Betul Kata Bidalan “Kemana Kuah Kalau Tak Ke Nasi”.

By | November 11, 2010

Memang ada kebenarannya bila kata orang-orang tua atau kata bidalan ” kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi”.  Dahulu aku tak berapa ambik port sangat dengan kata-kata bidalan ini. Tetapi setelah berumah tangga, umur semakin meningkat dan semakin matang aku lebih suka bermain-main dengan kata-kata bidalan. Sememangnya ia unik dan mempunyai maksud yang tersendiri.

Seperti kata bidalan “Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Ini berlaku pada keluarga aku sendiri. Yang paling nampak pada anak aku. Sekarang ini, anak aku mempunyai satu perangai yang sama dengan aku sewaktu aku kecil dahulu.  Ia di sahkan sendiri oleh emak aku yang sering memerhatikan gerak geri cucunya itu.

Perangai itu berlaku ketika Akif minum susu. Selepas minum susu, Akif tidak akan membiarkan botol susunya di mana-mana. Dia akan memanggil UMI atau AYAHnya untuk memberikan botol susu berkenaan. Susu habis atau tidak Akif akan memanggil kami untuk memberikan botol susu itu. Inilah satu perangai yang sama dengan aku . Dan inilah yang aku lakukan sewatu kecil dahulu.

Mak aku pula bercerita perkara yang sama berlaku semasa aku kecil dahulu. Bila melihat gerak geri Akif, terus terpancul dari mulutnya ” Macam bapak akif dulu laa…tak pernah buang botol bersepah-sepah. Baik isap susu dalam buai ataupun kat atas tilam” . Terus berkata lagi ” Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan…”

Aku hanya mempu tersenyum. Bila melihat telatah Akif selepas menyusu. Wah baik anak aku ni.  Macam aku dulu..hahahah perasan pulak kan. Tapi itulah yang terjadi secara realitinya. Memang betul kata-kata bidalan. Ianya di cipta oleh orang-orang dulu. Ianya di cipta bukan sekadar suka-suka. Bukan sekadar hiburan semata-mata. Tetapi kebanyakkannya berhubung kait dengan kehidupan kita kan.

Terima Kasih orang-orang lama yang seungguh kreatif membuat kata-kata bidalan yang unik dan hanya di jumpai di Malaysia sahaja. Tidak di tempat lain. Jadi luang-luangkan lah masa bersama anak-anak untuk memberithau kata-kata bidalan. Bukan apa, takut generasi akan datang tidak paham langsung akan kata-kata bidalan, perumpamaan, pepatah ataupun kiasan. Terlalu banyak kata-kata yang amat boleh di gunakan dalam kehidupan kita. Dan itulah yang mewarnai lagi kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.

15 thoughts on “Betul Kata Bidalan “Kemana Kuah Kalau Tak Ke Nasi”.

  1. ulik

    anak abah…hahhahahah
    orang cakap nak tahu baik buruk kita masa kecik peratikan la anak kita…heheh

    Reply
  2. madlut

    emm..kalau macam tue, nakal jugak la abah aku masa dia kecik2 dulu (aku tengok pada diri aku sendiri)..haha

    Reply
  3. mycy

    Kuah kat Langkawi lah bro…he he…
    Secara kebetulan jer tu…cuba tengok tingkah laku dan perangai anak-anak yang lain plak nanti…adakah sama dengan ayah dan ibu dia?

    Apa-apa pun, kita sebagai ibubapa haruslah memberikan didikan yang terbaik sejak dari belum lahir sehinggalah selepas lahir.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Itu yang patut di pegang sebagai ibu dan bapa. Memberikan yang terbaik untuk anak. Dalam masa yang sama, sentiasa berkelakuan baik dengan anak. Agar anak ikut perkara yang sama juga.

      Reply
  4. Pingback: Reezluv.com-Blog,Blogging,Blogger » Blog Archive » Rezeki Blogging Ketika Demam Episod 2

  5. Maya

    Best baca entry ni, rasa damai rasanya, ayat pun teratur rapi. Ceritanya pun pasal bidalan melayu dan contohnya pun menarik, anak sendiri. Semoga anak shaffik ni dipanjangkan usia dan bertemu jodoh yang kelak boleh bagi zuriat cucu yang pastinya akan recopy skill atuknya.. hehehe
    Maya recently posted..Sabah negeri termiskin di MalaysiaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge