Minggu ini menghadiri satu Training yang di anjurkan oleh pihak syarikat HID Global. Semua eksekutif wajib menghadirinya. Suka atau tidak kena masuk juga training tu. 4 Jam duduk dalam bilik training. Nak buat macam mana dah nama wajib.
2 orang trainner dari Kanada di panggil untuk memberikan training. Kedua-kedua mereka sememangnya professional. Aku ingatkan training selama 4 jam pasti membosankan. Tetapi, mereka berjaya menyampaikan training dengan baik sekali. Kerja mereka hanya trainer. Travel ke semua cawangan HID Global dan menyampaikan training. Kata mereka, mereka hanya ada masa 1 minggu bersama keluarga. Wah macam mana tu? Dah itu pun kerja mereka.
Aku sempat berbual-bual dengan salah seorang dari mereka. Namanya Michael Mgratt. Beliau anak jati Kanada. Aku pun sempat berbual dan bertanyakan pada dia tentang Malaysia. Apa pandangan dia tentang Malaysia. Bukan apa, sebab aku suka bertanya kepada warga asing pendapat mereka tentang Malaysia.
Dia memberikan satu pendapat yang baik. Tak nampak satu pun perasaan hipokrit pun dari apa yang disampaikan. Katanya, Malaysia adalah satu negara yang bagus. Bukan setakat bagus, tetapi sebuah negara yang bertauh kerana mempunyai rakyat yang baik-baik belaka. Aku pun tanya kenapa dia cakap begitu?
Dia mengatakan, di Malaysia semua rakyat boleh bersatu. Dia tahu Malaysia ada pelbagai kaum dan agama. Tetapi dia pelik, bagaimana rakyat Malaysia boleh duduk bersama, sekolah bersama, berkerja bersama, shopping bersama dan macam-macam lagi. Bagi kita ini adalah perkara biasa. Tetapi ia bagai satu perkara yang pelik untuknya. Bukan setakat itu sahaja, dia juga berkata kebanyakkan negara ASIA yang dia pergi semua mempunya budaya yang sama.
Ia tidak seperti yang di gambarkan oleh rakan-rakannya. Sebelum dia sampai ke Malaysia dan negara-negara ASIA yang lain, ramai rakan-rakannya berkata “Becareful with Asian Country, they are dangerous”. Tetapi dia tidak merasainya bila berada di Malaysia dan negara Asia yang lain. Dia juga memberitahu rakan-rakanya bahawa ia tidak seperti apa yang mereka dengar. Malah katanya, kehidupan di Malaysia lebih selamat dan sederhana. Itu yang menariknya Malaysia.
Dia juga bercerita lagi kebanyakkan negara yang dia kunjungi, dia paling takut bila berada di Amerika Syarikat (US). Dari segi prasarana, US memang maju. Tetapi dari segi jenayah mereka tidak seperti Malaysia. Di sana masih banyak lagi jenayah di jalanan, pelacuran berleluasa, mafia ada di mana-mana, gangsterism dan ini menyebabkan dia tidak selesa bila berada di US.
Dia akui, Malaysia adalah tempat yang selamat yang pernah dia duduki. Tidak banyak masalah untuk tinggal lama di Malaysia. Dia selesa untuk ke mana-mana, walaupun berjalan seorang diri. Sebab tiada siapa yang akan kacau. Ini menyebabkan dia rasa terlalu selamat bila berada di Malaysia.
Jadi kita sendiri hasru berbangga dengan apa yang kita kecapi hari ini. Kalau orang luar selalu menyanjung Malaysia, Mengapa kita tidak kan? Teruskan usaha kita bersama untuk mengekalkan keselesaan yang kita ada pada hari ini untuk selama-lamanya. Usah biarkan pelbagai anasir luar terus menghantui perasaan keselesaan dan keselamatan kita. Usah gentar sebab kita sendiri yang mencorak keselesaan kita di negara sendiri.
benda plg selamat kt malaysia adalah sbb dia di luar lingkungan gunung berapi asia….tp ada gak kena tempias skang ni…kerak bumi dh bergerak gamak nyer….
YaM recently posted..Gomo Kelate Gomo
Huuhu…itu sudah pasti…tempiasnya kena jugak kan…
Salam singgah..
pendek kata, agungkan bumi yang dipijak terlebih dahulu, sebelum mahu mengangkat gemilang yang lain. bumi Malaysia, antara yang diinginkan oleh warga dunia. Argh, bertuah menjadi rakyatnya..
zulhadiri recently posted..Bilamana ideologi sesat disembah umpama Qiblat
Aku suka dengan ayat ko ” agungkan bumi yang di pijak terlebih dahulu”..mendalam maksudnya nie…
saya sayang malaysia..
😀
saya_aRief recently posted..IRI HATI DENGAN BLOGGERS TUUUTT!!
Saya pun sayang Malaysia juga…huhuuhh
kebanyakkan tempat di malaysia masih lagi selamat, ada 1 2 tempat je tak brapa selamat..
tapi naik bus express kat malaysia nie macam tak selamat je..
hahaha…pengangkutan awam seharusnya di tingkatkan terutamanya dari segi keselamatan penumpang.
betul, ramai org terutama yang tinggal di benua amerika merasakan rantau asia suatu tempat yg merbahaya, mana tak, dulu perang dunia Jepun conquer, pastu Vietnam kalahkan US plak, lagi kes abu sayyaf, tak kurang konflik timur timor dulu…
sentiasa bangga jadi anak Malaysia!
Masrizal recently posted..Peperiksaan Bertulis Kemasukan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik – PTD
Tetapi tiada perkara-perkara itu di Malaysia Bro. Itu yang bestnay malaysia ni.
seronok kan bila orang luar puji negara kita..kalau org luar boleh hargai macam tu sekali,kenapa kita tak leh jaga negara kita sebaik mungkin,betul tak?
khairolghani recently posted..kawaiigadgetcom
Sebab itu kita sebagai rakyat Malaysia kena percaya bahawa Malaysia adalah yang terbaik. Bangga menjadi rakyatnya.
Malaysia memang terbaik =)
hafidz recently posted..Movie Review – Cuti-Cuti Cinta
Sememangnya terbaik….
ye betul tu. biasanya kita selalu tak hargai apa yang kita ada depan mata. selalu nak komplen itu tak kena, ini tak betul. Kadang-kadang kita kena tengok ke luar sana jugak, ada yang lebih teruk dari kita. Masa pegi India 2 tahun lepas, baru aku sedar yang Malaysia kita ni sangat bertuah dan selamat. Kalau nak compare, setinggan kita kat sini jauhh berganda-ganda lebih mewah dari setinggan kat sana. So bersyukurlah dengan apa yang ada. tapi dalam mengejar kemajuan, kita tak boleh asyik pandang ke belakang jugak. pandai-pandai la balance.. dah berceramah pulak aku kat sini..huhu 🙂
Once again, nice post mr. shaffik.
Lan S. Othmann recently posted..Tourism-Related Notes From Malaysian Budget 2011
Satu komen yang paling panjang untuk entri ini. Takper laa Lan..aku tak kisah. Lagi banyak komen lagi bagus. Anyway nice komen bro..Thanks.
Shaffik recently posted..Semuanya KetentuanNYA…
Malaysia tanahairku…
Tak nyesal lahir dan hidup di Malaysia.
Bak kata pepatah; Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri (sambil tangan diawang-awangan seperti Karam Singh Walia)…huhuhu 🙂
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
Ada lagi satu Bro…” Rumah terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yang tahu…” hahahahha
hahahaha, pepatah tu memang best and popular tuu… 😀
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
Hati terbakar, bakar kampung :p
Kiranya dulu aku tak amik job offer kat US dulu dah betul la…?
Betul laa tu…sebab kat sini lagi selamat bro…hahahahaha
MALAYSIA THE BEST 🙂
Memang Malaysia memalng best. Kan Tanahair kita kan,.