Tanpa Mood, Rosak Entri Yang Diterbitkan.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging

Lama jugak aku tidak menulis di blog kesayangan ini. Bukan lupa atau tidak minat lagi dengan blogging. Tetapi masa dan kesibukkan dengan menyiapkan tempahan foto pelanggan dan juga kesibukkan di tempat kerja. Ini memaksa aku terpaksa meninggalkan sementara penulisan blog.

Sebenarnya, inilah musuh paling utama sebagai seorang penulis blog sambilan. Masa selalu sahaja mencemburui aku. Arghhh..kadang-kadang tension jugak memikirkan bagaimanakah untuk menghadapi ini semua dengan berani. Bukan takut kerana keduduakn Alexa atau bukan takut dengan page rank. Tetapi yang lebih menakutkan apabila mood untuk menulis itu hilang.

Bila berbicara soal mood, menulis blog juga memerlukan mood yang sesuai. Bukan kata nak menulis lagu dan menulis buku sahaja memerlukan mood yang baik, tetapi menulis blog juga memerlukan mood. Percaya atau tidak, inilah sebenarnya yang selalu membelenggu para blogger sekalian.

Mesti ramai yang bertanya, kenapa pulak nak ada mood? Leceh laa menulis blog ni. Nak tunggu mood yang sesuai, baru nak menulis.  Jika anda semua seorang blogger anda akan merasainya. Kenapa? Mengapa? Jawapannya hanya satu. Kerana untuk menghasilkan entri atau post yang berkualiti. Kualiti yang sering di nanti-nanti oleh pengunjung blog itu sendiri. Tanpa kualiti, tiada nilai untuk sesuatu entri yang di hasilkan.

Setuju atau tidak, inilah yang akan di hadapi oleh para blogger semua. Jika mahu menjadi seorang blogger yang hebat, jaga kualiti. Mulakan pernulisan di saat mood anda berada pada keadaan yang baik supaya apa yang di luahkan menjadi sesuatu yang berguna pada para pengunjung. Nah satu lagi tips yang berguna untuk semua para blogger kan. Harus di ingat, setiap pengunjung blog sudah meletakkan satu tanda aras pada kita. Jadi hargailah mereka seperti mana mereka mendambakan sesuatu yang indah dan berkualiti dari kita. Dengan Entri yang berkualiti,  blog anda semua akan selalu di kunjungi oleh pengunjung tegar dan tidak kurangnya pengunjung-pengunjung yang baru. Insyallah…

Masih Ingat Lagi Entri Yang Lepas ?

Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Mengapa Kita Terlalu Lemah?
  • Arsenal Mengganas Di Awal Musim.
  • Kerana Tangan Perancis Layak Ke World Cup 2010
  • Boss macam maner yang korang nak?
  • Beware of Keylogger.
  • 3 Hari Di Hong Kong (Part 2)
  • Semuanya KetentuanNYA…
  • Manchester United Kecundang.
  • Seronoknya Menjadi Seorang Bapa
  • Apa Itu Tinggi Kolestrol?

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

12 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Kujie says:

    moodlah yang buat ada banyak bahan dalam draft
    tulis – simpan
    dan post tu akan keluar juga bila mood dah kembali , dan betul
    lebih bagus dari tulisan awal
    Kujie recently posted..Cara Buang Broken Link Di Blog

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tu laa pasal Kak Jie…Agak2 kalau dah ada idea, tulis dulu dan simpan kat draft dulu..
    Shaffik recently posted..Gathering Blogger Selatan

    [Balas Komen]

  2. liyanaziz says:

    setuju! mood sangat mempengaruhi dalam penulisan.. sesak bila menulis padahal mood ke laut.. =)
    liyanaziz recently posted..ENTRY VERSI GELI – GELI JELLY

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bahaya tu kalau mood ke laut. Takut apa yang ingin di sampai, tak betul2 sampai pada pengunjung…
    Shaffik recently posted..Gathering Blogger Selatan

    [Balas Komen]

  3. mankuchai says:

    Dah memang kena bekerja keras untuk maintain prestasi blog..tq shaffik,tertunggu juga entri dari blog ni he3…
    mankuchai recently posted..Back to school -Shopping dimana

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks Man..:) Tak apa, banyak lagi tips akan di kongsikan bersama.
    Shaffik recently posted..Gathering Blogger Selatan

    [Balas Komen]

  4. megat says:

    setuju! mood main peranan penting untuk hasil yang lebih baik. semakin baik mood tersebut semakin bagus lah penulisan atau idea.

    nak komen pun nak kena ada mood hehe.
    megat recently posted..Bicara hati- hari ini dalam sejarah

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Itu sudah pasti bro.. Lama tak nampak…
    Shaffik recently posted..Gathering Blogger Selatan

    [Balas Komen]

  5. aibaks says:

    tul tu bro.. kene de mood..

    [Balas Komen]

  6. ohcikgu says:

    setuju. Memang kadang-kadang tak ada mood nak buat artikel. Tak tahula kenapa..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ambil sedikit masa untuk memulakan penulisan. Bila dah ada mood n idea, teruskan menaip keyboard tu. Insyallah lebih banyak lagi idea yang akan datang semasa menaip tu..
    Shaffik recently posted..Gathering Blogger Selatan

    [Balas Komen]

  7. samdaddycool says:

    bab mood ni yang memang kalah, kadang-kadang dah menghadap laptop, sebutir idea pun tak terlintas. Kesudahannya, merayau.. blogwalking jawabnya..
    samdaddycool recently posted..Terima kasih Nuffnang

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge