Mengapa Wanita Gemuk Sering Murung?

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Informasi

Gemuk  nya badan aku..Gemuknya aku. Macam mana ni? Arghh…..Mesti tak ada lelaki yang nak dekat dengan aku. Inilah fikiran-fikiran yang selalu membelenggu kepala otak wanita-wanita yang berbadan gemuk. Sifat terlalu rendah diri selalu mengatasi keyakinan dan membuatkan kehidupan dirinya suram. Mereka sering memencilkan diri dan tidak mahu bercampur gaul dengan kawan-kawan yang lain.

Persepsi ini selalu berlaku. Aku pasti ramai wanita-wanita yang berbadan besar atau gemuk selalu berfikiran sebegini? Mengapa ini semua terjadi? Aku senaraikan mengapa wanita berbadan gemuk sering kemurungan :

1) Selalu merendah diri dengan kemampuan masing-masing.Ingat, setiap manusia mempunyai kelebihan masaing-masing. Lagi banyak kamu merendah diri, lagi banyak peluang orang lain menindas kamu. Jadi ?

2) Selalu menyekat pemikiran mereka bahawa tiada lelaki yang nak dekat dengannya mereka. Jika itu jodoh anda, tiada siapa yang dapat menghalang. Tengok tak cerita “Dottie”.

3) Tidak jaga penampilan diri, kerana terlalu berserah kerana mereka gemuk dan tidak boleh bergaya seperti orang yang kurus. Ingat jika anda yang berbadan gemuk boleh nampak bergaya dari orang kurus, anda akan lebh di pandang tau.

4) Takut untuk berbicara dengan orang ramai. Takut apa yang di bualkan tidak di layan kerana mereka gemuk. (Bukan semua manusia sebegitu).

5) Mudah sangat berputus asa untuk terus kehidupan walaupun berbadan besar. “Gemuk akan mati cepat, gemuk tak boleh hidup lama. Aku gemuk mesti banyak penyakit.” Inilah pemikiran yang selalu dalam fikiran mereka.  Tak semestinya berbadan besar tu pendek umur kan. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Yang penting jaga kesihatan.

6) Mereka terlalu membiarkan perasaan malu menyelubungi diri mereka. Malu lebih tinggi daripada keyakinan.  Macam mana? Inilah masalah yang paling besar sebenarnya. Bila keyakinan rendah, sukar untuk melakukan perkara-perkara lain tau.

7) Mereka terlalu merasa rendah diri bila bersama-sama rakan-rakan yang lain. Jangan fikir macam ini, ini akan menjatuhkan  moral diri anda. Kadang kala kawan-kawan tidak berniat nak melukakan hati kamu. Tetapi kamu sendiri yang bersikip dingin dengan mereka. Jadi siapa yang salah.

8) Ukur baju di badan sendiri. Kadang kala wanita gemuk ini terlalu ingin berkelakuan seperti orang yang kurus. Sedangkan tak boleh. Jadi ukurlah baju di badan sendiri ya. Jika nak juga melakukan perkara yang tidak munasabah, jangan marah orang ramai akan ketawakan kamu di kemudian hari. Ingat. Biarlah berpada-pada.

9) Mereka sendiri tidak kenal pada diri mereka. Belajar mengenali diri sendiri. Dari situ barulah dapat tahu apa kekuaran yang ada pada diri anda semua. Tanpa mengenali diri sendiri, anda akan sering silap membuat keputusan. Lebih-lebih lagi anda seorang yang berbadan besar. Lebih hebat cabarannya.

10) Cuba menjadi seorang yang ceria.  Keceriaan boleh membantu menghilangkan perasaan malu. Keceriaan boleh mengeratkan lagi persahabatan kamu dengan orang lain. Jangan terlalu memikirkan tentang kegemukkan anda. Dengan keceriaan boleh melupakan diri anda. Tapi jangan lupa diri pulak ya.

Inilah perkara-perkara yang menyebabkan wanita gemuk sentiasa murung. Mungkin banyak lagi. Entri ini di tujukan khas untuk wanita-wanita yang berbadan besar atau gemuk. Ini satu entri motivasi untuk mereka semua. Sebab apa, kita juga manusia biasa. Tiada apa yang perlu di banggakan sangat. Saiz sahaja yang membezakan. Yang lain semuanya sama. Harap entri ini memberikan satu semangat baru khususnya untuk mereka yang berbadan besar atau gemuk. Sudahlah jangan gundah gulana. Jangan memurungkan diri anda.  Kita sama sahaja. Tetap makhluk Tuhan. Fikir-fikirkanlah.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Makan cepat boleh Gemuk?

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

24 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. fairus says:

    Nak kurus masuk la The Bigger Looser Asia.. :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    hahaha..siot laa ko fairus…huhuhuhhhhuu

    [Balas Komen]

  2. Syafrizal says:

    jaga pemakanan dan amalkan pemakanan alamiah..
    badan berasid sebabkan susah nak diet..
    amalkan la diet macam mana pun
    takkan turun2 disebabkan badan berasid
    air pun jarang nak minum dengan secukupnya
    exercise pun tidak
    bukan suruh berlari… tapi buat la kerja2 rumah yang boleh keluarkan peluh
    menyapu ke, susun barang ke, kemas rumah ke…
    ada macam2 cara untuk keluarkan peluh
    kalau nak turunkan berat badan kena pastikan pola pemakanan sihat
    minyak zaitun diamalkan setiap hari..
    minum air beralkali untuk buang asid dalam badan dan berat badan akan turun dengan sendirinya insya Allah
    kena yakin dan istiqamah…
    Syafrizal recently posted..Syarikat swasta cabar kuasa JAKIM

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Haa itu die pesanan dari En Syafrizal..Yang penting jaga pemakanan..

    [Balas Komen]

  3. miu says:

    keyakinan diri paling penting. orang gemuk pun suka pakai baju cantik2. pakai je anything yg akan buat diri rasa cantik, jgn peduli apa orang fikir.
    miu recently posted..Merayaprayap Dalam Selimut

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Jangan peduli apa orang cakap. Jaga penampilan itu lebih meyakinkan diri kita sebenarnya.

    [Balas Komen]

  4. ken says:

    tak confident dan low self-esteem :)
    ken recently posted..Pinang Peranakan Mansion at Penang

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Aku setuju Ken. Tak confident dan menyebabkan Low Self- Esteem. Good quote ni..

    [Balas Komen]

  5. khairolghani says:

    tak perlu malu bila gemuk..malah rasanya kawan2 aku yang gemuk,baik lelaki ke perempuan memang jenis kelakar..tapi yang no.3 tu memang ada juga la..tak semua jaga penampilan diri..
    khairolghani recently posted..merah tandanya berhentihijau baru boleh jalan..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Itu laa pasal bro. Tak perlu malu. Muhasabah diri. Mesti ada kelebihan masing-masing walaupun anda berbadan gemuk. Dan ianya tidak ada pada orang lain.

    [Balas Komen]

  6. dnoBiz says:

    apa yang aku ingin lihat cuma satu…
    kepada yang suka dedah dedah tu supaya badan dia jadi gemok baru tau…
    dnoBiz recently posted..Mat RemPit – Apa kesudahannya

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Amboi..mendalam maksudnya tu bro.

    [Balas Komen]

    dnoBiz Reply:

    hehehe,
    supaya nanti dia takleh nak sessi lagi..
    kalau seksi pun nampak seksa je :D

    Ps: kau jangan ke lain plak bro hehehehe
    dnoBiz recently posted..Pak Hitam – Empat warga Nigeria belasah lelaki beri teguran

    [Balas Komen]

  7. bunge says:

    wanita memang sensitif ngan istilah gemok nie…yg penting gemuk ker..kurus ker…kene positif..kan..ceriakan minda n yakin…baru ade aura…n environment pun akan respect…betul tak..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betul. Selalu kena berfikiran positif. Jangan mudah menyerahkan semua kepada apa yang terjadi..

    [Balas Komen]

  8. hafidz says:

    kadang ada yang gemuk nak jadi kurus.
    ada yang kurus nak jadi gemuk.
    bersyukurlah seadanya~ =)
    hafidz recently posted..Movie Review – Cuti-Cuti Cinta

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Macam-macam kat dunia ni..yang kurus nak gemuk..nak gemuk nak kurus..kat laki nakjadi pompuan..yang pompuan nak jadi lelaki pulak…macam-macam hal kan..

    [Balas Komen]

  9. mijie says:

    mereka perlu ubah persepsi minda mereka..
    mijie recently posted..Review bulan oktober

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Pemikirian mereka kena selalu di asah supaya lebih menghargai apa yang ada.
    Shaffik recently posted..Malaysia Paling Selamat

    [Balas Komen]

  10. julietdeorange says:

    huwarghhhhh. terkena pada diri! tp nk kurus jugakkkkkkkk :(

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Maaf. But ini satu motivasi untuk diri kan. :)

    [Balas Komen]

  11. ohcikgu says:

    hehe..masuk biggest loser. Mesti kurus pastu..
    ohcikgu recently posted..Keputusan UPSR dah keluar dahh

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Satu cadangan yang baik juga tu. Tapi kalau ada Biggest Loser Malaysia lagi laa bagus..

    [Balas Komen]

  12. nur fatehah raudhah says:

    Thanks for writing the article.. just google pasal tuh and ur blog pop out ..thanks for making me belief in myself.. slalu jerk *sigh* dlm hal ini huhu anyway Salam Maal Hijrah! (^_^)

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge