Apa Yang Penting Dalam Berblogging?

By | November 30, 2010

Dalam mengharungi dunia blogging memang pelbagai rintangan yang harus di tempuhi. Pelbagai perkara yang perlu kita pelajari. Ianya bukan semudah A B C, malah ia memerlukan kekentalan tak tiada nilainya. Banyak rakan-rakan bertanya, bagaimana aku boleh menulis pelbagai cerita, informasi, nasihat dan tips yang boleh di kongsikan bersama dengan pembaca-pembaca shaffik.com

Sukar sebenarnya untuk menerangkan apa yang sudah aku lalui sebagai seorang blogger. Apa yang pasti ianya bukan mudah untuk di tempuhi untuk terus lama bertahan dalam dunia blogging. Pada mulanya aku sememangnya menulis untuk mendapat sesuatu dari blog. Main target aku untuk menjana wang dari blog.

Alhamdullilah…aku sudah pun kecapi apa yang di hajati. Tidaklah banyak seperti blogger kental yang lain, tetapi ia sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum. Aku sudah pun dapat seperti apa yang aku usahakan sejak 2 tahun dulu. Memang sewaktu bermula dulu, memang gila jadinya. Setiap hari mengupdate blog. Sebabnya nak dapatkan wang.

Sebenarnya cara yang aku lakukan adalah SALAH!!!!!!!. SALAH sebabnya aku terlalu taksub untuk mendapat wang dari blogging. Siapa yang tak nak wang kan. Ini adalah suatu perkara yang salah. Ini adalah satu peringatan yang penting untuk semua blogger.

Mengapa aku cakap sedemikian?  Sebabnya anda akan kecewa apabila wang yang di harapkan tidak kunjung tiba. Target utama anda tidak kesampaian. Ini akan menjadikan anda bosan dengan berblogging. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan ianya tidak mungkin akan tercapai. Mungkin apa yang di sampaikan tidak menarik perhatian pengunjung. Mungkin apa yang anda tulis sudah pun di baca atau di tulis oleh orang lain. Mungkin juga keyword yang anda gunakan tidak mesra di enjin carian. Atau pelbagai sebab kan.

Jadi apa yang pentingnya apabila menulis blog ni ya?

1) Jangan berangan meninggi gunung untuk menjana wang satu sen pun jika blog anda tidak di promosikan dan diselengarakan dengan baik.

2) Jaga dan halusi setiap ayat yang anda tuliskan. Ini akan menarik perhatian pengunjung untuk membaca entri anda sampai ke penghujungnya.

3) Usahlah menulis perkara-perkara yang berat-berat. Jika ingin juga menulis, berikanlah penerangan yang secukupnya. Jika entri itu terlalu panjang, buatkan bahagian (Part) ia boleh menarik perhatian kepada pengunjung untuk kembali ke blog anda.

4) Sampaikan informasi yang betul. Jika tidak tepat, sila nyatakan dengan jelas. Sebab apa, blogger kini juga sudah menjadi penyampai berita terkini di media elektronik.

5) Bertanggungjawab dengan setiap apa yang anda tulis. Usah terlalu taksub untuk mendapatkan pengunjung, tetapi tidak menjaga sensiviti orang lain. Ini amat merbahaya. Silap-silap boleh di tangkap oleh Pak Polisi.

Blogger, Penulisan Anda Dipantau.

6) Hargai setiap pengunjung yang datang dan memberikan komen pada entri anda. Kalau boleh jawab setiap persoalan yang di ajukan dan berhubung kait dengan entri anda.

7) Pelbagaikan kandungan (content) di blog anda. Ini sangan penting. Kadang-kadang kita perlu menulis entri-entri yang ringan-ringan supaya pengunjung terus selesa berada di blog anda.

8) Pentingkan kualiti di setiap entri yang anda tuliskan. Jangan ambil terlalu mudah. Ini kerana jika pengunjung sudah percaya pada anda, mereka meletakkan anda pada satu tahap yang berlainan dari blogger lain. Jagalah kualiti setiap entri yang di terbitkan.

Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?

9) Jadilah diri anda sendiri semasa menulis blog. Jangan ikut apa yang orang lain buat. Setiap blogger pasti mempunyai kelebihan masing masing. Jangan takut untuk keluarkan idea-idea anda.  Yakin ianya pasti unik.

Perlu Kejujuran Dalam Berblogging

10) Usah letakkan 100% target anda untuk mendapatkan wang pada awal pembabitan anda dalam berblogging.  Bangunkan dan hidupkan blog yang anda bina itu sebagai sasaran utama. Bina kredibiliti dengan apa yang anda sampaikan. Buang semua pemikiran “Fast Money” dalam diri anda. Percayalah ianya lebih bermakna pada diri anda dan akan disusuli dengan wang di kemudian hari. Insyallah.



9 thoughts on “Apa Yang Penting Dalam Berblogging?

  1. azhar

    Bro, mintak permission nak letak your article ni kat blogspot saya…(of course with your link add… everywhere)

    Reply
  2. Angin Selat Melaka

    Daku ini tak tau mcm mana mau merancang strategi penulisan. Kerna daku pernah ingin bermula begitu. Tetapi lagi byk perancangan yg daku buat, semakin tk menjadi pulak kerjak…Lalu terus saja aku hentam saja apa yg daku rasa mau ku luahkan (tulis) dan tiba2…agak menjadi jugak…setelah bertahun2 ber’startegi’, secara tak pasai2, tanpa apa2 perancangan, daku sudah ada blog. he he
    Angin Selat Melaka recently posted..waduhMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge