Semuanya KetentuanNYA…

By | November 4, 2010

Sedih dan kesian bila melihat kawan-kawan dan penduduk Kedah, Perlis dan Kelantan sejak 2 3 hari yang lalu. Banjir yang mula melanda kampung dan penempatan mereka. Kesian tengok mereka. Berita terbaru mengatakan, daerah Pendang pula di landar banjir. Ini memaksa KTM terpaksa menunda perjalanan ke Utara terutamanya dari Butterworth ke Thailand. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar juga terpaksa di tutup.

Bila melihat mangsa-mangsa banjir, teringat pada peristiwa banjir yang melanda Kota Tiggi pada hujung tahun 2006 hingga awal 2007. Inilah sejarah banjir paling besar di Kota Tinggi Johor. Ketika itu satu bandar Kota Tinggi di tenggelami air. Rata-rata air yang melimpah sudah pun hampir ke paras bumbung kedai.  Paras air banjir memang  luar biasa. Hinggakan ada rakan-rakan yang meronda naik bot boleh mencapai lantai Jejantas di hadapan Bangunan MARA Kota Tinggi.  Paras Air naik sehingga paras lampu Isyarat. Memang tinggi. Tiada pengangkutan lain yang boleh di gunakan. Hanya Bot dan Helikoter. Ada juga desas desus mengatakan pemilik-pemilik bot yang ambil kesempatan. Hai, dah masa-masa sebegini pun sempat lagi…:)

Kesemua jalan ke Bandar Kota Tinggi di tutup. Bandar Kota Tinggi, kampung dan taman-taman di sekitarnya di tenggelami air. Tiada apa yang mampu di lakukan. Hanya menyelamatkan diri di tempat yang selamat. Namun inilah satu pengalaman yang pasti tidak akan di lupakan untuk semua. Ia sememangnya tersemat di dalam kotak ingatan penduduk Kota Tinggi.

Walaupun aku tidak berada di sekitar Bandar Kota Tinggi, namun cerita rakan-rakan membuatkan aku berasa simpati dengan mereka. Tiada apa yang mereka boleh lakukan. Hanya menyelamatkan dokumen penting dan menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat. Pelbagai cerita menarik yang aku dengar dari mereka. Ada pula mengatakan, beberapa ekor buaya terlepas dari tempat peliharaannya. Ia membuatkan ramai orang rasa takut. Tak tahu la cerita betul atau khabar agin sahaja. Tetapi cerita-cerita sebeginilah yang boleh di sampaikan kepada anak cucu kita nanti kan.

Inilah kuasa TUHAN. Dia lebih mengetahui. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tidak kiralah banjir atau bencana lain. Sememangnya atas KuasaNYA. Kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri lain, tabahkan hati kamu menerima dugaan ini. Sememangnya sukar untuk di hadapi. Tetapi tiada jalan lain. Apa yang perlu jaga ahli keluarga masing-masing, dokumen penting dan keselamatan diri sendiri. Sila ikuti arahan dari pihak berkuasa. Kami semua mendoakan anda semua akan pulang ke rumah masing-masing secepat mungkin. Insyallah.

7 thoughts on “Semuanya KetentuanNYA…

  1. zulhadiri

    Hanya doa dan harapan sebagai manusia yang mampu kita hulurkan. dugaan dan ujian yang Tuhan duga mereka amat berat, hinggakan aku juga rasa seram tatkala melihat cerita isu ini di akhbar mahupun sesawang. moga hikmah yang sudah Tuhan aturkan memadai dengan apa yang mereka tangung sekarang. amin
    zulhadiri recently posted..telanjang dalam kerandaMy Profile

    Reply
    1. Shaffik

      Kita hanya mampu merancang. DIA yang menentukan segala-galanya. Apa yang mampu hanya terus berdoa untuk di kuatkan semangat menghadapi dugaanNYA. Insyallah.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.