Petang sabtu lalu aku bersama Isteri sempat meluangkan masa untuk ke pawagan. Lamanya kami tidak ke pawagan. Teringat kemabli zaman-zaman bercinta dulu. Hampir setiap minggu kami ke pawagan
. Kiranya TGV Tebrau City sudah kami pajak untuk menonton apa-apa filem terbaru. Tetapi kali ini kami memilih untuk menonton filem Estet.
Estet adalah sebuah filem arahan Mamat Khalid. Siapa yang tak kenal dengan Mamat Khalid kan. Tiket telah di booking pada sebelah pagi. Sebelah petangnga aku terus ke TGV dan ambil tiket yang sudah di tempah melalui telefon. Wife ada tanya juga, Estet ni ceritanya macam mana? Aku hanya jawab, ia sebuah filem baru arahan Mamat Khalid. Secara ringkasnya ia sebuah cerita suka duka kehidupan orang-orang yang duduk di Estet.
Permulaan cerita ini bermula apabila kesemua penduduk Estet Cinta Manis menerima satu khabar berita mengenai perlawanan bolasepak. Perlawanan ini antara Estet Cinta Manis dan Estet Red Cobra. Dari sini bermula pencarian penduduk Estet Cinta Manis yang bakal menyertai perlawana bolasepak 7 sebelah itu.
Pertembungan kedua-dua Estet ini menhidupkan kembali semangat mereka kerana sudah 20 tahun mereka tidak bertemu. Di sinilah segalanya bermula. Pelbagai cerita yang di kaitkan pada kisah penduduk Estet ini. Bermula dengan penjualan Black Market untuk hasil getah-getah mereka. Ini juga menimbulkan perasaan tidak puas hati pada semua penduduk.
Farid (Farid Kamil) dan Shashi (Shashi Tharan) adalah dua orang budak Estet yang sentiasa bertindak untuk mempertahankan keharmonian Estet mereka. Dua orang rakan baik ini seolah-olah menjadi hero kepada penduduk Estet Cinta Manis. Mereka juga menyertai pasukan bolasepak Estet mereka untuk bertemu Estet Red Cobra.
Dalam masa yang sama juga Farid jatuh cinta dengan Geetha, seorang gadis yang cantik di Estet itu. Bapa Geetha pula menjadi jurulatih kepada pasukan Estet Cinta Manis untuk perlawanan bolasepak itu. Bapa Geetha, Subramaniam mempunyai hutang kepada kerani Estet berkenaan yang bernama Pooniah. Pooniah boleh menyelesaikan masalah hutang bapa Geetha, dengan syarat mereka mesti menang perlawanan bolasepak itu. Tetapi, jika mereka kalah, Pooniah mahu berkahwin dengan Geetha.
Ini menimbulkan satu perasaan yang kurang meyakinkan kepada Subramaniam. Dia sangat sedih sehingga mengheret Geetha dalam masalah ini. Dia hampir gantungkan diri kerana tidak sanggup lagi menggalas tanggungjawab ini. Tetapi Geetha sempat menyelamatkan bapanya dan memohon bapanya terus memberikan latihan kepada pasukan Estet Cinta Manis.
Di sinilah, segala-galanya. Dari suka, duka, dan dendam terus menhiasi filem Estet. Penuh dengan aksi, lucu, serius dan dendam. Segala elemen Estet di masukkan dalam cerita ini. Yang menarik dalam filem Estet adalah semangat perpaduan antara kaum. Filem ini sememangnya 1 Malaysia. Ini sememangnya menjadikan Estet sebuah filem yang unik, tetapi sambutan penonton pada filem ini agak hambar.
Agak terkejut bila masuk ke pawagam, tidak ramai penonton yang menonton. Walaupun filem ini unik, tetapi ia tidak berjaya menarik perhatian penonton. Mengapa? Aku senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan Estet kurang mendapat perhatian. Ini hanya pandangan peribadi dari kaca mata seorang yang bukan pengiat filem.
1) Terlalu banyak elemen hidustan (sperti menyanyi, joget) di dalamnya. Ini menyebabkan orang sudah bosan dengan elemen ini.
2) Pelakon yang di terapkan dan filem ini kebanyakkan muka baru. Ini juga menyebabkan filem ini tiada tarikan.
3) Jalan cerita filem ini, sudah boleh di jangka. Maksudnya, penonton sudah boleh jangkakan apa yang akan berlaku pada akhirnya.
4) Scene-scene minum todi tidak seharusnya di terapkan dalam filem ini. Ini menyebakan penonton seakan tidak berpuas hati dengan scene berkenaan.
5) Promosi filem ini tidak kuat. Ramai yang tidak tahu akan kemunculan cerita ini. Malah kemunculannya di pawagam juga tidak di ketahui oleh ramai peminat filem. Something wrong !!!.
6) Kisah kunci yang di sampaikan tidak tepat pada hati penonton. Ianya tidak meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penonton. Bila tiada kesan, malah tiada apa yang istimewa yang ingin di ceritakan pada kawan-kawan yang lain.
7) Elemen-elemen hidustan atau tamil yang memuakkan penonton. Ramai penonton sudah melabel filem hidustan atau tamil pada tahap yang berbeza dari filem lain. Jadi faham-faham sudahlah ya.
Maaf jika ulasan ini menginggung perasaan. Aku tidak berniat untuk condemm filem melayu. Tetapi bagaikan ada yang tidak kena dengan Filem Estet ini. Perkara-perkara diatas hanya pendangan peribadi aku. Sebab apa, aku mengharapkan satu filem yang lebih baik dan lebih memberikan kesan yang mendalam dalam sesebuah filem. Lebih-lebih lagi dari arahan Mamat Khalid. Maaf sekali lagi kerana Filem Estet tidak berjaya menambat hati aku. Jika ditanya berapa bintang? Aku hanya memberikan 3 bintang untuk Filem Estet. Maaf…












Twitter Updates

aku rasa, industri negara masih belum mampu jitukan ideologi yang seasli mungkin milik kita. ini sebabnya aku tidak berapa endah sangat perihal filem negara.
zulhadiri recently posted..telanjang dalam keranda
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 7th, 2010 at 1:22 am
Itulah yang masih di cari-cari oleh pengiat filem. Misi utama, mencari identiti filem Malaysia.
[Balas Komen]
zulhadiri Reply:
November 7th, 2010 at 1:27 am
acapkali juga, plot dan olahan sesebuah cerita seakan mahu sama antara satu dengan yang lain. mahu salahkan teknologi atau frasarana juga tidak seharusnya, kerana ia sememangnya lengkap. mungkin juga, ketandusan idea-idea segar jadi punca.
zulhadiri recently posted..telanjang dalam keranda
[Balas Komen]
payah nak dapat tempat di hati penonton filem2 macam ni..sebenarnya kita rakyat Malaysia sendiri pun tak tahu filem jenis apa yg kita suka..ambil contoh filem arahan yasmin ahmad,ramai org suka dan ramai juga yg tak suka
khairolghani recently posted..Selamat Ulang Tahun Perkahwinan
[Balas Komen]
shaharil Reply:
November 8th, 2010 at 10:06 pm
Aku rasa org Malaysia suka cerita seram.
[Balas Komen]
2la, dh tgk bosan la.. cite magika lg best.. Nk tgk review filem leh g kat
http://www.aper.my/group/group_dashboard/24
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 11th, 2010 at 9:41 am
Haa betull laa..ramai yang cakap magika best..
[Balas Komen]
BEST juga,kalau dapat nonton wayang.
akakcomey recently posted..Trans-Borneo Day 6 Santai di Pulau Mabul Part 6
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 11th, 2010 at 9:42 am
Akak comey? dah lama ke tak nonton wayang?
[Balas Komen]
Adengan-adengan ala- hindustan itu sebagai memberi homage kepada filem-filem tamil.
Saya rasa, adengan todi itu sebenarnya sangat bermakna, itu kehidupan sebenar. dan sama juga kisah mak nyah di lorong .
cuma, bagi saya, skripnya sangat TIDAK menusuk kalbu. kelihatan palsu.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 11th, 2010 at 9:43 am
Thanks hazlan kerana membuat penambahan dan ulasan. Ya aku setuju. Skripnya tidak menuduk kalbu…
[Balas Komen]
Bagi aku, ianya kurang dari segi promosi. Berbanding dengan estet dan cerita 2 alam. Aku rasa promosi 2 alam 100 kali ganda lebih hebat berbanding estet. Berbanding estet, aku lebih suka untuk menonton 2 alam. Sebab apa? Promosi. Promosi 2 alam lebih buat aku tertanya2 dan mahu lihat filem itu berbanding cerita estet.
ohcikgu recently posted..Keputusan UPSR dah keluar dahh
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 12th, 2010 at 9:19 am
Seperti yang di nyatakan. Ianay kurang promosi. Tak cukup kuat. Ramai yang tidak tahu akan wujudnya Filem Estet ni.
[Balas Komen]
Nah, kita sebenarnya tidak ikhlas dalam menonton filem. Kita mengharapkan sesuatu seperti yang telah terterap dalam idea kita tentang apa itu filem. Mamat Khalid hanya berkarya dan bukanlah setiap karya itu diterima oleh semua. Setiap tahun beribu filem dikeluarkan di seluruh dunia, dan hanya sedikit yang menjadi blockbuster di seluruh dunia. Dan sambutan terhadap filem Hollywood di Malaysia juga hanya dianggap ‘splinter bonus’ oleh producer Hollywood berbanding dengan Thailand dan Indonesia. Apa yang perlu kita buat adalah, kita semua harus menonton setiap filem Melayu, orang Melayu tonton filem Melayu kerana cita-cita filem Malaysia hanyalah angan-angan semata. Bayangkan sekiranya kita menonton setiap filem melayu setiap minggu, hanya 2 jam dan maksimum 10 ringgit, 4 minggu hanya 40 ringgit seorang. Apalah sangat kan, baju berjenama, sehelai pun tak dapat, apatah lagi kasut, Bayar tol dan parking je lebih banyak dari itu. Kalau 2 juta orang Melayu mahu menonton filem Melayu setiap minggu itu bermakna kutipan filem Melayu akan berjumlah melebihi 1 billion ringgit, dana jika masa itu filem Melayu masih lagi hambar dan tidak berkualiti, sesungguhnya kita mempunyai hak yang tiada terbatas untuk mengutuk, memboikot, mengamuk sehinggalah membakar panggung wayang dan menyerang FINAS.
Starbuck segelas pun dah 10 ringgit bang oi…jomle reramai tengok semua felem melayu
main futsal pun kongsi-kongsi bayar 10 ringgit sorang gak
Lepak kat mamak pun sedar-sedar dah 10 ringgit, dapatlah nasi sepinggan, air 2 gelas
minyak 10 ringgit baru dapat 5 liter lebih sikit…tahanla 2 hari
dah la…toksah mengkritik sekarang, esok-esok dah sama-sama membantu memajukan felem melayu, kalau produser semua macam tu jugak, bahlul..bodoh sombong…saya sendiri akan berada dihadapan sekali untuk membakar FINAS sebab bangang tak reti nak mengajar produser-produser bangang dan tolol…ok…tapi azamkan tahun depan…akan menonton semua felem Melayu setiap minggu…jangan tunggu tayang kat TV bila raya (alasan paling keji sekiranya anda mengkritik felem melayu).
iqbal
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 23rd, 2010 at 10:25 am
Thanks Iqbal atas komen. Aku memang penyokong filem melayu. Sebagai orang melayu yang ingin filem bahasanya di angkat ke mata dunia, aku rasa aku tak salah memberikan pendangan peribadi aku. Sebabnay banyak sangat kelemaham dalam filem ni. Ianya hanya untuk mempertingkatkan martabat filem melayu.
[Balas Komen]
Aku frust giler bila tgk cite ni…tak sepeti yg aku expect…idea tu dh ada tp jln cite xkuat…lawak pun xde yg bole diigtkan sgt…kesian pulak jd nya bila tgk hasilnye..klh kat ffm23 pun kira xheran sgt la..
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 23rd, 2010 at 10:26 am
Sebab itulah entri khas ini dikeluarkan. Sebabnya aku menjangkakan sesuatu yang lain dari Mamat Khalid. Dia bukan seorang pengarah yang baru kan. Harap dia boleh melihat di mana silapnya.
[Balas Komen]