Menitis Air Mata Kerana Taubah Nasuha

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Agama, Hiburan

Crecit to Jiwang.org

Malam tadi aku bersama-sama Isteri menonton satu slot drama di TV3. Sebuah cerita yang betul-betul menyanyatkan hati. Hati kecil ini betul-betul tersentuh sehinggakan aku menitiskan air mata. Taubah Nasuha. Itulah tajuk slot drama di TV3 malam semalam.

Drama ini mengisahkan sebuah keluarga. Mizi lakonan Fauzi Nawawi adalah seorang bapa yang tegas. Isterinya Laila lakonan (Sheila Rusly) pula seorang surirumah sepenuh masa. Laila menguruskan semua hal rumah termasuk menjaga 3 orang anak lelakinya dan sedang mengandung anak mereka yang ke – 4.

Laila seorang isteri yang tabah. Lebih-lebih lagi 3 (Aimin, Aiman dan Amirul) orang anak lelaki yang nakal. Mizi pula amat tegas pada anak-anaknya. Dia terlalu sibuk dengan hal kerja sehinggakan lupa untuk bersama-sama anak-anak. Mizi memang seorang yang tegas. Memang bagus tetapi ia menimbulkan perasaan kurang senang bagi Laila.

Mizi pula sibuk dengan kerja. Sehinggakan dia lupa dengan masa dengan anak-anak. Bila anak-anak buat perangai, panas barannya pula sampai. Habis tangan semua naik. Tak boleh nampak anak buat hal. Habis semua di harukkannya. Laila pula hanya mampu menenangkan hati suaminya. Ia juga menyebabkan anak-anak Mizi taklut dan gementar bila sahaja Mizi pulang ke rumah.

Pada suatu pagi, seperti biasa mereka bersapan sebelum ke sekolah. Biasalah budak-budak kalau sedang makan, macam-macam acara lain yang di buatnya. Ini menimbulkan perasaan kurang senang bagi Mizi. Mizi terus memarahi anaknya. Satu perkataan yang terpancul dari mulut Mizi ” Kalau macam ni tak ada anak lagi bagus” dengan nada marah.

Itulah perkataan yang terakhir yang di keluarkan oleh Mizi untuk anak-anaknya. Pada tengahari itu, Laila pergi mengambil anak-anaknya di sekolah seperti biasa. Sampai di rumah, 2 orang perompak terus masuk ke rumah Laila. Rupa-rupanya perompak itu sudah mengekori Laila dari sekolah lagi. Mereka meminta apa barangan yang berharga di rumah.

Laila hanya mampu memberikan cincin di jarinya. Tiada barang berharga lain yang dia tahu. Yang lain Mizi yang simpan. Bila telefon Mizi, Mizi tidak menjawab. Berang bila apa yang di pinta tidak di penuhi, 2 perompak berkenaan MEMBUNUH kesemua mereka. Laila meninggal di tempat kejadian bersama 3 orang anaknya dan juga kandungannya. Tiada apa yang mampu di buat oleh Laila. Kesemua mereka meninggal di ruang tamu.

Saat ini yang membuatkan aku menitiskan air mata. Memang menyanyatkan hati. Mereka semua menemui ajal di rumah mereka sendiri. Perasaan sedih terus menyelubungi Mizi apabila mendapati mayat Isteri dan anaknya terbujur di ruang tamu. Mizi menyesal tak sudah. Inilah balasan yang betul-betul menimpa Mizi. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dilakukan pada Isteri dan anak-anaknya.

“Bila tak suka dengan apa yang di pinjamkan, DIA ambil kembali”. Hargailah apa yang ada di depan mata. Sayangilah anak-anak kita semua. Walau bagaimanapun perangai mereka, itu adalah amanah Tuhan pada kita semua. Pegang dan jalankan tanggunjawab sebagai ketua keluarga. Cuba sedaya upaya untuk memberikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Berikan masa dan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Inilah harta yang bermakna untuk kita semua. Peringatan ini bukan sahaja untuk kawan-kawan di luar sana, malah ianya untuk diri aku juga. Terima Kasih TV3 kerana sekali lagi membawakan satu drama yang betul-betul memberikan pengajaran yang terbaik untuk semua…

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Adakah Sinar Untuk Bolasepak Malaysia?
  • Minyak Petrol RON95 Masih Kekal.
  • Duit Ini Bukan Milik Aku
  • Bersediakah Kita Menjadi Survival?
  • RM500 Untuk Sebuah Blog.
  • YouthSay…
  • Earn More Money while Online.
  • Saya, Me dan aku.
  • Bergelak Ketawa Dengan Raja Lawak 5
  • Drive is Full

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

12 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. khairolghani says:

    ni cerita ulangan..dulu masa 1st time dia tayang,memang terasa giler masa si wife dan anak2 kena bunuh..memang kejam giler..tapi itulah,kita tak kan hargai sesuatu sampailah kita kehilangannya..
    khairolghani recently posted..aku dan denggi

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Memang kejam perompak-perompak tu. Tapi yang lagi penting MIZI betul-betul menyesal. Mungkin itu balasan padanya.

    [Balas Komen]

  2. hafidz says:

    “kita akan benar-benar menghargainya pabila mereka telah tiada” fuh~
    harap menang la drama ni~
    hafidz recently posted..Movie Review – The Other Guys

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ada harapan bro menang. Endingnya sungguh berkesan..
    Shaffik recently posted..Menitis Air Mata Kerana Taubah Nasuha

    [Balas Komen]

  3. Reen says:

    Mmg tersentap tgk cite tu, lebih2 lg yg last part 4beranak kena bunuh..aduh.perasaan seorg mak-biar la aku sorang yg kena, tp bkn anak2 aku..apepun, pengajaran utk Mizi tp semuanye dh terlambat..

    [Balas Komen]

  4. hazdiela says:

    saya pun menangis tgk citer ni…hati seorang perempuan…bila tgk anak-anak kena marah…pilu rasanya

    [Balas Komen]

  5. mijie says:

    member aku masa 1st dulu pun menangis, aku pun tengok semalam citer ni, memang sedih giler sampai part yang last pembunuhan tu aku dah tak sanggup nak tengok lagi, memang sedih
    mijie recently posted..Tips keselamatan dalam rumah

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Sungguh tragis dan menyanyatkan hati. Betul-betul touching bro..

    [Balas Komen]

  6. mycy says:

    Tengok jugak mase kali pertama tayang dulu…memang terkesan lah drama nih…
    Untuk kali kedua tayangan nih rasenya dah tak nak tengok sebab tak sanggup lihat kezaliman manusia…tapi tengok jugak sebab drama ni memang ada kekuatannya yang tersendiri…pasti memang anugerah skrin tahun nih…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Memang zalim di penghujung cerita. Tetapi itu semua tak mustahil berlaku kan. Itu semua kuasa DARIPADANYA.
    Shaffik recently posted..Menitis Air Mata Kerana Taubah Nasuha

    [Balas Komen]

  7. hafizmd says:

    ini kali kedua cerita ni ditayangkan sempena anugerah skrin nanti..

    tgk mase yg kali pertama tu,akupun cam bro juge..tak tertahan aku….lebih2 lagi bila kite sendiri dah ada anak isteri..

    hargai selagi mereka masih mampu untuk dicium dan dibelai…

    thanks bro :D
    hafizmd recently posted..Tidakkah kita berfikir dan bersyukur

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Hargai apa yang ada depan mata. Nanti kalau dah tak ada barulah nak menyesal.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge