yang awal, aku di layan bagaikan anak emas. Payment cantik. Full dan tiada masalah. Mungkin dia amat berpuas hati dengan hasil aku. Jadi untuk job yang ke-3, aku tanpa berfikir panjang terus ambil.  Pada mula agak berat, tetapi dia minta pertolongan untuk aku pergi melakukan tugasan tersebut di Parit Raja Batu Pahat.

Bukan nak ungkit, tetapi terpaksa beritahu. Upah yang ingin di berikan dengan aku tidak setimpal dengan kerja yang aku lakukan. Tetapi atas dasar percaya, atas dasar kawan dan atas dasar hormat, aku gagahkah diri membuat tugasan di sana. Kebetulan kedua mempelai itu adalah rakan sekerja aku. Itu lebih buat aku bersemangat untuk menunjukkan hasil fotografi aku.

Dua hari aku berkampung di Parit Raja Batu Pahat Johor. Walaupun upahnya tidak setimpal, tetapi gagahkan diri untuk meneruskan tugasan yang diberi. Sebab orang sudah percaya jadi aku harus pulangkan kepercayaan itu dengan hasil yang berkualiti. Ini adalah satu tanggungjawab yang perlu aku lunaskan dengan baik. Layanan dari keluarga pengantin memang tip top. Semuanya sporting dan ianya lebih memudahkan kerja-kerja aku. Setelah kerja semua selesai, aku pulang dengan rasa senang hati. Terus bersemangat untuk kerja-kerja editing untuk di hantar ke kedai gambar pada minggu depannya.

Dua minggu selepas itu, gambar pengantin sudah pun siap. Aku terus beritahu juruandam berkenaan yang gambarnya susah siap. Albumnya nak di hantar terus kepada pengantin atau beri pada dia? Kalau hantar pada pengantin, macam mana pula dengan bayaran bakinya? Dia jawab, jangan bagi kepada pengantin dulu, sebab ada pengantin ada masalah sikit dengan dia. Eh, mengapa pula dia ada masalah dengan pengantin, bayaran baki kerja-kerja aku pun di tangguhkan? Aku mula rasa tak sedap hati.

Aku terus hubungi pengantin bertanyakan hal sebenar. Memang dia ada masalah. Juruandam berkenaan meminta bayaran tambahan lagi kerana ada silap faham antara mereka mengenai isu baju. Alamak, ini membuatkan aku terus rasa curiga. Mengapa masalah ini mengheret aku bersama?  Juruandam itu berjanji akan melunaskan bayaran baki sepenuhnya bila album siap. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati.

Dua hari selepas itu, dia hantar sms, “Hantar album pada pengantin, dan ambil duit rm250”. Aku lega sikit. Aku terus berikan album kahwin itu kepada pengantin dan ambil duit. Sepatutnya masih ada lagi baki yang patut di lunaskan oleh juruandam berkenaan. Dia berjanji akan menyelesaikan bayaran baki itu dalam masa yang terdekat.

Lepas seminggu tanpa khabar berita. Aku cuba telefon, tapi tak angkat. Aku sms tak jawab. Sampai hari ni, semua senyap. Dia seolah-olah melarikan diri dari aku. Seolah-olah tak nak bayar baki tu. Dalam hati jahat aku terus berkata ” dia nak tipu aku ke ni?, Memang tak boleh percaya mamat ni!!!!!”. Mengapa dia tak mahu selesaikan semua baki bayaran tu? Sudah berminggu-minggu aku menunggu dan terus menunggu. Arghhh, boleh buat tension macam ni. Bukan sebab aku tak ada duit, sebab aku tak puas hati mengapa dia cuba nak menipu aku. Ini paling pantang dalam hidup aku.

Mula-mula merayu mintak bantuan. Bila semua kerja selesai, macam ni pula jadinya. Untuk Juruandam yang bernama H*****, tolong buat bayaran baki pada aku. Jangan sampai aku bertindak di luar batasan. Memang tak banyak mana pun, tetapi cara yang di tunjukkan tu salah. Menipu bukan cara untuk kau terus maju. Percayalah kau akan kecundang tergolek-golek nanti. Harus di ingat, jangan ingat kau akan terus senang!!!. Jangan ingat kau boleh buat macam pada semua photographer.   Satu hari nanti kau akan  tumbang dan tak bangun-bangun lagi. Tuhan MAHA adil. Jika bayaran baki itu terus tidak di jelaskan, kau akan menerima balasanya!. Insyallah.

14 thoughts on “Asam Garam Seorang Photographer.

  1. sangilapi

    memang perit bro kalau kena kencing ni ! 🙁
    kadang-kadang orang kaki kencing ni ingat semua orang dia boleh kencing,aku geleng kepala tengok perangai manusia yang perangai macam ni.

    ikut hukum pun,upah seseorang tu kena bayar sebelum keringatnya kering tapi kadang-kadang sampai poket kering pun upah belum nampak bayang.

    tapi aku harap kau tak kena kencinglah.
    sangilapi recently posted..bengkel blackberryMy Profile

    Reply
  2. ulik

    ko tampo je sampai dia berubah jadi lelaki sejati bro..
    baru dia tahu sapa ko…hahahaha~

    Reply
      1. ulik

        hahahha~ yang nak tumpang ko ke batu pahat tu ker?…
        kalau aku jadi ko memang aku belasah je,sampai kuor SUARA JANTAN!!!…
        ADOIIIIII!!!!!…hahahha.

        Reply
  3. megat

    rasanya perkara macam ni dah banyak berlaku. tapi untuk mereka yang tahu menage bisnes, perkara seperti ini dianggap SERIUS!

    jangan kerana tipu seorang, bisnes hancur. hati manusia memang kita tak boleh nak baca. huhu.
    megat recently posted..Harimau yang berimanMy Profile

    Reply
  4. Nadri

    bengang mmg bengang bro..penat dpt, tp duit tak masuk..tp dunia nie bukannya besar mana pon, lambat laun akan ketemu juga..takkan mak andam tu nak duduk dkt rumah shj..apa yg penting, ko dpt sesuatu pengalaman yg paling berharga dlm hidup..
    Nadri recently posted..Mee Rebus Hj WahidMy Profile

    Reply
  5. mizan

    saborla pik…
    aku pon pnah terkena,tp masa tu aku ilang sabar dan terbang lens 50mm aku baling kat tuan umah..gambo nak tp byr separuh.
    aku fedup,dari amek gambo kawin baik aku jadikan sebagai hobi..

    Reply
  6. zahir

    gitu le gayanya jurugambar ni…klu x mak andam,pengantin tu plak yg kencing…
    satu lagi gambo nak yg kelas gitu…harga nak yg serendah yg boleh…letih oo nak layan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge