Ini adalah satu video di mana Karam Singh Walia di minta meminta maaf pada semua rakyat Malaysia. Dia pernah mengatakan bahawa bangsa melayu bukan berasal dari Malaysia dan juga bukan berasal dari Indonesia. Ia telah menimbulkan perasaan kurang senang bagi orang melayu. Mungkin tak semua tetapi segelintir sahaja yang berang dengan ungkapan yang di keluarkan oleh Karam Singh Walia.
Ada juga beberapa perkataan kesat yang di keluarkan oleh Karam Singh Walia. Ini adalah pengamatan aku melalui video di bawah. Tetapi aku tidak pasti adakah Karam Sigh Walia mengungkapkannya ataupun tidak. Ini adalah pendapat peribadi aku sebagai orang melayu dan rakyat Malaysia.
Pada aku, sememangnya Karam Sigh Wali bersalah kerana mengungkapkan perkataan sedemikian. Kerana kelantangan suaranya yang membuatkan orang melayu marah. Memang tidak di nafikan, Karam Singh Walia lantang bersuara pada isu-isu alam sekitar. Tetapi isu ini membuatkan ramai orang marah. Ramai orang naik angin. Ini adalah satu pengajaran bagi Karam Sing Walia. Samada sedar atau tidak, sedikit sebanyak dia telah menimbulkan provokasi. Isu bangsa, kaum dan agama tersangatlah sensitif. Ia tidak boleh di permain-mainkan.
Video di atas, Karam Sigh Walia telah pun memohon maaf secara terbuka. Nampak dia berasa bersalah dan mengaku salah. Soal perkataan sakai dan lancau tu, aku pun tak pasti. Kalau kawan-kawan semua pernah mendengarnya, mungkin boleh buat ulasan sedikit.
Jadi haruskah Karam Sigh Walia di maafkan? Aku pasti semua rakan-rakan di luar sana boleh berfikir dengan bijak. Sebagai seorang orang Melayu dan Islam yang waras, harap kita semua mampu berfikir dengan tenang akan hal ini. Usah panjangkan lagi isu ini. Usah pula kaitkan isu ini dengan politik. Ingat orang melayu bijak dan pandai. Usah dicemarkan lagi dengan memanjangkan isu-isu yang sebegini. Banyak lagi perkara yang lebih penting lagi yang harus kita fikirkan. Renung-renungkan….
lah.. baru tau pasal kes pemberita kesayangan kuh ini..
Masing-masing ada kesilapan. No body perfect kan.
Pada pendapat aku bole di maafkan…sbb dia berada dlm keadaan mabuk yg mana x sedar diri… lgpun ini kesalahan pertama dia kpd bangsa Melayu. Inilah bahana minum arak, abis reputasi seorang wartawan TV yg disegani yg dibina bertahun2 tercemar dlm sekelip mata sahaja…
aktechpage.com recently posted..Selamat Tahun Baru 2011
Memang tercalar reputasi Karam Singh Walia. Harap inilah pengajaran yang bermakna untuk beliau.
well, Forgiving is a saint. Not to forgive is a satan’s work. We are not god, why we want to judge? Stone only the sinner, when you are never commit a sin. PEACE Malaysia without hatred
Thanks for your good comment. 🙂
Betul tu, isu2 sensitif sebegini seharusnya tidak boleh dipermain-mainkan.
P/S: Cakap balik kat Karam; “Terbakar rumah nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu!” (tangan kena gerak ke atas dan ke bawah ye?) 😀
Shukor recently posted..Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!
hahaha..sempat juga menyindir kat bawah tu ya. 🙂
Bila manusia dibawah pengaruh alkohol, macam2 akan buat dan cakap.. Nak salahkan dia sepenuhnya xblh jugak.. Walaupun dia mabuk, apa yang dikatakannya itu datang dalam hati dia sendiri yang terbuku, yang mana dia x pernah luahkan, so bila separa sedar, apa yang dalam hati tu terkeluar tanpa kawalan dia. Mungkin apa yang diperkatakannya adalah hal peribadi yang mana baginya xperlu diungkap tapi kata org terlajak perahu boleh diundur, terlajak kapal terbang, cemana nak undur (kalau boleh tolak, tolak la).. Karam singh walia melaporkan untuk TV3..hu3
deCrewz recently posted..Berbaloi Ke Ramai Follower
Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata buruk padahnya. 🙂 Harap di menginsafi dengan perkara ini.
em..big mistake. Entahlah. Susah nak cakap benda nih..benda dah berlaku pun.
Yes. Memang big mistake. Sebab ia melibatkan isu yang sensitif.
Aku rasa baik minta maaf dari tak minta maaf…biasalah kes-kes camni sometimes memang sensitif…
Buang yang keruh ambil yang jernih…huhu
Kekadang tak disengajakan tu…
ShahAlamDude recently posted..We Are Hiring
Yang penting ambil ikhtibar daripada kesilapan yang di lakukan.
aku rasalah,ada perkara yang buat dia terlepas cakap sampai macam tu sekali.
pada aku perkara macam ni,serah pada polis untuk siasatan kalau sebarkan dalam internet macam ni,lagi jadi isu besar[merujuk pada pihak yang terbabit]
kalau tengok dan dengar betul-betul,kita boleh timbangkan sewajarnya 🙂
“nak settle,payung satu kedai” ….aku tak berkenan betul dengar bab ni [budak-budak baru nak naik punya gaya cakap] 🙁
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
Ayat yang last tu memang tak bley bla. Adakah nilai maaf ini hanya payung satu kedai?
Shaffik recently posted..Asam Garam Seorang Photographer
konon-konon settle cara “meja bulat”,bro !
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
hahahah..Settle aper macam tu. Budak2 jer tu..
Shaffik recently posted..Ana Rafali Setaraf Dengan Justin Bieber
mungkin ada beberapa perkataan yang karam singh cakap tu tak betul. tapi cara mamat tu tak kena langsung. tak profesional langsung. bagi tekanan kat orang plak. malu dengan bangsa aku sendiri