Berhijrah Untuk Kebaikkan

By | December 7, 2010

Salam Maal Hijrah untuk semua kawan-kawan yang beragama Islam. Hari ini adalah satu lagi sejarah apabila kita semua sempat lagi menyambut tahun baru dalam kalendar Islam. Mungkin ramai yang ambil pusing akan kalendar Islam. Kadang-kadang hampir terlupa akan kalendar Islam. Betul tak? Tak payah cakap sesiapa laa..Tuan punya blog Shaffik.com pun kadang-kadang terlupa.

Yang selalu menjadi sebutan, Muharram, Syaban, Zulkaedah, ┬áRamadhan dan Syawal. Ermmm…inilah kelemahan yang harus di perbetulkan. Bukan apa, takut semakin lama semakin pudar ingatan kita semua. Ok sempena menyambut Maal Hijrah tahun 1432 ini, lebih elok kita berbicara soal Hijrah. Atau dengan kata yang lebih memdalam lagi adalah azam.

Selalunya bila berbicara tentang azam, semua nak ungkapkan pada 1 Januari kan. Tetapi sama sahaja jika ungkapkan pada Tahun Baru Islam kan. Jadi bagaimana dengan azam anda semua tahun depan. Adakah azam tahun-tahun lepas sudah terlaksana? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Bagi aku, masih banyak lagi perkara yang tidak dapat di laksanakan pada tahun lepas. Setelah di perhalusi sebaik-baiknya, aku dapat beberapa sebab mengapa ianya tidak dapat di laksanakan.

1) Terlalu banyak perkara yang hendak di lakukan. Mungkin ini yang menyebabkan aku tidak dapat fokus kepada perkara yang lebih penting.

2) Pengurusan kewangan untuk diri dan keluarga amat lemah. Ini yang membuatkan banyak perkara yang tersangkut.

3) Lebih menumpukan perkara yang lain daripada mengatur langkah untuk mencapai azam yang di cita-citakan. Ermmm…berat masalah ni.

3 perkara utama di atas adalah perkara yang aku fikirkan mengekat diri aku untuk mencapai apa yang hajatkan pada tahun lepas. Perkara-perkara diatas yang telah banyak mengganggu perjalanan aku melunaskan azama tahun lepas. Walaubagaimanapun, apa yang aku perhatikan, tahun 2010 adalah lebih baik dari tahun 2009. Itu memang pasti.

Jadi inilah masanay untuk aku berhijrah kepada sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih meyakinkan dalah kehidupan aku. Sesuatu yang lebih menjamin untuk keluarga aku. Sesuatu yang lebih bermakna untuk diri aku sendiri. Tidak kiralah di tempat kerja ataupun bersama-sama keluarga yang tersayang.

Resolusi yang akan aku lakukan pada tahun hadapan tidak banyak. Bukannya tidak banyak impian, tetapi biarlah ianya lebih memadai dengan kederat yang ada dan mampu aku lakukan sebaik-baiknya. Inilah HIJRAH yang ingin aku lakukan….

1) PENGURUSAN KEWANGAN – Setelah di fikir-fikirkan, aku amat lemah dalam pengurusan kewangan. Dari sinilah banyak perkara yang aku inginkan tidak tercapai. Jadi sudah tiba masanya untuk aku berhijrah ke suatu pendekatan yang drastik. Mentadbir dan mengurus kewangan bulanan aku dengan lebih baik.

2) LEBIH FOKUS – Aku sering hilang fokus dengan apa yang aku buat. Walaupun aku percaya dengan habuannya, tetapi aku tidak fokus untuk mencapainya. Argghhhh..ini yang selalu membelenggu diri aku. Tahun hadapan aku perlu berhijrah untuk menjadi seseorang yang lebih fokus untuk memperbaiki diri.

3) RESPEK – Respek dengan perkara yang lakukan seharian. Tidak lagi mahu mengeluh dengan apa yang dibina sebaik mungkin selama ini. Respek meliputi soal keluarga, wang, masa dan kerja yang di lakukan. Ini adalah sebagai modal untuk memotivasikan diri aku untuk lebih berkeyakinan pada tahun hadapan.

Inilah 3 resolusi yang perlu aku lakukan pada tahun hadapan. Ianya sebagai asas yang paling utama untuk lebih yakin dalam menharungi cabaran pada tahun hadapan. Aku tidak mahu nyatakan apa target utama yang inginkan tahun hadapan. Sebab aku takut aku kecewa bila tidak dapat merealisasikannya. Pada aku lebih elok buat 3 perkara di atas dahulu. Ia bukan sahaj untuk diri, malah lebih baik untuk keluarga yang tersayang.

Jadi kawan-kawan semua macam mana?

6 thoughts on “Berhijrah Untuk Kebaikkan

  1. Shukor

    Aku juga punya target yang sama bro. Mahu lebih serius dalam urusan keluarga, kewangan, kerjaya dan yang terbaru ni, blogging lah…apa lagi kan? ­čÖé

    Salam maal hijrah buat bro sekeluarga!

    P/S: Bro, momentum aku sekarang tengah meorosotlah dalam blogging. Ada apa2 tips@teknik yang patut aku lakukan tak?
    Shukor recently posted..Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge