Syukur Dengan Pendapatan Blogging 2010

By | January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011. Belum terlewat rasanya mengucapkan ungkapan yang menjadi sebutan setiap kali munculnya tahun baru. Tahun 2010 sudah pun berlalu. Apa yang pasti, kita semua kini berada pada tahun 2011. Aku sudah pun menceritakan apa yang aku inginkan pada tahun baru. Lihat entri ini :

Berhijrah Untuk Kebaikkan

Harap semua mengerti dengan apa yang ingin aku lakukan pada 2011. Tak banyak. Tetapi pada aku itu lebih elok dari berazam macam-macam sampai tak tergapai oleh kederat yang ada.  Tepuk dada tanya hati masing-masing. 🙂

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana pula dengan business Shaffik di dunia maya. Macam mana pula pendapatan Shaffik dengan blogging pada tahun 2010. Alhamdullilah, aku masih lagi berpeluang menjana wang pada 2010 hanya dengan berblogging. Tidak segah pada blogger lain, tetapi aku tetap tersenyum lebar.

Mana tak nya, semua pendapatan dari blogging masih mampu menampung pembaharuan domain dan hosting. Tidak ada satu sen duit gaji yang aku keluarkan untuk membayar sewa domain dan hosting. Masih baik lagi bukan. Tidak kiralah orang nak cakap apa. Itu sudah memadai mencapai target minimum aku sebagai blogger.

Lebih penting lagi, pendapatan blogging juga mampu membantu aku dalam mengharungi hidup sebagai ayah dan juga ketua keluarga. Pendapatan dari blogging juga membantu aku untuk menyara anak dan isteri aku sekeluarga. Walaupun tidak setiap bulan, tetapi ia cukup memadai dan membantu kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan sebagai keluarga yang bahagia. Alhamdullilah. Rezeki dari Tuhan kan.

Walaupun tidak sehebat pendapatan pada tahun 2009, tetapi aku tetap bersyukur pada Tuhan. Segala kelemahan di sudah di kenal pasti. Mengapa aku tidak dapat menjana wang dari blogging seperti tahun 2009? Banyak perkara sebenarnya. Yang paling pasti, aku tidak 100% fokus dan tekun mengupdate blog. Itu adalah kekangan yang paling utama di kenalpasti. Ini sememangnya menjadi lumrah jika pendapatan dari blogging berkurangan. Kalau tak percaya, tanyanya pada semua blogger tegar yang menjana wang dari blog.

Apapun, tahun 201o melabuhkan tirainya. Tiada apa yang perlu di kesalkan. Tiada penyesalan yang harus aku tangisi. Sebabnya itu semua terjadi dek kerana hasil usaha sendiri kan. Aku percaya, “kurang usaha, kuranglah pendapatannya”.  Lebih penting lagi, jangan di ulangi pada tahun 2011.

Terima kasih tak terhingga pada Rohaizad.com. Kerana dialah pencetus pada pendapatan aku di dunia blogging. Terima Kasih Ijad.  Jika dia tidak membuka jalan, mungkin aku tidak akan merasa wang dari blogging. Cabaran 2011 lebih hebat lagi. Aku tidak boleh menyatakan apa yang aku inginkan hasil pendapatan dari blogging pada 2011.  Biarlah aku simpan baik-baik dalam diri aku. Yang pasti ianya lebih mencabar dan hebat. Noktah…

Kepada kawan-kawan seperjuangan semua,terima kasih kerana masih lagi sudi meluangkan masa di Shaffik.com. Ianya sudah pun mencecah 2 tahun usianya. Tambahan lagi,  aku mengharapkan persahabatan antara kita lebih rapat dan kukuh lagi pada 2011. Mungkin lebih banyak lagi aktiviti yang boleh di lakukan. Bukan setakat Nasi Ayam Penyet, malah aku dapat rasanya ianya lebih lagi. Insyallah.

Apapun, yang berlalu jangan terlalu di kesalkan. Atasi segala kelemahan, teruskan usaha dan tidak berputus asa. Selamat Tahun baru 2011 dari Shaffik.com.

10 thoughts on “Syukur Dengan Pendapatan Blogging 2010

  1. Kujie

    kita merancang dan dlm perjalanan hidup ada berbagai² prioriti yang kita tempuh, sekurang² orang yang merancang tu dia dah nampak target dan fokus.

    moga tahun mendatang akan dipermudahkan segala urusan
    Kujie recently posted..Selamat Pagi CikguMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge