Tahniah Abdul Aziz Yusoff & Datin Linda

By | November 5, 2010

Semalam selesai sudah Pilihanraya Kecil DUN Galas. Kali ini, dua parti bertanding iaitu BN dan PAS. Seminggu lalu, pelbagai kempen hangat di jalankan. Masing-masing turun padang untuk memenangi hati pengundi. Keputusan rasmi yang di keluarkan malam tadi memihak kepada Barisan Nasional.

Alhamdullilah, Barisan Nasional menang dengan majoriti 1,190. Calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff menerima 5,324 undi. Manakala calon PAS Dr. Zulkefli Mohamad pula menerima 4,143 undi. Nampaknya, Barisan Nasional sudah mula di terima baik oleh penduduk Galas.

Untuk Piliharaya Kecil Batu Sapi pula, calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin telah menang dengan majoriti, 9,773 undi. Linda menewaskan calon PKR Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee. Tahniah juga di ucapkan kepada Datin Linda Tsen Thau Lin.

Semakin hari rakyat Malaysia semakin mempercayai akan kemampuan Barisan Nasional. Harap ini dapat terus dikekalkan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Kepada calon BN yang memang, peganglah tanggungjawab yang di berikan itu sebaik mungkin. Jangan hanya tunjuk muka pada Pilihanraya sahaja. Sentiasa mendekati rakyat dan mendengar segala masalah rakyat. Bekerja keras untuk terus di percayai oleh Rakyat Malaysia semua.

**** Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia Hari ini.

8 thoughts on “Tahniah Abdul Aziz Yusoff & Datin Linda

    1. Shaffik Post author

      Yaa betul, segala nasib rakyat terbela. Dan juga, mendengar dan bertidak atas semua keluhan serta rintihan rakyat.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.