Tanpa Mood, Rosak Entri Yang Diterbitkan.

By | December 22, 2010

Lama jugak aku tidak menulis di blog kesayangan ini. Bukan lupa atau tidak minat lagi dengan blogging. Tetapi masa dan kesibukkan dengan menyiapkan tempahan foto pelanggan dan juga kesibukkan di tempat kerja. Ini memaksa aku terpaksa meninggalkan sementara penulisan blog.

Sebenarnya, inilah musuh paling utama sebagai seorang penulis blog sambilan. Masa selalu sahaja mencemburui aku. Arghhh..kadang-kadang tension jugak memikirkan bagaimanakah untuk menghadapi ini semua dengan berani. Bukan takut kerana keduduakn Alexa atau bukan takut dengan page rank. Tetapi yang lebih menakutkan apabila mood untuk menulis itu hilang.

Bila berbicara soal mood, menulis blog juga memerlukan mood yang sesuai. Bukan kata nak menulis lagu dan menulis buku sahaja memerlukan mood yang baik, tetapi menulis blog juga memerlukan mood. Percaya atau tidak, inilah sebenarnya yang selalu membelenggu para blogger sekalian.

Mesti ramai yang bertanya, kenapa pulak nak ada mood? Leceh laa menulis blog ni. Nak tunggu mood yang sesuai, baru nak menulis.  Jika anda semua seorang blogger anda akan merasainya. Kenapa? Mengapa? Jawapannya hanya satu. Kerana untuk menghasilkan entri atau post yang berkualiti. Kualiti yang sering di nanti-nanti oleh pengunjung blog itu sendiri. Tanpa kualiti, tiada nilai untuk sesuatu entri yang di hasilkan.

Setuju atau tidak, inilah yang akan di hadapi oleh para blogger semua. Jika mahu menjadi seorang blogger yang hebat, jaga kualiti. Mulakan pernulisan di saat mood anda berada pada keadaan yang baik supaya apa yang di luahkan menjadi sesuatu yang berguna pada para pengunjung. Nah satu lagi tips yang berguna untuk semua para blogger kan. Harus di ingat, setiap pengunjung blog sudah meletakkan satu tanda aras pada kita. Jadi hargailah mereka seperti mana mereka mendambakan sesuatu yang indah dan berkualiti dari kita. Dengan Entri yang berkualiti,  blog anda semua akan selalu di kunjungi oleh pengunjung tegar dan tidak kurangnya pengunjung-pengunjung yang baru. Insyallah…

Masih Ingat Lagi Entri Yang Lepas ?

Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?

12 thoughts on “Tanpa Mood, Rosak Entri Yang Diterbitkan.

Leave a Reply to ohcikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.