Gathering Blogger Selatan

By | December 29, 2010

Hujung minggu lalu adalah saat yang paling manis dalam hidup aku. Aku bersama isteri dan anak menyertai Gathering Blogger Selatan di Mersing Johor. Ini adalah julung kalinya kami semua pergi cuti santai bersama-sama.  Setelah sepakat sejak bulan November lagi, kami memilih Mersing Johor sebagai destinasi percutian pertama kami.  Tarikh 25 Disember 2010 menjadi pilihan kerana inilah satu-satunya tarikh hujung minggu yang sesuai untuk kami semua.

Percutian dan gathering kali ini di sertai oleh Rohaizad, Nuaeman, Zaki Yamani, Boss, Ezad, Zamrin dan juga Wanmus. Memang kami semua selalu berjumpa. Tapi ianya diserikan lagi dengan percutian yang sungguh bermakna ini. Kami memulakan perjalanan dengan 7 kereta dari Ulu Tiram Johor. Mengapa Ulu Tiram? Sebab ianya dekat dengan rumah aku…hahahhaa…

Kami terus bergerak ke Bandar Kota Tinggi Johor. Berhenti seketika untuk membasahkan tekak di Restoran Fatehah berhadapan Johor Craft Kota Tinggi. Pada waktu ini, sesi suaikenal bagi para-para isteri juga berlangsung. Maklumlah, selama ini kami sahaja bersua muka, kali ini kami membawa anak dan isteri untuk merapatkan lagi persahabatan kami dan keluarga masing-masing.

Selepas itu kami terus meluncur ke bandar Mersing. Nuaeman menunggu kami di Bandar Mersing. Kami berhenti seketika di Stesen Minyak Caltex Jemaluang dek kerana tuntutan ke tandas yang tidak boleh di tahankan lagi. Ada dua tiga rakan yang tidak mampu lagi menahan keringat untuk ke tandas. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bandar Mersing untuk bertemu Nuaeman. Alhamdullilah kami sampai di bandar Mersing pada pukul 1.oo tengahari dan terus dibawa untuk makan tengahari.

Resort tempat kami tinggal masih lagi tidak kelihatan. Nuaeman kata, ianya mengambil masa 15 minit lagi untuk sampai. Kira-kira jam 2 petang, kami semua sampai ke tempat penginapan kami. La Bella Resort Mersing menjadi tempat penginapan kami. Memang resort ala-ala kampung. Dari segi luaran dan dalaman. Lepas ambil kunci bilik, kami terus masuk ke dalam bilik. Kami berehat seketika sementara menunggu untuk aktiviti pada petang itu.

Sambil Isteri dan anak berehat di bilik, aku dan Zamrin pula sibuk membelek kamera yang baru di belinya. Nikon D90 tu. Memang teruja. Aku memberikan sedikit penerangan pada Zamrin, bagaimana menggunakan kamera DSLR secara manual Mode. Boss pula mengeluarkan Nissan Fairlady nya. Memang teruja tengok. Mahu tidaknya, meluncur laju terus di atas jalan raya. Siap drifting lagi..

Tepat jam 3.30 petang, kami terus bergerak ke Fishing Bay atau dengan nama melayunya Teluk Buih. Kami membawa isteri dan anak pergi mandi ke Pantai. Ini kerana, lokasi La Bella Resort jauh dengan pantai.  Agak sukar untuk ke pantai. Jadi kami mengambil alternatif lain untuk mandi di Teluk Buih.

Bila sampai di sana, kami meneruskan aktiviti kami. Anak-anak bermain Istana Pasir. Ada juga yang terus mencecahkan kaki di pantai dan ada juga yang terus mandi di pantai. Bapa-bapa buat apa pula ya? Ermmm…Kami main Bola Tampar Pantai. Kebetulan Zaki membawa bola tampar. Apa lagi.  Kami main bola tampar pantai dengan cara dan rule kami sendiri. Tiada siapa boleh halang. Segalanya hanya dipersetujui oleh kami sendiri. hahahahhaha…Memang pecah perut bila bermain bola tampar pantai ini.  Sebabnya, masing-masing akan buat peraturan sendiri untuk mendapatkan mata. Ada ketikanya, serve terpaksa di ulang beberapa kali dek tak puas hati dengan taktik kotor pihak lawan. hahahahahahah…Pecah Perut…Bila di kenang balik, dah macam zaman kanak-kanak dah. Hahahahahaha

credit to hujanbatu.com

Kira-kira jam 5.30 petang, kami pulang ke La Bella Resort.  Selepas itu, Nuaeman mengajak kami untuk mencari kepah. Hah? Ini lagi satu aktiviti yang menarik kami lakukan. Bukan apa, sebab inilah kali pertama bagi kami mencari kepah selain Nuaeman. Nampak macam senang, tetapi kalau tak biasa boleh sakit pinggang tau. Apapun kami tetap membawa pulang 3 ekor kepah. Hahahahaha. Memang ini satu pengalaman yang baru bagi kami.

Credit to hujanbatu.com

Sebelah malamnya pula, kami meneruskan pada aktiviti BBQ. Sebenarnya ini lah aktiviti yang di tunggu-tunggu oelah kami semua. Sebabnya hanya satu, semua dah lapar. Segala makanan yang ingin di sajikan pada BBQ malam ini di sediakan oleh Rohaizad. Ada Ayam, 200 cucuk Sate, Otak-otak, Daging Burger dan sosej.  Setelah berhempas pulas menghidupkan arang, kami mula dengan membakar otak-otak.

Bila dah masak, berselera sungguh aku melihat semua makan otak-otak. Selepas itu kami terus kepada daging burger, sosej dan ayam. Memang tak menang mulut nak makan untuk sajian malam ini. Memang banyak dan membuatkan kami kekeyangan tak terhingga. Selepas BBQ pun selesai, para isteri dan anak-anak terus masuk ke bilik.  Ada juga yang bermain bunga api. Yang para suami pula berbual pasal blogging, bisness sikit-sikit, peluang-peluang yang ada di dunia maya dan masuk ke bilik agak lewat sedikit.

Pada 26 Disember 2010, kami semua memulakan aktiviti kami seawal jam 8.30 pagi. Kami semua menyusur ke rumah Nuaeman di Mersing. Kalau tak silap di Kampung Makam agaknya. Ini adalah rumah orang tua Nuaeman. Kami di jamu dengan Nasi Dagang yang sungguh enak sekali. Ini di jadikan sebagai sarapan kami semua. Setelah selesai, kami terus bergerak ke Air Papan.

Nampaknya macam tak puas mandi laut semalam. Jadi destinasi kami seterusnya ialah Air Papan. Namun tak semua turun mandi sebab nampak ombak agak kuat sedikit. Kami hanya lepak di tepi pantai. Aku seperti biasa menembak gambar-gambar yang best-best. Para anak meneruskan aktiviti mereka. Para ibu pula berbual sesama mereka. Tepat jam 12 tengah hari, kami pulang ke La Bella dan bersiap-siap untuk pulang JB. Dalam perjalanan pulang, kami sempat memborong keropok di Mersing. Orang cakap sedap tu. Sepanjang perjalanan, anak aku tertidur lena. Kepenatan agaknya. Tapi tak apa, yang penting semuanya happy. Lebih Happy lagi sebelah malam melihat Malaysia menundukkan Indonesia 3-0. Bertambah manis hujung minggu lalu.

Alhamdullilah, segala perancangan kami untuk bercuti di Mersing berjalan lancar. Ianya dapat di laksanakan dengan jayanya. Walaupun ini adalah kali pertama, kami semua berpuas hati dengan percutian ini. Memang sukses, happening dan semestinya akan di kenang sepanjang hayat. Ada juga beberapa rakan yang bertanyakan, bila lagi akan di adakan percutian seperti ini? Adakah ia terbuka untuk blogger lain?. Insyallah kami akan memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk kamu para blogger semua.  Sama-sama kita nantikan.

p/s : Banyak lagi gambar di Facebook.

12 thoughts on “Gathering Blogger Selatan

  1. Pingback: Cyza Sector » Happy New Year 2011, Goodbye 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.