Kini Semuanya Harimau Malaya.

By | December 30, 2010

Sungguh gembira hari ini. Gembira tidak terkira bila melihat pasukan bolasepak Harimau Malaya mengharumkan nama negara. Tidak terhenti pada pingat Emas Sukan Sea, anak-anak muda ini meneruskan perjuangan membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010. Satu piala yang di idam-idamkan selama 14 tahun lalu. Wow.

Malam tadi adalah detik penentuan segalanya. Sebenarnya mereka sudah sebelah tangan mengapai Piala AFF. Tetapi 90 minit lagi perlu mereka harungi untuk meletakkan sebelah tangan lagi untuk menggenggam Piala AFF. 90 minit mereka bertarung dengan baik sekali. Aku menjangkakan mereka bertahan 85% dari jumlah masa perlawanan, namum ia berlaku sebaliknya.

Inilah taktik yang paling berkesan untuk K. Rajagopal (walaupun tak ada Datuk Lagi). Dia mengarahkan satu taktik yang amat berbeze semasa bertemu dengan Vietnam.  85% daripada counter attack pasti di sudahi dengan percubaan yang menggerunkan Indonesia. Berbanding dengan Indonesia, banyak serangan tetapi menemui jalan buntu untuk menembusi gawang Malaysia. Hanya 2 jaringan yang mampu menembus gawang Malaysia. Walaupun kalah 2-1, tetapi Malaysia menang dengan Aggreget 4-2.

Lebih hebat lagi, Khairul Fahmi menjadi wira Malaysia apabila menyelamatkan gawang Malaysia. Sepakan Penalti dari ketua pasukan Indonesia Firman Utina sudah dapat dibaca dan di tangkap kemas oleh Kharul Fahmi. Safee Sali juga sekali lagi meledakkan gawang Indonesia dengan satu rembatan kencang dari sebelah kiri pintu gol. Aku terpaku sebentar dengan rembatan itu. Ia seperti menyaksikan rembatan Waynne Rooney atau Robin Van Persie di EPL. Disiplin dan fokus yang di tunjukkan di bahagian pertahanan juga membantu pasukan Malaysia pulang dengan kejayaan semalam. Wow..

Malam tadi berjuta penduduk Malaysia menyaksikan perlawanan Malaysia vs Indonesia. Satu perlawanan yang di tunggu-tunggu. Satu perlawanan yang pada mulanya di hidangkan dengan provokasi dari penyokong Indonesia. Dari sebelum mula perlawana, semasa perlawanan dan juga selepas perlawanan. Tak apalah. Keputusan sudah pun terima. Aku pasti bukan semua orang Indonesia sebegitu. Mungkin segelintir sahaja. Mungkin mereka tidak boleh menerima kenyataan. Tak apalah, mereka pasti akan sedar nanti.

Perlawanan malam tadi adalah satu perlawanan yang istimewa. Istimewa kerana sudah sekian lama rakyat malaysia menantikan detik-detik kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia. Ia mengheret semua rakyat Malaysia termasuk ibu dan bapa aku serta Perdana Menteri Malaysia terlalu teruja untuk menyaksikan pasukan Malaysia menang. Sekarang baru aku percaya, bolasepak mampu mewujudkan semangat 1 Malaysia. Ia sudah terbukti malam tadi. Semua sokong boleh duduk bersama di kedai mamak dan duduk bersama untuk menyaksikan perlawanan itu. Hampir terlupa seketika cerita pasal bolasepak EPL. 🙂 Dan hari ini semua orang baik tua atau muda pasti akan bercerita pasal pasukan Malaysia. Boleh dikatakan, minggu ini tiada cerita pasal Manchester United, tiada Arsenal ataupun Chelsea. Hanya satu, Harimau Malaya ataupun Malaysia.

Aku melihat inilah yang kami semua rakyat Malaysia inginkan. Bermain dengan teratur, set piece yang tepat dan mengegarkan gol dengan satu teknik yang baik sekali. Yang paling penting “Mental yang Kuat “ mengharungi deruman penyokong garuda di Stadium Gelora Bung Karno. Macam-macam berita yang di dengar kita baca di akhbar. Walaupun pelbagai provokasi yang di lemparkan kepada pasukan Malaysia. Tetapi semangat juang yang tinggi mampu menepis semua itu. Anak-anak muda ini tidak gentar dengan apa yang mendatang sekali pun. Inilah pejuang bangsa yang di kagumi. Tahniah pasukan muda Harimau Malaya. Teruskan perjuanganmu untuk pertandingan akan datang. Kami Rakyat Malaysia sentiasa menyokong pasukan bolaksepak Malaysia.

11 thoughts on “Kini Semuanya Harimau Malaya.

  1. nuaeman

    Aku suka Piala AFF kali ini kerana permainan berkualiti setiap pasukan terutamanya Malaysia. Gol-gol yang dijaringkan memang ada kelas. Skil individu yang mantap terutamanya daripada Norshahrul Idlan Talaha.

    Namun begitu skuad ini masih perlu diasah lagi dan juga diperbaiki. Aku lihat pengambilan set piece Malaysia masih lemah. Corner Kick dari Safik Rahim kerapkali tidak naik.

    Setakat ini disiplin pemain Malaysia masih baik dan aku harap ia kekal begitu. Selamat Maju Jaya Harimau Malaya!

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Shukor, ko dengar satu kuarters…Aku menjerit sorang-sorang kat umah..Wife aku ckp dah macam orang gila dah…hahahahahhahah

      Reply
  2. ohcikgu

    banyak corner tak menjadi. Tapi counter attack malaysia memang best. Setiap kali counter attack, ada peluang untuk gol. Wahaha..tapi memang best..harap ada peluang ke olimpik nanti.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Haa itu yang bagusnya team harimau malaya kali ini. Counter attack yang sering membuatkan Indonesia tak keruan.

      Reply
  3. Pingback: Blog Shaffik » Apa Nak Jadi Dengan Sepak Takraw Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge