Satu berita gembira dari Sukan Asia Guangzou China. Setelah beberapa hari muram tanpa pingat, semalam kem kontijen Malaysia sangat gembira apabila menambah 2 lagi pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa. Semalam adalah hari yang sungguh indah bagi mereka. Tinggal beberapa hari lagi untuk memburu sasaran 9 pingat emas.
Bagi Azizulhasni Awang pula, Hari Raya Aidil Adha 2010 adalah yang paling bermakna untuknya. Setelah berkorban tinggal berjauhan dari keluarga, ahkirnya semuanya terbalas semalam. Azizulhasni Awang pada mula gagal meraih pingat gangsa pada sebelah pagi. Azizulhasni Awang bangkit pada sebelah petang. Bertarung pada acara Kierin kegemarannya.
Ingat lagi pada temasya Sukan Komanwel 2010, Kemenangan Azizulhasni Awang di batalkan walaupun dia telah memenangi acara Keirin itu.
Lihat kembali entri ini : Azizulhasni Kecewa
Itu tidak mematahkan semangat Azizulhasni Awang. Semalam dia membuktikan bahawa dia yang terbaik di ASIA. Dia merangkul pingat Emas yang pertama untuk dirinya di Sukan Asia. Rakan sepasukan Josiah Ng pula meraih pingat Perak.
Memang acara Keirin yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Bagaikan menunggu durian yang gugur. Tetapi Azizulhasni Awang sememangnya hebat. Pelumba Basikal yang berusia 22 tahun ini, bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, tetapi menjadikan dirinya yang hebat di Asia. Dari usaha yang berterusan, semangat juang yang tinggi, Azizul memang berhak menerima pingat Emas di Sukan Asia 2010.
Apa yang semua rakyat Malaysia harapkan, teruskan kecermerlangan itu di temasya-temasya yang akan datang. Teruskan kebanggaan ini di mata dunia. Tunjukkan pada dunia, Malaysia juga mampu menghasilkan pelumba basikal profesionnal yang unggul. Paling penting Malaysia tidak harus di pandang rendah lagi. KAMI Sememangnya BOLEH. Dari Anuar Manan, Josiah Ng dan kini Azizulhasni Awang. Tahniah. Kamu semua sememangnya hebat dan terbaik.










Twitter Updates

Azizul memang terbaekk! Sprint tak ingat tu masa last2 minute…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 18th, 2010 at 10:46 am
Tu laa pasal bro..Memang best tgk semalam. Dia memang berani dan bersungguh-sungguh…
[Balas Komen]
bangga aku ada anak muda macam ni.. haha.. gaya dah tua je
Richie recently posted..Aku Dituduh Membela Toyol Sakti
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 19th, 2010 at 1:16 am
Gaya dah tua..tapi bila mengayuh..sungguh bertenaga sekali..
[Balas Komen]
Josiah pun sama. Last minute dia all out, dapat second place. Memang best lah semalam tgk
Shukor recently posted..Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!
[Balas Komen]
tahniah!!..malaysia boleh;)
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 18th, 2010 at 11:10 pm
Yaa Malaysia sememang BOLEH…
Shaffik recently posted..Azizul Terbaik Di Asia
[Balas Komen]
Azizul memang terbaik la.
Lepas ni buru juara dunia pula~
hafidz recently posted..Aidiladha 1431 Hijrah
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 18th, 2010 at 11:04 pm
Sememangnya dia yang terbaik buat masa ini. Bangga aku jadi rakyat Malaysia bila melihat perlumbaan semalam.
[Balas Komen]
cayala azizul..akhirnya dapat gak emas..tahniah diucapkan..
pawaka19 recently posted..Seni Gula-gula Getah
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 19th, 2010 at 1:17 am
Itu memang imoian dia. Dia tebus kekalah di Sukan Komanwel dulu. Dia sememangnya berhak..
[Balas Komen]
Danh banyak dah jasa si Azizul ni,
mungkin tak lama lagi dia bakal mengikut jejak datuk Nicol, dan Datuk Lim Chong Wei
dnoBiz recently posted..Aidil Adha – Tetamu Paling Istimewa
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 19th, 2010 at 1:20 am
Tak lama lagi dapat laa tu.. yang penting aku nak tengok die menyumbangkan pingat emas di sukan olimpik nanti..
[Balas Komen]
Bersinar lagi satu bintang dari Malaysia, sama2 kita doakan kejayaan yang lebih gemilang untuknya. Aku doakan juga dia tidak alpa dengan kejayaannya ini.
Maya recently posted..Pantat itu punggung- tetek itu botol susu
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 19th, 2010 at 1:21 am
Jangan dia lupa diri sudahlah..yang penting fokus untuk terus mengharumkan nama Malaysia di Mata Dunia..
Shaffik recently posted..Adakah Yes 4G Bakal Pengubat Duka
[Balas Komen]
wah bagus2…. sudah berjaya membuktikan kepada dunia…
zik recently posted..Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di Malaysia
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 23rd, 2010 at 10:27 am
Dia semamang terbaik.
[Balas Komen]
yap. seronok tengok masa dia pecut last tu. Laju semacam.
[Balas Komen]
mmmmmmmm kalau kena dgan imbuhannya..pasti mereka akan berusaha bersungguh ..tul tak..
tu punsatu motivasi gak kan
http://www.bit.ly/hHuldv
[Balas Komen]